Semalam gi buat keja-keja perbankan - bayar bil-bil wajib termasuklah bil tepon yang kena block sebab terlebih guna masa kat oversea...hehehhehe...Masa guna kat sana tak hingat dunia...sib baik kena potong pun dah ujung-ujung masa nak balik. Tu yang saya tak jawab sms masa saya dah balik tu...maap yeaaa. Phone `masuk semut'..hehheheh... Hari ni plak seharian kat bakery...menjalankan tugas yang sama - mengemas, mengemop dan menyimpan apa yang patut. Alhamdulillah bakery dalam keadaan yang baik macam saya tinggalkan dulu.
Ada orang petua kalau nak tinggal lama-lama, baca ayat kursi di keempat-empat penjuru kedai/rumah. Tu yang saya buat. Syukur sebab Cik T (tikus comel....) pun tak kacau, semut n lipas pun tak kacau barang-barang saya. Alhamdulillah syukur sekali lagi... Kat rumah pun saya buat benda sama - baca ayat kursi di empat-empat penjuru. Selamat....pokok daun kari, limau purut n cili (itu jer yang menjadi...hehhehe) yang saya sayang pun tak kering. Mungkin hujan kot Alhamduillah...
Sepanjang 3 minggu ni saya bercuti ngan suami. Kami gi Amsterdam, Paris, Italy n London. Sebenarnya tiket flight ni husband saya beli sejak Disember 2009 - sebelum suami saya disahkan ada canser. Kami sepatutnya gi Mac tahun lepas. Tapi masa tu husband tengah buat kimoterapi. Alhamdulillah, syukur suami saya sihat. So kira ni lebih kurang macam meraikan juga `kemenangan dan kejayaan' kami berdua mengharungi dugaan Allah sepanjang tahun lalu. Syukur dan Alhamdulillah kerana Allah memberi kekuatan pada kami berdua. Dan syukur juga dengan rezeki yang Allah bagikan pada kami. Syukur, syukur dan syukur Ahamdulillah.
Antara yang paling best semasa holiday kali ni yang saya nak share ngan u all semua ialah mengenai peluang saya untuk merasai, rasa sebenar pastry yang paling hot sekarang ni - macaron (orang France sebut ma-kah-ron - ron ni kena tekan sket - sebut ditekak....hehehheh).
Sebelum ni saya ada merasa macaron daripada beberapa kengkawan kita yang jual macaron ni. Setiap macaron tu berbeza. Saya pun confused mana macaron yang betul, mana yang tak betul...hehheh.. So bila dapat tau yang kami akan ke Paris, hati riang ria la. Saya cakap ngan husband, antara benda penting yang saya akan buat kat sana ialah nak rasa the real macaron.
Sebabnya France memang famous ngan macaronnya. Kegilaan orang sini ngan macaron samalah ngan kegilaan negara barat lain ngan cupcake. Wpun asal usulnya orang Italy yang memperkenalkan makanan ni - sejak kurun ke 18 lagi.. biskut amarreti, (ada perdebatan pasai asal usul ni...tapi tak pa lah...kita ambik yang selalu orang sebut lah yeaaa ...hehhehe) , tapi orang France yang mempopular dan menglamerkan makanan ni. Orang Italy buat macaron guna teknik Italian Merringues n orang France plak guna cara depa la - french merringues...
Sbenaqnya bahan untuk buat macaron ni senang sangat - telur putih, gula, badam serbuk dan pewarna makanan. Memang tak pakai tepung langsung.... Tapi cara buat n cara bakar dia yang leceh tu. Kena betul teknik. Ciri penting macaron ialah kulit luar rangup, isinya lembut dan masih rasa macam merringues dan satu lagi ciri penting ialah mesti ada kaki.
Di Paris, macaron yang paling famous sudah semestinya lah di Laduree. Menurut citernya...(checiter, checiter....ahakssszs...) 2nd cousin (orang kampung saya kata dua pupu ) kepada pengasas bakery Laduree, Louis Ernest Ladurée ni lah yang mula-mula memandai-mandai (hehhee) ambik macaroon ni kemudian boh jam pastu cantum jadi dua, macam ropa macaroon la ni. Sebelum ni, macaron ni orang makan macam biskut besa tu laaa...satu-satu. Lama punya crita ni - awal abad 20 nuhhh..... Laduree ni pun wujud sejak 1862. Sejak dari tu la dia famous dan orang mula ikut.
So saya rasa saya buat keputusan yang betul la kalau nak betoi-betoi nak tau rasa sebenar macaron, kena rasa yang Laduree punya. Saya nasib baik masa tu sebab orang yang beratur tak ramai. Sebab selalunya ramai. Kawan saya kata dia penah gi Paris masa winter, tengok orang beratur sampai ke luar nak masuk Laduree ni.
Dah tergedik-gedik tak sabar nak masuk bakery Laduree ni n rasa macaron dia...hehehhe |
Gambar curi-curi ni....sebab tak dibenarkan ambik gambaq dalam bakery tu...hmmmm... busannn |
Saya suka colour-calour macaron ni. Packaging n colour tema Laduree ni pun cantikkkk...Ntah lerrr ada orang kata, hijau Laduree ni unik. Dia orang panggi Laduree green....ntah betoi , ntah tidak.... |
Untuk adil, sepanjag 3 hari kat sana, saya gak try beberapa macaron di tempat-tempat lain. Ada 3 bakery lain. Errrmmmmm...memang tak sama dan bagi saya tak bleh lawan tekstur yang Laduree punya. Senang citer, Laduree punya yang terbest lah....(hhehehhe...errrrr...saya tidak mendapat macaron percuma yea untuk mempromosi macaron Laduree ni...memang dia punya paling best...)
Husband saya sebenarnya dah fobia nampak kedai yang ada jual macaron ni...sebabanya semuanya saya nak cuba..hehhehe....Tapi tak salahkan.....baru la kita tau rasa sebenar...kann...? hehhehe
Sebenarnya, sebelum p Paris ni saya dah google kat internet kot-kot ada mana-mana tempat yang offer short course untuk buat macaron ni. Memang ada....kat hotel The Ritz di Paris. Nyebut nama pun dah takut sebab ni hotel 5 bintang. Pastry chef dia yang ajar. Rega kelas untuk buat sejenis macaron jerr - 98 euro (RM420). Terkebil-kebil gak tengok rega kelas tu...tapi masa tu saya kata lantaklah...aku nak gak...Korek tabung pun korek lah...Bukan senang nak belajar direct ngan dia orang ni. Tapi punya la frust bila p sana dia kata kelas dah full. Kelas terdekat 3 hari selepas tu. Masa tu tak bleh tunggu lerr sebab kami dah book flight ke Italy esoknya....alaaaaaaa.....
Tak pa lah...bagi mengubatkan hati yang lara..., saya beli 2 buku resepi macaron ni. Saya dah blajar sebelum ni, tapi rasa macam macaron Malaysia lerrr...Memandangkan saya dah rasa macaron yang sebenar, saya akan cuba buat dan buat dan buat sampai boleh dapat rasa macam Laduree punya. Tak dapat 100 peratus, 70 peratus sama pun ok lah kan...? hehhehe...insyallah saya akan buat sampai boleh....YAKIN BOLEH....hehehheh