Jan 9, 2011

Kelas DIY ngan Muizza

Salam dan aloo untuk semua...kelmarin (jumaat), kelas DIY ngan Muizza. Muizza ni dari Batu Pahat. Tapi dia datang lepak rumah kakak di kat Sentul. Muizza datang belajar ngan saya kek-kek paling top dan mendapat permintaan daripada student-student untuk kelas DIY saya - Chocolate Indulgence, American Chocolate, Italian Rainbow dan Marble Cheesecake. Satu lagi Muizza gak ambik kelas bake dan decorate kek fondant. Esoknya plak (Sabtu) kebetulan saya ada kelas kek kahwin steamed butercream, Muizza joint sekali gak kelas tu. Total untuk semua yang kelas Muizza ambik ni  RM1, 320.

Kami start pukul 10 n settle kat pukul n settle dekat pukul 6. Buat 4 jenis kek tu jap jer. Tapi menghias kek fondant tu yang lambat sket. Untk kelas DIY asas kek fondant tu saya ajar dari awal sampai habis - bakar kek, buat aising fondant, royal aising, asas bunga ros dan pelbagai teknik hiasan menggunakan fondant sesuai untuk kek hantaran. Ok, kita layan gambar-gambar sepanjang kelas kelmarin:


American Chocolate
Marble Cheesecake
Kek Fondant - halus jer keja Muizza ni kannn....?
CHocolate Indulgence
Italian Rainbow

Untuk Muizza, tahniah yea dik sebab berjaya semua kek tu dengan cantik dan sempurna sekali. Balik Batu Pahat nanti, kena practice tau...bagi mak n ayah rasa. Muizza bagi tau saya sebelum ni kek paling glamer yang penah buat ialah kek batik. Penah gak cuba resepi-resepi kek kat internet. Tapi selalu tak menjadi. Yang menjadi mangsa untuk makan kek-kek tak jadi dia tu ialah mak dia...hehheheheh...So, pas ni bleh buat kek yang sedap-sedap kat mak. Pas dah terer, bleh start jual....