Jan 9, 2011

KELAS KEK KAWEN STEAMED BUTTERCREAM

Salam dan alooo untuk semua....semalam 7 orang joint kelas hands on kek kawen 3 tingkat steamed buttercream. Biasa laaa, kalau dah ramai-ramai tu, riuh rendah lerr jawabnya. Kemuncak riuh rendah bila masing-masing start buat bunga rose daripada buttercream.

Saya bagi tekanan `psikologi' tahap maksimum sampai dia orang dapat buat bunga rose sampai jadi. Alhamdulillah, jadi bunga rose dia orang ni - termasuklah Makngah yang memang tak penah langsung pegang piping beg tu. Memetik kata Makngah (dalam loghat nogori yang pekat) lepas tengok kek 3 tingkat yang dia buat tu ``macam tak percayo mak ngah buleh buekk...ni lah haa, umur dah masuk 51 tahun, tak sangko buleh buek kek bertingkat-tingkat macam ni. Mesti kawan-kawan Makngah pun tak cayo makngah buleh buekkk....,'' - hehehhe....Untuk makngah dan student-student lain - PERCHAYA lah ...tak der yang mustahil dalam donia ni. Kalau yakin buleh buat, mesti buleh...Lagi pun kalau guna teknik steamed buttercream saya ni, orang yang tak penah-penah kenal apa itu nozel dan piping beg pun bleh buat kek kawen 3 tingkat tu....

Yang penting, pas ni, balik kena praktis buat....jangan balik simpan jerr resepi tu...Ok, kita layan gambar-gambar sepanjang kelas semalam...
Tengah memulun buat latihan bunga dan menyetim kek

Lagi aktiviti memulun

Bunga ros yang dibuat student
Practice make perfect

Pandangan dari atas...

Dah start menghias kek


Kak Yati - Ist time hias kek

Kak Khasnah - Blajar sebab nak buat kek kawen untuk anak dara dia yang nak kawen minggu depan.

Proses menghias. Muizza yang ambik kelas DIY saya ni mempraktikkan teknik hiasan kek fondant  yag diblajar kat kelas fondant semalam. Kebanyakkan teknik hiasan kek fondant bleh dipraktikkan untuk hiasan kek steamed buttercream sebab rupa dua-dua kek ni lebih kurang sama

Kak ani dengan bangganya bersama kek kawen yang dia buat.

Sharifah - biru putih yang sweet



Makngah yang masih tak percaya dia boleh buat kek kawen 3 tingkat

Rozana berposing ayu ngan kek

Dik...kek senget...adjust bebaik...ahaksss

Muizaa ngan kek dia - cantik dan halus

Closeup kek muizza



APA ITU KELAS DIY - siaran ulangan

Salam dan alooo untuk semua....Alhamdulillah sejak dilancarkan (hehhehe) bulan Disember lepas, kelas DIY (do it youself) semakin mendapat perhatian hangat ramai student. Tapi ramai yang still tak clear n selalu sms saya tanya mengenai kelas DIY ni. DAN walaupun saya suruh click kat LABELS (belah kanan) dibawah tajuk KELAS DIY (urutan nombor 19 dari atas), untuk baca maklumat lanjut, ada gak yang still tak clear. Ok, lah, ni saya postkan sekali lagi apa tu kelas DIY..

Fakta-fakta mengenai kelas DIY:
. Ni kira macam private class lerrr...one to one - saya dan anda saja dalam setiap kali kelas diadakan.
. Semua bahan mentah saya sediakan. Anda cuma datang bawak apron jerrr...plastic container untuk bawak balik kek pun tak yah bawah sebab saya memang bagi kotak....
. Anda akan terlibat 100% dalam kelas ni daripada timbang, adun, bakar, hias dan masukkan kek dalam kotak untuk bawak balik kek-kek tu.
. SEMUA, saya ULANG SEMUA KEK yang anda buat tu adalah milik anda. BUKAN satu slice sajer macam anda selalu dapat dalam kelas biasa.
. Kelas HANYA diadakan pada HARI BEKERJA SAHAJA (maksud hari bekerja ialah ISNIN, SELASA, RABU, KHAMIS DAN JUMAAT). Kalau public holiday jatuh pada hari bekerja pun saya buat. Tapi ikut kelapangan saya gak...Contohnya public holiday Thaipusam jatuh hari KHAMIS kan...so, saya buat gak. (tapi, sorrry, date untuk 20 hb dah ada orang...hehehhe).
. Senarai apa sahaja kek yang anda nak belajar tu ada kat post saya bertajuk KELAS DIY (belah kanan, di bawah LABELS, urutan ke 19). Pilih jer apa kek yang anda nak belajar. Ada gak kek-kek baru yang belum saya senaraikan kat sana macam Italian Rainbow, Redvelvet...Kalu  ada kek lain yang nak blajar pun , bleh suggest kat saya. So, kesimpulannya, TAK ADA pakej khusus untuk kelas ni. SEMUA anda tentukan.

