Aug 13, 2011

Tips kekal slim Kak Fatimah n DIY ngan Sathis dari Nilai

Salam dan alooo untuk semua....minggu ni minggu last saya buat kelas DIY sebelum start bercuti raya. Dua student last DIY saya ialah Kak Fatimah dari KL dan Sathis dari Nilai.

Kelas DIY Kak Fatimah, Khamis kelmarin dulu. Mula-mula saya ingat Kak Fatimah tak jadi ambik kelas DIY ngan saya. Pagi tu sms dan phone saya tak berjawab. Tetiba dalam dah dekat kul 9.30 Kak Fatimah muncul. ``Sorry lambat...kak uruskan mak dulu. Dia jatuh dalam bilik air. So sekarang tak bleh bergerak sendri sangat,''...oooo patutlaaaa...Tak pa ka...mak kena didahulukan.

Sbenarnya dah banyak kali saya dengar kes-kes orang tua jatuh dalam bilik air ni. Risau gak nih...sepanjang saya kat kedai, saya selalu pesan ngan mak metua saya supaya xtra berhati-hati bila masuk bilik air. Mak metua saya ni dah 77 umur dia. Tapi alhamdulillah dia still kuat lagi. Tapi nak kena hati-hati gak laaa....

Masa mula-mula sampai tu Kak Fatimah ni tak banyak cakap...dia buat jer keja. Nampak macam dia agak rushing nak siapkan keja dia.Dia ambik 2 jenis subjek jerrr... package sweet bun n cream puff n eclairs. Saya paham. Mungkin dia nak cepat balik gi tengok mak dia.

Tapi lama-lama dia ok. Peramah Kak Fatimah ni sbenarnya. Kak Fatimah ni dulu cikgu bahasa France kat beberapa sekolah berasrama penuh terkenal termasuklah TKC. Tapi dia berenti awal. Sekarang buat part time ajar bahasa France sket-sket.

Tapi saya respect betul la dia punya sifat rendah diri n jati diri Melayu Kak Fatimah ni. Wpun kawen ngan orang putih n ngajar bahasa France (belajar kat France 4 thn), jarang sangat nak dengar dia selit-selit bahasa Inggeris dalam perbualan dia....Rasanya kita yang tak berapa betul bahasa inggeris ni lagi suka menyelit bahasa Inggeris dalam perbualan kita walaupun  kadang kala tuh... ntah betoi ker idak...ahakssss.

Semua crita-crita ni saya yang korek dari Kak Fatimah...biasa laaaa kannnn....darah reporter masih mengalir dalam badan. Satu demi satu saya tanya Kak Fatimah ni. Rupa-rupanya Kak Fatimah ni dulu adalah bekas jurulatih negara untuk pasukan gimrama. Ingat Faiznoor Miskin...haaaa...anak didik dia la ni...Ada sorang lagi dia sebut...saya tak ingat...biasa la saya kan...banyak minum ayaq masuk semut...so, cepat lupa.

Patutlah body maintain cun n pergerakan pantas macam lipas kudung walupun sedang menghitung  hari nak masuk umur 50 thun. Sooooooo...apa lagi, saya pun tidak melepaskan peluang untuk tanya Kak Fatimah, petua-petua untuk kekal slim melim n diet betul untuk kuruskan badan.

Sebabnya.....saya ni boring tak habih-habih ngan diri sendiri yang tak penah-penah berjaya menguruskan badan. Rasanya sejak berzaman-zaman (ahakssss) ni lah keja saya...diet, kurus jap, pastu gemokkkkk balik .... hmmmmmpphhhh. Tapi bila dengar cara Kak Ftimah ni macam best jerrr....Rasa macam bersemangat nak try lerrr...

``Sebenarnya turun 2 kg sebulan atau 500 gm seminggu pun dah cukup. Itu yang paling sihat. Jangan mendadak sangat. Nanti jantung kita tak sihat. Dah tu nanti badan kita jadi mengelebeh. Lembik,'' kata Kak Fatimah.

