Mar 4, 2013

KELAS DEMO BROWNIES PREMIUM

Asskum dan aloooo untuk semua.....Sabtu lepas adalah kelas demo 1st saya pas cuti panjang. Kelas Brownies Premium - Fudgy Brownie, Crunchy Salted Caramel Brownie, Coffee Fluff Brownie dan Marbled CHeese Brownies.

Ni 2nd class saya. Rasanya 1st saya introduce Feb tahun lepas. Alhamdulillah, ramai student yang dah jual brownies-brownies ni.

Alhamdulillah, hampir full house. 49 orang join. Ada 3 orang tak dapat datang. Just nak ingatkan bagi yang tak dapat dataang, deposit dikira burn kalau bagi notis last minute. Tidak boleh difoward/diganti ke kelas lain. Paling lewat untuk membatalkan kelas selalunya saya tetapkan pada setiap khamis - 2 hari sebelum kelas. Harap memahami kedudukan saya. Selalunya untuk setiap kelas saya dah buat preparation untuk semua bahan termasuk kek-kek yang akan dibawa balik dan juga lunch. Saya harap tak timbul isu lagi.

Ok, jom layan gambar kelas sabtu lepas. Gambar brownies jerrr....gambar student tak sempat nak ambik sebab masing-masing dah berselerakan balik. Kami habis awal kelmarin. Pas lunch (pukul 2) dah selesai. Alhamdulillah

Crunchy Salted Caramel

Coffee Fluff Brownie

Marble Cheese Brownie

Fudgy Brownie


Untuk semua yang hadir...terima kasih atas sokongan anda...

Labiu, Zalina Yahaya