Jan 6, 2011

Liza Putrajaya` naik antu' di kelas DIY

SALAM dan alooo untuk semua...Sorry yea Liza, saja bagi tajuk gempaq sket..heehhe. Tapi sebenarnya semalam Liza mai kelas DIY saya. Saya cakap dia naik antu sebab Liza dengan begitu waja dan tabah berjaya menyelesaikan kesemua 8 jenis kek yang dia request nak belajar. Mula-mula saya plan nak buat 2 hari sebab kek-kek yang Liza nak blajar ni agak cerewet - hari ni dan esok, tapi saya `cabar' dia - ``amacam...rasa-rasa bleh tak settle hari ni...''. Apa lagi, dia pun pulun tak HINGAT DONIA...hehee. Liza kata, kalau bleh settleh hari ni lati best kak, tak yah datang lagi esokk....ok, dik..buktikan kemampuanmu...ahakssss

So, tanpa berlengah dan menoleh kiri kanan (ahaksss....nak bagi dramatik sket citerrr..,), Liza pun memulun membakar kek dia. Sebelum kami break untuk lunch pukul 1 tu, Liza dah siap bake 6 jenis kek - Opera, Italian Rainbow, Carrot cake, Red Velvet, chocolate indulgence n american chocolate. Pas lunch n zohor, tanpa sempat menarik nafas (ahaksss), terus Liza pakai apron n sambung bakar lagi 2 kek  terakhir - Chocolat moist dan german black forest...

Pas settle bakar kak tu, apa lagi, terus ke sesi membuat filling n topping dan terus menghias. So, pas sembahyang maghrib, Liza siap-siap make-up untuk bergambar ngan kesemua 8 kek yang dia dah berjaya buat sepanjang hampir 9 jam tu...TAHNIAH yea Liza.
Liza bersama 8 kek hasil air tangan dan titik peluh sendiri.....akak bangga dikkk....ahaksksss..
Close-up kek-kek yang Liza buat. Kiri (depan ke belakang) - Italin Rainbow, American Chocolate, Red Velvet dan Chocolate Indugence. Kanan (depan ke belakang) - Chocolate Moist, Carrot walnut with cream cheese, Opera dan German Blackforest.


Ni plak koleksi gambar-gambar Liza semasa sedang beraksi menyiapkan kek-kek dia
 Tengah icing red velvet
 Chocolate moist, bawah ni, chocolate indulgence
Ni plak Italian Rainbow

Sebelum balik, saya suruh Liza emelkan saya gambar-gambar kek yang dia dah potong. Ni emel dari Liza...:

Kak Ina,
 
Nie gambar2nya. Sukaaa.. kek semua sedap2 sangat. Gambar tak cantik, sbb kamera cabuk cap ayam jer.
Tq kak :)
   
makna CABUK - ni adalah loghat tanah tumpah darah saya - KEDAH yang bermaksud `CHOKIA'/murah, tak standard atau dalam erti kata mudah bukan camera Canon DSLR ahaksss.... Tq Liza sebab menggunakan bahasa Kedah...hehehe. Husband Liza ni orang kampung saya....tapi Liza ni plak orang Nogori...

Nota: tak pa dik....cabuk-cabuk pun cantik gak gambar yang Liza hantar...akak pun pakai camera cabuk gak...hehehhehe.
Ni gambar-gambar yang Liza emel kat saya selepas kek dipotong....

 Opera cake
Carrot walnut with cream cheese topping
German Black Forest
Atas tu Chocolat moist. Yang colour ni Italian Rainbow
Chocolate Indulgence. Yang atas - American chocolate
Ni Red Velvet with Casablanca Cream Cheese Topping..
Ni plak gambar peti sejuk Liza yang telah dipenui dengan semua kek-kek yang dia buat semalam..errr, Liza, mana pegi mangkuk sambal belacan, kuah kari semalam, sambal udang kelmarin...ahakssss....