Kata Kak Fatimah lagi: `` Kurangkan karbohidrat terutamanya nasi. Ambik Sket jer. Semangkuk kecik (mangkuk Cina tuh...jangan mangkuk tambah plak...ahaksss) tuh dah cukup. Banyakkan sayur. Sayur plak elok kalau campurkan dengan 3 kaler yang berbeza. Kurang atau kalau boleh elak, elakkan makan daging merah. Lebihkan ikan.''

errrr...akak punya diet macam mana...? (soklan menyibuk dari saya...ahaksssa)

``Pagi-pagi kak memang makan apa sahaja yang kak rasa nak makan - tak kira nasik lemak ker, roti canai kaaa...apa sahaja.
``Tapi tengahari...memang nasik sket jer..banyakkan sayur. Pastu antara waktu makan, buah-buahan. Malam kak jarang makan. Kalau lapar sangat, kak akan minum susu.
``Tapi kak akan elakkan makan buah-buah malam-malam- selepas pukul 7. Sebabnya buah-buah ni bila hadam dan masuk perut akan keluarkan asid...asid ni akan menyebabkan perut kita buncit,''
oooooooooooooooooooooo...ya kak kakkkk? Saya ni punya la suka makan buah malam-malam. Nak elakkan daripada makan nasik.
``Bleh kalau nak makan buah...tapi siang - antara waktu makan dan sebelum pukul 7. Pastu elakkan,''

Satu lagi kata Kak Fatimah - biasa lah....xcercise. ``tak payah nak susah-susah p gym kerr, beli peralatan xcercise mahal-mahal. Gi jalan - brisk walk dah cukup. Kalau kurangkan karbohidtrat, xcercise....mesti lagi cepat turun...

Fuhhh..Kak Fatimah ni memberi semangat baru kat saya laaa untuk kuruskan badan. Sbenarnya spanjang bulan posa ni memang saya try kurangkan nasik. Ambik dalam 3 sudu besar jerrr. Banyakkan lauk. Kuih muih jarang sangat ambik. Ayaq plak, banyakkan ayaq kosong.  Hmmmm...nampak gayerr nya macam ada la sket pengurangan. So far baru kurang 4 kg. Tapi kira ok lerrr...umur-umur mcm ni metabolisma memang rendah gila. Tak tau lerrr brapa lama bleh bertahan nih......ahakssss. Nak try laaah cara Kak Fatimah ni....Anda semua macam mana...? jom aaa try. hehheheh.

Sorry lerrr...melalut panjang. Di luar kawasan plak ....hehhehehe..Tapi tak pa..untuk kebaikan bersama kannn?

Saya tak banyak ambik gambar sangat dalam class ngan Kak Fatimah hari tu...mana taknya..berborak jerrr keja nya...hehhehe

Kak Fatimah yang cardas dan bertenaga....

Bun yang Kak Fatimah buat

Cream puff

eclairs
 Ni emel Kak Fatimah kat saya...

Salam Ina, time kaseh sangat2 ajar akak dan bagi akak  banyak roti2 yg gebu. Hasil kelas hari ni akak panjangkan ke ramai orang. Mudah2mudahan rezeki Ina dan akak bertambah dan hidup kite sekeluarge di berkati Allah. Puff pastry tu ramai peminat - sedap,lemak dan enak ( itulah antara komen yang akak dengar dari mereka yg tak berpuase tengahari tadi ! )

Sama-sama kak....alhamdulillah....lega saya dengaq. Errrr...masa Kak Fatimah mula-mula bagi tau yang dia belajar kat France 4 tahun, reaksi saya ``kaaaaaakkkkkkk....bestnya. Awat kak tak blajaq pastry kat sana...France kan syorga semua-semua nehhh...?

``Masa tu minat belum ada...cuti jer jalan, cuti jer jalan....sekarang baru minat,'' alaaaaaaaaaaaaaa.....ruginya, ruginya.. hehehhhe...Tapi tak pa, kalau kak dah blajar, mesti kak dah terror n tak mai blajaq ngan saya lagi kan...so, tak dpat lerrr petua selim melim...ahaksss... Tq kak untuk petua-petua tuh...

Ok, jumaat kelmarin, Sathis, yang penah berDIY ngan saya sebelum ni datang sekali lagi. Kali ni Sathis belajar 3 jenis kek - Russian Black n White, Red Velvet n Tiramisu.

Sebelum ni Sathis datang berbadan satu, kali ni berbadan dua..ahaksss. Suka dia. Setelah mencuba macam-macam, akhirnya dapat gak rezeki. Baru 1 1/2 bulan. Bestnyaaa....tahniah, tahniah... Tapi Sathis ni jenih alah teruk gak.

``Ingat nak cancel jer kak...tapi tak pa laaa...nanti lagi lambat nak tunggu kelas kak,''

Nampak dia letih. So banyak saya yang bergerak. Sathis buat yang ringan-ringan jerr. Tapi ok lerr...semua kek berjaya dibuat dengan sempurna.

Russian Black n White

Red Velvet

Tiramisu

Untuk Sathis, tengkiu yea sebab tak jemu-jemu nak blajar ngan saya. Dia kata pas ni nak ambik kelas demo jer...tak penat sangat. Ok dik....nanti pas raya saya keluar jadual baru...