Apr 30, 2011

KELAS DIY BULAN JUN DAN PENUH....HARAP MAKLUM....Bulan JULAI, OGOS...ada banyak lagi ....


Salam dan alooo untuk semua....Mintak maaf banyak-banyak kat Hadiana dan Fazrina sebab kena batalkan kelas DIY dia orang pada 13 dan 14 Jun. Tak pa, saya dah emel mintak dia orang cadangkan date baru. Saya bagi kelonggaran buat weekend. Sian sebab dia orang dah  bayar deposit.

Sbenarnya terus terang cakap, saya kecut perut sejak dari masa saya bercuti lagi. Pegawai di Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Negeri Sembilan call bagi tahu yang dia orang dah hantar surat tawaran untuk buat kursus masakan selama 2 minggu. Mula-mula dia orang cakap nak buat bulan MEI....dalam hati kata....``mati lah akuuuuu kena sumpah ngan student-student yang dah book awal-awal kelas. Tapi dalam pada tu jauh di sudut hati dok doa, ``Ya Allah,  jangan la bulan Mei, jangan la bulan Meii....''.

Saya balik dari bercuti n call tanya orang JPW . Diorang cakap belum ada keputusan. Tak tentu lagi. So, dengan beraninya saya masukkan jadual bulan JUN. Dalam pada tu hati tak sedap gak...Kemarin, saya terus gi JPW hantar surat setuju terima. Terus saya jumpa bos dia Cik Ummi. Apa lagi...merayu-rayu la supaya jangan bulan Mei. Sib baik cik Ummi bertimbang rasa. Lembut jer orangnya. Dia cakap tak pa kak, kita buat bulan Jun sebab kalau bulan Julai lambat sangat.

Harap u all semua memahami situasi saya...ditelan mati mak, diluah mati bapak...JPW dah banyak membantu saya sebelum-sebelum ni. So...``saya yang mengikut perintah'' ler jawabnya...

Tapi tak perrr....saya dah keluarkan jadual penuh untuk bulan JULAI. Mintak maaf yea sebab kena tunggu lama. Sepanjang bulan puasa (dijangka bermula 1 Ogos) pun saya akan buat kelas - DIY dan Demo pada hujung minggu. Sapa-sapa yang berminat bleh emel saya yea. Seperti biasa kelas DIY saya hanya pada Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.