Minimum kena blajar sekurang-kurangnya dua biji kek. Cuma tak dak diskaun lerrr...Harga satu kek RM200, so, kalau 2, RM400. Hanya yang ambik pakej 3 kek keatas saja bleh dapat rega RM180 untuk belajar SEBIJIK kek.

Ok, nak senang citer, ni step by step yang anda kena buat kalau nak masuk kelas DIY saya:

. Click dulu kat Labels KELAS DIY (bagi yang nak tau lebih lanjut mengenai kelas ni)
. Buat keputusan sendiri kek apa yang nak belajar.  (sebab ada yang emel dan tanya saya, kek apa yang sesuai dia belajar....saya maner la tauuuuu dik nuuuunnnn ooooiiiii.....hehhehe). 
. Pilih date yang saya dah senaraikan sahaja. Yang dah ada nama bermakna orang dah chup n bayar deposit. Date yang tak disenaraikan bermakna saya tak buat kelas. Saya cuti.

. Emel kat saya  - bzeebakery@gmail.com. Dalam emel tu, bagi tau nama apa kek yang nak belajar dan TARIKH  yang anda pilih untuk kelas ni.
. Saya akan reply secepat mungkin emel anda bersertakan QUOTATION (rega kelas tu) dan sama ada tarikh yang anda pilih tu ok ker tidak...
. Pastu anda kena buat deposit secepat mungkin. Deposit 1/2 daripada harga kelas. Saya hanya akan block TARIKH tu untuk anda selepas anda bank in deposit ke account Maybank
BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195. 
 . Selagi anda tidak membayar deposit, kira anda belum dan tak confirm. So tarikh tu kira free dan saya akan open kepada sesiapa sahaja yang nak tarikh tu dan bayar deposit dulu.
. Ok, pas bayar deposit tu, kira confirm dan bleh datang kelas pada tarikh yang ditetapkan.Anda cuma bawak apron jerrr....(dan sudah pasti, duit balance....hehheheh)

Ni ada maklumat tambahan:
. Kepada sesapa yang tinggal jauh dan nak bermalam di Seremban ni, ada hotel yang dekat sangat ngan bakery saya. Click  website ni - www.s2hotel.com untuk maklumat lanjut. Harga untuk bilik standard rasanya paling rendah RM100.
. Semua kek-kek atau pastry yang ada dalam senarai KELAS DIY ni saya akan juga adakan secara kelas biasa - kelas ramai-ramai. Tapi  kena ikut time dan jadual saya lerrr...kalau nak cepat, tak dapek lerr den menolong...hehehe Tapi untuk kelas biasa ni, saya buat DEMO jer lah....anda cuma dapat resepi dan tengok jerr. Dan resepi yang saya bagi tu MESTILAH sama ngan resepi KELAS DIY (kechik ati BETUL saya bila ada yang tanya,  sama  kerr resepi kelas demo ngan kelas DIY....tak kannnnnnnnnnnnnn la saya nak buat keja tak senonoh bagi resepi yang lain-lain. Selama saya buat kelas ni, alhamdulillah, tak dak lagi resepi saya yang tak menjadi walaupun kelas tu cuma kelas demo. Cuma kekadang ada yang tak menjadi tu sebab teknik salah. Lain yang diajar, lain yang dibuat.  Saya nak rezeki yang diberkati Allah.....) 

Ok, harap penjelasan saya clear. Dalam kelas ngan Muizza semalam, saya suruh dia jadi model untuk kelas DIY ni...hehhehe
(ok, ni kira selepas proses Muizaa emel dan bayar deposit ngan saya):
Pas pakai apron dan dapat resepi saya, anda akan terus ke dapur untuk timbang bahan. 
Pas tu mengadun. Bleh pakai hand mixer macam Muizza buat ni atau pakai mixer kat belakang tu....
Pastu bakar
Dah bakar, tungguk sejuk, hias. Filling, cream atau apa-apa jer yang nak kena buat kat kek tu, anda yang buat sendiri. Saya akan memantau dan memberikan pelbagi tips dan petua untuk menjadikkan kek anda cantik
Pas kek siap, senyum....sebab saya akan ambik gambar...(ahakssss)


