May 11, 2010

MARI MENGENAL NOZZLE/TIPS

Salam dan aloo untuk semua...

Ni saya nak kongsi ilmu yang tak seberapa mengenai penggunaan tips atau nozzle semasa menghias kek.
Ilmu ni saya ambil daripada website make-fabulous cakes. com. Saya nak ambik gambar sendiri tak secantik n seterang gambar-gambar kat website ni. So, saya ambik dari sini n bagi penerangan ikut bahasa Kedah campur Negeri Sembilan supaya lebih senang pahammm....

Ok, nozzle ni kalau kita tengok kat kedai-kedai ada macam-macam jenih. Nozzle ni kena la cari kat kedai-kedai yang jual bahan-bahan bakery....(errr...jangan p cari kat kedai hardware yeaa....hehehhehe). Sekarang ni ada gak kita jumpa kat Jusco n Tesco. Kat Family Store pun kekadang ada. Tapi yang plastik. Kalau pun yang stainless steel, tak tahan...nipis sangat. Senang crita...  tak berapa elok sangat. Lebih baik la p beli kat kedai yang jual-jual bahan-bahan bakery. Mahal la sket (sekupang dua....tapi tahan lama..) Kalau kat Somban ni haaa...kedai yang selalu saya p ialah Bakers Mall di Kemayan Square. Kat hospital KPJ tu. Blok kedai yang kedua yang mengadap KPJ. Sebaris ngan kedai mamak  (apa tah...Wazerr rasanya....tak ingat plak...tapi MAMAK  laaa....hehehe)

Kat Kedah atau negeri-negeri lain saya tak pasti...

Ok, jangan pening dan panik tengok nozzle yang bermacam-macam rupa paras tu. Untuk permulaan bagi saya, cukup la rasanya kalau kita  kenal 5 jenis nozzle utama dulu. Ni kira basic laaa..Basic-basic pun kalau anda dah masuk kelas hias kek BZEE BAKERY... (hehehhe....maaf no....iklan sat...), mesti dah bleh buat kek cantik dan dipuji oleh anak-anak, suami dan jiran tetangga....

Nozzle pertama ialah ni: Nozzle bulat (round tips). Saiz dia ada daripada yang sebesar-besarnya sampai lah yang sekecik-keciknya. Saiz paling kecik - 0. Nozzle ni bleh buat macam-macam hiasan daripada garisan biasa, dot-dot, bunga, tulisan dan macam-macam lagi. Contohnya macam kat bawah ni....




Nozzle yang kedua: BINTANG (star). Nozzle Star ni terbahagi kepada dua plak...yang TERBUKA, yang TERTUTUP...(open n closed star). Selalunya nozzle bintang ni digunakan untuk buat borders kat atas n tepi. Selain tu, kalau kita nak buat rossettes atau shells, kita guna nozzle ni laaa...Ok, kat bawah ni, gambar START TERBUKA


(nampak aaak bentuk bintang yang terbuka (orang KEDAH kata  ternganga atau orang Negeri Sembilan kata TELOPONGG...HEHHEHE)

Dan ni la antara bentuk-bentuk hiasan yang kita bleh buat ngan nozzle BINTANG TERNGANGA/TELOPONGGG



Yang tertutup plak macam ni....:
haaa....nampak dak...tertutup malu jerrr bintang ni...

Ni hasil-hasil yang bleh kita buat guna bintang tertutup ....coraknya lebih kurang jer kann...tapi lebih halus.
TAPI KANNNNNN........kalau u alll masuk kelas hiasan kek saya...dengan mengunakan hanya SATU JENIS NOZZLE CLOSED STAR (saya ulang SATU JENIS....closed star sahaja), u all bleh buat macam-mcam border macam kat bawah ni.... (betoi, saya tak tipu.....hehehhe). Border-border ni cantik terutamannya kat kek-kek kawen....



Nozzle yang ketiga - kelopak bunga atau orang putih panggil PETAL. Nozzle ni memang kegemaran ramai laa sebab kita boleh buat macam-macam jenih bunga guna nozzle ni terutamanya rose laaa. Selain itu nozzle juga kita guna untuk buat scallops (orang kampung panggil ropol-ropol), ruffles (errr...orang kampung panggil apaaa aaa....) dan juga ribbons.



Ni haa nozzle PETAL dan hasil-hasil yang boleh kita buat selain bunga rose macam kat cupcake kat bawah ni



 
OK, yang keempat ialah macam ni...ada gigi...tak tau nak panggil apa dalam bahasa melayu tapi omputih kata BASKET WAVE. Rupanya macam ni...

Ni contoh nozzle basket wave dan hasilnya. Selalu kita boleh buat guna nozzle ni untuk buat corak basket kat kek.

Yang kelima plak ialah nozzle daun. Nozzle ni penting ada selain yang PETAL tadi...Ya laaa...kalau dah buat bunga mesti ada daun kan...Tapi selain daripada daun...kegunaan nozzle daun ni sbenarnya pelabgai. Kita boleh buat ropol-ropol dan hiasan border mcm contoh kat bawah ni....


Contoh hasil dan nozzle daun....

Ni la saja sedikit sebanyak ilmu yang bleh kita kongsi bersama....Kalau nak blajar cara memicit...jom aaa joint kelas saya. Nanti yeaaa, saya buat jadual...harap bersabar....