Salam dan aloo untuk semua...Jumaat lepas ada kelas untuk 10 peserta. Dibiayai Jabatan Pembangunan Wanita. Tq untuk geng-geng di jabatan (Puan Shikin, Puan Syura n Cik Siti) sebab terus beri kepercayaan kepada saya untuk menganjurkan kursus bagi meningkatkan taraf ekonomi ibu-ibu tunggal di negeri ni.
Kursus ni dah lama plan. Alhamdulillah Jumaat lepas semua berjalan lancar. Semua peserta bersungguh-sungguh belajar n tak sabar-sabar nak balik buat sendiri kat rumah n start menjual.
Saya ajar design-design basic yang senang dibuat atas cupcake iaitu rose (rose simple guna nozle bintang), rosebud, hiasan berasaskan piping jelly dan yang paling mencabar ialah memicit bunga ros terus atas cupcake. Alhamdulillah dia orang bleh buat. Kiranya ada laaa rupa bunga...hehhehe..Tapi tak pa, bab-bab menghias cupcake/kek ni kena selalu praktis...Ok, ni kita layan gambar-gambar. Sorry tak banyak gambar sebab masa saya sibuk pegi dari sorang ke sorang untuk ajar dia orang buat sampai boleh... (10 orang semuanya).
Ni design-design yang dia orang belajar dalam kelas...yang paling mencabar ialah buat bunga ros terus atas cupcake...
Kek macam-macam hari - Hari Ibu, Hari Jururawat, Hari Guru n Hari Belia....