Pas semua kek siap, letak atas meja n bergambar ngan semua kek-kek tu....
Pastu saya akan bagi kotak. Anda akan masukkan sendiri semua kek dalam kotak tu untuk bawak balik.
Dan selalunya saya akan bagi kerja rumah sket untuk semua student - keja tu ialah - sebelum makan, ambik gambar kek yang dah dipotong tu dan emel kat saya...mcam gambar-gambar yang Muizaa dan Liza emel kat saya sebelum ni. Itu sajaaaaa





Kelas DIY ngan Muizza

Salam dan aloo untuk semua...kelmarin (jumaat), kelas DIY ngan Muizza. Muizza ni dari Batu Pahat. Tapi dia datang lepak rumah kakak di kat Sentul. Muizza datang belajar ngan saya kek-kek paling top dan mendapat permintaan daripada student-student untuk kelas DIY saya - Chocolate Indulgence, American Chocolate, Italian Rainbow dan Marble Cheesecake. Satu lagi Muizza gak ambik kelas bake dan decorate kek fondant. Esoknya plak (Sabtu) kebetulan saya ada kelas kek kahwin steamed butercream, Muizza joint sekali gak kelas tu. Total untuk semua yang kelas Muizza ambik ni  RM1, 320.

Kami start pukul 10 n settle kat pukul n settle dekat pukul 6. Buat 4 jenis kek tu jap jer. Tapi menghias kek fondant tu yang lambat sket. Untk kelas DIY asas kek fondant tu saya ajar dari awal sampai habis - bakar kek, buat aising fondant, royal aising, asas bunga ros dan pelbagai teknik hiasan menggunakan fondant sesuai untuk kek hantaran. Ok, kita layan gambar-gambar sepanjang kelas kelmarin:


American Chocolate
Marble Cheesecake
Kek Fondant - halus jer keja Muizza ni kannn....?
CHocolate Indulgence
Italian Rainbow

Untuk Muizza, tahniah yea dik sebab berjaya semua kek tu dengan cantik dan sempurna sekali. Balik Batu Pahat nanti, kena practice tau...bagi mak n ayah rasa. Muizza bagi tau saya sebelum ni kek paling glamer yang penah buat ialah kek batik. Penah gak cuba resepi-resepi kek kat internet. Tapi selalu tak menjadi. Yang menjadi mangsa untuk makan kek-kek tak jadi dia tu ialah mak dia...hehheheheh...So, pas ni bleh buat kek yang sedap-sedap kat mak. Pas dah terer, bleh start jual....


Jan 7, 2011

Liza Keramat plak....

Salam dan alooo untuk semua....semalam Nurliza dari Putrajaya, hari ni Nurliza dari Keramat plak ambik kelas DIY ngan saya. Punya la dia nak blajar Carrot Walnut With Cream Cheese, sanggup datang dari Keramat nun....Saya suruh Liza datang pukul 2 sebab paginya ada apek Mr. Gan datang rumah pasang kabinet kat bilik iron rumah saya. Bilik tu dah semak sangat. So, kalau ada kabinet, bleh lerr sumbat semua dalam tu, pastu tutup pintu...serta merta nampak kemas, kannnn???...hehhehe...Saya suka la kat pencipta kabinet ni...ahakssss....

Ok, berbalik pada Liza, sbenarnya ada cerita di sebalik  kenapa dia nak sangat-sangat kelas carrot cake saya ni. Tapi biarlah menjadi rahsia antara saya n Liza jer....(ahaksss....pssttt, Liza, diam, diam, k...). Sbenarnya nak buat kek ni kejap jerr...tapi nak menunggu kek sejuk sebelum disapu cream cheese topping tu yang lama. Kek kena sejuk betul-betul. Kalau tak,  cair lerrr krim tu, kan....?

Liza datang pukul 2, siap semua dalam dah dekat pukul 5. Saya cakap kat dia, balik nanti kena simpan dalam peti sejuk dulu. Baru cantik kalau nak potong. Dah tu kek ni akan jadi lebih lembab. Tup-tup dalam pukul 6.30 tu, Liza smsa saya: ``Salam Kak lina... dah potong kek carrot td. mmg sedap yum3x...''


Bertuah betul budak ni...saya sms dia kata``... ni, mesti tak dengar cakap cikgu suruh simpan dalam chiller dulu...Pastu dia balas....``A ah...suami kite x sabor nk rasa.. mmg sedap hingga jilat jari..hehhe...' - sabor jer lah budak ni...

