May 3, 2010

Kelas untuk Jabatan Pembangunan Wanita dan Kelas Steamed Buttercream

Salam dan aloo untuk semua...Minggu lepas huru hara sket.Kalau ikutkan track record suami sebelum-sebelum ni, dia ok jer lepas buat chemo. So, saya pun brani la bagi comitment ngan Jabatan Pembangunan Wanita Seremban untuk buat kelas asas keusahawanan bakery untuk 10 ibu tunggal. Kelas tu 3 hari  - Isnin, Selasa n Rabu lepas (27, 28 n 29 April). Nak jadi citer, suami saya tak sihat dan kena masuk ward Ahad lepas sebab white blood count dia rendah sangat. Punya la serba salah nak tinggal dia sorang-sorang. Tapi apa nak buat, dah bagi komitment. So, pagi-pagi pukul 5 adik saya akan datang ambik kat SJMC. Saya buat class kat Seremban, pastu, dalam pukul 6 ptg adik saya hantar balik ke SJMC. Alhamdulillah, semua ok. Husband discharge Rabu. Jumaat kelmarin (masa saya sibuk dok buat kelas Steamedbuttercream), dia masuk ward lagi...kali ni sebab ada jangkitan paru-paru...tadi tengah hari baru keluar...risaunya sayaaaa....

Tapi tak pa, insyallah, semua akan ok. Kena positive thingking. Jumaat ni last chemo dia. Harap-harap lepas ni dia ok sepenuhnya. Insyallllaaahhh....

Ok, ni antara gambar-gambar sepanjang kelas saya minggu lepas (kelas asas keusahawanan bakery dan kelas steamedbuttercream.

HARI PERTAMA DAN KEDUA - SWEET BUN, SANDWICH LOAF DAN PIZZA




Sesi pengenalan dan penerangan oleh Puan Shikin dari Jabatan Pembangunan Wanita



HARI KETIGA - 10 JENIS BISKUT RAYA




KELAS STEAMEDBUTTERCREAM

Lima orang joint kelas kali ni Suri (Seremban), Nora (Seremban), Liyana (Kuala Pilah), Zura (Ampang)  n cikgu kita Lea Oven (USJ).

Semua student nampaknya puas hati dengan hasil masing-masing yang halus mulus. Cikgu Lea ni macam cikgu Zati dihati dari Pekan tu gak laa...Dia orang ni dah blajar banyak tempat steamed buttercream ni. Tapi diaorang kata, lepas blajar kat saya ni kira baru khatam. Ni dia orang cakap aaa...bukan saya cakap...hehhehe. Alhamdulillah sebab dapat murid-murid yang bleh terima ilmu dengan baik. Semua student yang attend class saya hari tu (dan juga student class-class yang sebelum ni pun...) bleh buat kek dengan cantik dan halus mulus. Class kali ni special sket, sebab Lea mintak saya tunjukkan cara buat stack cake. Tak pa...untuk yang nak blajar, nanti saya bagi step by step...

Ok, kita layan gambar-gambar sepanjang class lepas...

Antara jenis-jenis boarder yang dia orang belajar..




Kek-kek yang dihasilkan student
Pose di depan kek masing-masing....(dari kiri ke kanan - Lea, Liyana, Suri, Nora n Zura)