Jun 3, 2013

Kelas roti dan bun komersial Nor Jannah

Asskum untuk semuaaa...Alhamdulilllah, cuti hujung minggu bermanfaat lagi bagi saya dan 17 student yang lain. Sebabnya dapat belajar satu lagi ilmu penting dalam teknik pembuatan roti dan bun. Kali ni saya jemput Nor Jannah  - cikgu kecik molek dari Sik, Kedah. Muda-muda dah jadi tokey roti.

Pendapatan belas-belas ribu ringgit sebulan dengan jual roti dan bun saja. Pekerja dah ada dekat 8 orang. Sekarang dalam proses nak buat kilang roti atas tanah milik suami di kampung halaman dia. Suka dengan kecekalan dan keberanian orang-orang muda macam ni. Macam kita semua juga, Jannah bermula dengan buat roti secara kecil-kecilan. Tapi bila rajin buat marketing dan sale, production jadi semakin banyak.

Saya suka crita `keras hati' Jannah. `` Kalau saya kluar buat sales, saya akan pastikan target saya tercapai. Selagi belum, saya saya tak balik.

``Kalau saya target dapat 8 tempat untuk supply roti hari tu, saya akan pastikan dapat 8 tempat. Kalau daripada 8 dalam senarai tu, ada yang reject, saya akan cari yang lain. Yang penting, dapat 8 jugak...,'' kata Jannah.

Fuhhhhh..respect dengan `budak kechik ni'. Kenapa saya kata budak kechik...hehehhe.. Dalam kelas semalam, Jannah saja yang paling kechik. Cikgu kechik, tapi pantas mcam lipas kudung buat keja. Dan dia rileks. Senyum tak penah lekang dari mulut. Yang lagi best...loghat Kedah sepekat kopi cap Kepala Keretapi..hehehhehe...bestttt tengok student yang tak biasa ngan loghat utara tercegangg..hehhe

Satu lagi saya respect Jannah ni, wpun pun dah nak bukak kilang roti sendiri, Jannah tak lokek ilmu. Dia sangguh kongsi segala ilmu berkaitan pembuatan roti dan bun ni. Ilmu macam mana nak buat roti pada kos yang paling minimum. Selain itu pelbagai tips penting dari segi packaging, marketing, susun atur kerja, pengiraan kos dan sebagainya juga dikongsi. Tq Jannah atas segala ilmu dan tips berguna.

Dalam kelas 100% handson ni, Jannah ajar buat 8 jenis bun dan roti menggunakan 5 resepi doh berbeza.




Doh roti Jannah yang sangat elastic



Add caption

Penyediaan cupbread


Doh sebelum mengembang



Dah kembang

Dah masak...fuhhh..harum semerbak












Tq untuk kesemua 17 student yang join kelas hari ni....