(Liza ni orang JB...sebab tu dia guna `suami kite' - heheh)

Ok, ni ha gambar Liza ngan kek carrot yang dia buat. Suka tengok tahi lalat  kat pipi Liza - sweet jerrr. Ok, dik...dah datang blajar jauh-jauh, jangan tak buat plak...buat tau...



 Liza tengah sapu creamcheese kat kek.Yang oren-oren tu carrot gula untuk hiasa atas kek. Punya la banyak Liza buat sebab boring menunggu kek sejuk...hehhehe

Ni kek yang Liza buat
Liza n kek carrotnya....tahniah yea dik berjaya buat ngan cemerlang....

Jan 6, 2011

Liza Putrajaya` naik antu' di kelas DIY

SALAM dan alooo untuk semua...Sorry yea Liza, saja bagi tajuk gempaq sket..heehhe. Tapi sebenarnya semalam Liza mai kelas DIY saya. Saya cakap dia naik antu sebab Liza dengan begitu waja dan tabah berjaya menyelesaikan kesemua 8 jenis kek yang dia request nak belajar. Mula-mula saya plan nak buat 2 hari sebab kek-kek yang Liza nak blajar ni agak cerewet - hari ni dan esok, tapi saya `cabar' dia - ``amacam...rasa-rasa bleh tak settle hari ni...''. Apa lagi, dia pun pulun tak HINGAT DONIA...hehee. Liza kata, kalau bleh settleh hari ni lati best kak, tak yah datang lagi esokk....ok, dik..buktikan kemampuanmu...ahakssss

So, tanpa berlengah dan menoleh kiri kanan (ahaksss....nak bagi dramatik sket citerrr..,), Liza pun memulun membakar kek dia. Sebelum kami break untuk lunch pukul 1 tu, Liza dah siap bake 6 jenis kek - Opera, Italian Rainbow, Carrot cake, Red Velvet, chocolate indulgence n american chocolate. Pas lunch n zohor, tanpa sempat menarik nafas (ahaksss), terus Liza pakai apron n sambung bakar lagi 2 kek  terakhir - Chocolat moist dan german black forest...

Pas settle bakar kak tu, apa lagi, terus ke sesi membuat filling n topping dan terus menghias. So, pas sembahyang maghrib, Liza siap-siap make-up untuk bergambar ngan kesemua 8 kek yang dia dah berjaya buat sepanjang hampir 9 jam tu...TAHNIAH yea Liza.
Liza bersama 8 kek hasil air tangan dan titik peluh sendiri.....akak bangga dikkk....ahaksksss..
Close-up kek-kek yang Liza buat. Kiri (depan ke belakang) - Italin Rainbow, American Chocolate, Red Velvet dan Chocolate Indugence. Kanan (depan ke belakang) - Chocolate Moist, Carrot walnut with cream cheese, Opera dan German Blackforest.


Ni plak koleksi gambar-gambar Liza semasa sedang beraksi menyiapkan kek-kek dia
 Tengah icing red velvet
 Chocolate moist, bawah ni, chocolate indulgence
Ni plak Italian Rainbow

Sebelum balik, saya suruh Liza emelkan saya gambar-gambar kek yang dia dah potong. Ni emel dari Liza...:

Kak Ina,
 
Nie gambar2nya. Sukaaa.. kek semua sedap2 sangat. Gambar tak cantik, sbb kamera cabuk cap ayam jer.
Tq kak :)
   
makna CABUK - ni adalah loghat tanah tumpah darah saya - KEDAH yang bermaksud `CHOKIA'/murah, tak standard atau dalam erti kata mudah bukan camera Canon DSLR ahaksss.... Tq Liza sebab menggunakan bahasa Kedah...hehehe. Husband Liza ni orang kampung saya....tapi Liza ni plak orang Nogori...

Nota: tak pa dik....cabuk-cabuk pun cantik gak gambar yang Liza hantar...akak pun pakai camera cabuk gak...hehehhehe.
Ni gambar-gambar yang Liza emel kat saya selepas kek dipotong....

 Opera cake
Carrot walnut with cream cheese topping
German Black Forest
Atas tu Chocolat moist. Yang colour ni Italian Rainbow
Chocolate Indulgence. Yang atas - American chocolate
Ni Red Velvet with Casablanca Cream Cheese Topping..
Ni plak gambar peti sejuk Liza yang telah dipenui dengan semua kek-kek yang dia buat semalam..errr, Liza, mana pegi mangkuk sambal belacan, kuah kari semalam, sambal udang kelmarin...ahakssss....