Mar 17, 2013

DIY SELASA, 12 MAC, KHAMIS 14 MAC DAN JUMAAT 15 MAC

Asskm dan aloo untuk semua... Kelas DIY minggu ni dirasmikan (hahhaa) oleh dua beradik - Kak Asmah n Kak Yati. Kakak berdua ni dah macam artis residen kat Bzee Bakery... Saya dah tak terkira brapa kali dia orang join kelas diy saya. Wapun rumah sebelah menyebelah, dia orang ni tetap nak datang berDIY ngan saya. Blajar benda yang sama. Sebab katanya..kalau sorang tak paham atau lupa, bleh tanya sorang lagi..Errr..kalau dua-dua lupa, mcam mana kak..hehhehe

Wapun agak `ketinggalan' blajar Durian Crepe (sebab dah habis musim - dah nak masuk musim baru pun...hehe), Kak Asmah n Kak Yati nak gak belajar..``Tak mau ketinggalan..'' kata Kak Asmah. Betul tu kak...heheh. Tapi sebenarnya sebab utama dia orang tak belajar awal-awal dulu ialah sebab dia orang berdua ni tak bleh terima durian dalam bentuk lain selain durian fresh tu. Tapi setelah dipikir-pikirkan rugi tak belajar benda paling famous abad ineh ni (Hahha...ni saya yang tambah - syok sendiri punya statement!), so depa berdua pun blajaaq laaa...

Selain DC, dia orang gak belajar buat chilled oreo cheesecake...

DC

Chilled Oreo Cheesecake



Hari Rabu, saya tak dak class. Student cansel. Dan tak tau pasai pa hari tu saya dijangkiti penyaki M yang sangat teruk .. hahha...so, saya tak offer untuk sapa yang nak ganti. Saya layan bluesss jerrr kat rumah...

Khamis, 14 Mac saya berDIY ngan Ina dari Melaka. Ina blajar 4 items - Tiger Roll, Italian Rainbow, Pecan Heaven dan Pavlova

Ina ngan Pecan Heavan n Italian Rainbow

Tiger Roll

Pavlova
Jumaat, 15 Mac  - meroti ngan Shila dari Genting. Sepatutnya saya ada kelas ngan Anamaria. Orang Melaka yang tinggal kat KK. Tapi last minute dia terpaksa postponed. Sebabnya husband dia bertugas (kes pengganas di Sabah). So, dia tak sampai hati nak tinggalkan husband kat KK. Dah beli tiket pun..so terpaksa cancel...

Shila ambik package sweet bun...



Shila















Untuk semua yang berDIY ngan saya hari ni, tqvm dan selama mencuba.