Jul 1, 2013

Kek dan pastry di Tokyo

Asskum untuk semua.....sepanjang 10 hari berada di Tokyo saya dan adik bertuah saya Yusniza (Ja) naik hilang akal tengok pastry dan kek kat sini. Semua nampak mengiurkan. Tapi tk brapa berani cuba. Tengok saja..hehheh

Satu kek yang mcam wajib ada kat hampir semua bakery kat Jepun ni ialah kek strawberry atau `strawberry short cake'. Nampak cantik sangat. Saya ada belajar kek ni dari kawan Jepun Kak Aida - Emiko. Nanti saya nak cuba. Kalau ada yang berminat, bleh buat kelas.

Tapi sebenarnya kek ni basic dia kek sponge dan fresh cream saja. Tapi cara menyusun strawberry bagi nampak cantik n kemas tu yang ada teknik yang saya kena praktik. Nanti dah pas saya buat class yea...hehehhe...

Satu lagi yang kami perasan, kebanyakan kek kat sini tak menggunakan pewarna tiruan. Hampir semua kek diwarnakan dengan pelbagai jenis buah. Ada kawan Jepun bagi tau, rupanya kat Jepun ni, penggunaan pewarna dalam makanan sangatlah dikawal ketat. So sebab tu laah kita tengok kek-kek dia sama da warna putih atau coklat. Kalau ada pun warna pastel atau warna daripada makanan sendiri mcm green tea/matcha.

Tak seperti masa saya gi Spain baru-baru ni, di Tokyo, tak semua tempat kita boleh ambik gambar. Kena mintak kebenaran. Ada yang bagi, ada yang tidak. Ni antara gambar-gambar yang sempat saya ambik. Gambar yang dibenarkan...ehhehehe







 

 

 


 





Satu lagi dessert yang jadi favourite orang kat sini - cream puff. Item wajib yang mesti ada kat bakery.



Ni Castella cake - rasa macam kek sponge. Memang famous. Cara buat yang sangat susah. Tekstur sangat halus mulus. Kek ni berasalah dari Nagasaki. Ada pengaruh portugese






Kagum tengok dessert/mousse yang diboh dalam kulit telur ni...sangat sweettt




Hampir semua kek `diwarnakan dengan buah-buahan - bukan pewarna






Ni satu lagi kek yang famous kat sini - Baumkuchen. Mcm kek lapis. U all bleh google kat internet tengok cara buat kek ni yang sangatlah rumit.