Fakta-fakta mengenai kelas DIY:
. Ni kira macam private class lerrr...one to one - saya dan anda saja dalam setiap kali kelas diadakan.
. Semua bahan mentah saya sediakan. Anda cuma datang bawak apron jerrr...plastic container untuk bawak balik kek pun tak yah bawah sebab saya memang bagi kotak....
. Anda akan terlibat 100% dalam kelas ni daripada timbang, adun, bakar, hias dan masukkan kek dalam kotak untuk bawak balik kek-kek tu.
. SEMUA, saya ULANG SEMUA KEK yang anda buat tu adalah milik anda. BUKAN satu slice sajer macam anda selalu dapat dalam kelas biasa.
. Kelas HANYA diadakan pada HARI BEKERJA SAHAJA (maksud hari bekerja ialah ISNIN, SELASA, RABU, KHAMIS DAN JUMAAT). Kalau public holiday jatuh pada hari bekerja pun saya buat. Tapi ikut kelapangan saya gak...Contohnya public holiday Thaipusam jatuh hari KHAMIS kan...so, saya buat gak. (tapi, sorrry, date untuk 20 hb dah ada orang...hehehhe).
. Senarai apa sahaja kek yang anda nak belajar tu ada kat post saya bertajuk KELAS DIY (belah kanan, di bawah LABELS, urutan ke 19). Pilih jer apa kek yang anda nak belajar. Ada gak kek-kek baru yang belum saya senaraikan kat sana macam Italian Rainbow, Redvelvet...Kalu ada kek lain yang nak blajar pun , bleh suggest kat saya. So, kesimpulannya, TAK ADA pakej khusus untuk kelas ni. SEMUA anda tentukan.
Minimum kena blajar sekurang-kurangnya dua biji kek. Cuma tak dak diskaun lerrr...Harga satu kek RM200, so, kalau 2, RM400. Hanya yang ambik pakej 3 kek keatas saja bleh dapat rega RM180 untuk belajar SEBIJIK kek.
Ok, nak senang citer, ni step by step yang anda kena buat kalau nak masuk kelas DIY saya:
. Click dulu kat Labels KELAS DIY (bagi yang nak tau lebih lanjut mengenai kelas ni)
. Buat keputusan sendiri kek apa yang nak belajar. (sebab ada yang emel dan tanya saya, kek apa yang sesuai dia belajar....saya maner la tauuuuu dik nuuuunnnn ooooiiiii.....hehhehe).
. Pilih date yang saya dah senaraikan sahaja. Yang dah ada nama bermakna orang dah chup n bayar deposit. Date yang tak disenaraikan bermakna saya tak buat kelas. Saya cuti.
. Emel kat saya - bzeebakery@gmail.com. Dalam emel tu, bagi tau nama apa kek yang nak belajar dan TARIKH yang anda pilih untuk kelas ni.
. Saya akan reply secepat mungkin emel anda bersertakan QUOTATION (rega kelas tu) dan sama ada tarikh yang anda pilih tu ok ker tidak...
. Pastu anda kena buat deposit secepat mungkin. Deposit 1/2 daripada harga kelas. Saya hanya akan block TARIKH tu untuk anda selepas anda bank in deposit ke account Maybank
BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195.
. Selagi anda tidak membayar deposit, kira anda belum dan tak confirm. So tarikh tu kira free dan saya akan open kepada sesiapa sahaja yang nak tarikh tu dan bayar deposit dulu.
. Ok, pas bayar deposit tu, kira confirm dan bleh datang kelas pada tarikh yang ditetapkan.Anda cuma bawak apron jerrr....(dan sudah pasti, duit balance....hehheheh)
Ni ada maklumat tambahan:
. Kepada sesapa yang tinggal jauh dan nak bermalam di Seremban ni, ada hotel yang dekat sangat ngan bakery saya. Click website ni - www.s2hotel.com untuk maklumat lanjut. Harga untuk bilik standard rasanya paling rendah RM100.
. Semua kek-kek atau pastry yang ada dalam senarai KELAS DIY ni saya akan juga adakan secara kelas biasa - kelas ramai-ramai. Tapi kena ikut time dan jadual saya lerrr...kalau nak cepat, tak dapek lerr den menolong...hehehe Tapi untuk kelas biasa ni, saya buat DEMO jer lah....anda cuma dapat resepi dan tengok jerr. Dan resepi yang saya bagi tu MESTILAH sama ngan resepi KELAS DIY (kechik ati BETUL saya bila ada yang tanya, sama kerr resepi kelas demo ngan kelas DIY....tak kannnnnnnnnnnnnn la saya nak buat keja tak senonoh bagi resepi yang lain-lain. Selama saya buat kelas ni, alhamdulillah, tak dak lagi resepi saya yang tak menjadi walaupun kelas tu cuma kelas demo. Cuma kekadang ada yang tak menjadi tu sebab teknik salah. Lain yang diajar, lain yang dibuat. Saya nak rezeki yang diberkati Allah.....)
Ok, harap penjelasan saya clear. Dalam kelas ngan Muizza semalam, saya suruh dia jadi model untuk kelas DIY ni...hehhehe
(ok, ni kira selepas proses Muizaa emel dan bayar deposit ngan saya):
Pas pakai apron dan dapat resepi saya, anda akan terus ke dapur untuk timbang bahan.
Pas tu mengadun. Bleh pakai hand mixer macam Muizza buat ni atau pakai mixer kat belakang tu....
Pastu bakar
Dah bakar, tungguk sejuk, hias. Filling, cream atau apa-apa jer yang nak kena buat kat kek tu, anda yang buat sendiri. Saya akan memantau dan memberikan pelbagi tips dan petua untuk menjadikkan kek anda cantik
Pas kek siap, senyum....sebab saya akan ambik gambar...(ahakssss)
Pas semua kek siap, letak atas meja n bergambar ngan semua kek-kek tu....
Pastu saya akan bagi kotak. Anda akan masukkan sendiri semua kek dalam kotak tu untuk bawak balik.
Dan selalunya saya akan bagi kerja rumah sket untuk semua student - keja tu ialah - sebelum makan, ambik gambar kek yang dah dipotong tu dan emel kat saya...mcam gambar-gambar yang Muizaa dan Liza emel kat saya sebelum ni. Itu sajaaaaa