Jan 9, 2011

KELAS KEK KAWEN STEAMED BUTTERCREAM

Salam dan alooo untuk semua....semalam 7 orang joint kelas hands on kek kawen 3 tingkat steamed buttercream. Biasa laaa, kalau dah ramai-ramai tu, riuh rendah lerr jawabnya. Kemuncak riuh rendah bila masing-masing start buat bunga rose daripada buttercream.

Saya bagi tekanan `psikologi' tahap maksimum sampai dia orang dapat buat bunga rose sampai jadi. Alhamdulillah, jadi bunga rose dia orang ni - termasuklah Makngah yang memang tak penah langsung pegang piping beg tu. Memetik kata Makngah (dalam loghat nogori yang pekat) lepas tengok kek 3 tingkat yang dia buat tu ``macam tak percayo mak ngah buleh buekk...ni lah haa, umur dah masuk 51 tahun, tak sangko buleh buek kek bertingkat-tingkat macam ni. Mesti kawan-kawan Makngah pun tak cayo makngah buleh buekkk....,'' - hehehhe....Untuk makngah dan student-student lain - PERCHAYA lah ...tak der yang mustahil dalam donia ni. Kalau yakin buleh buat, mesti buleh...Lagi pun kalau guna teknik steamed buttercream saya ni, orang yang tak penah-penah kenal apa itu nozel dan piping beg pun bleh buat kek kawen 3 tingkat tu....

Yang penting, pas ni, balik kena praktis buat....jangan balik simpan jerr resepi tu...Ok, kita layan gambar-gambar sepanjang kelas semalam...
Tengah memulun buat latihan bunga dan menyetim kek

Lagi aktiviti memulun

Bunga ros yang dibuat student
Practice make perfect

Pandangan dari atas...

Dah start menghias kek


Kak Yati - Ist time hias kek

Kak Khasnah - Blajar sebab nak buat kek kawen untuk anak dara dia yang nak kawen minggu depan.

Proses menghias. Muizza yang ambik kelas DIY saya ni mempraktikkan teknik hiasan kek fondant  yag diblajar kat kelas fondant semalam. Kebanyakkan teknik hiasan kek fondant bleh dipraktikkan untuk hiasan kek steamed buttercream sebab rupa dua-dua kek ni lebih kurang sama

Kak ani dengan bangganya bersama kek kawen yang dia buat.

Sharifah - biru putih yang sweet



Makngah yang masih tak percaya dia boleh buat kek kawen 3 tingkat

Rozana berposing ayu ngan kek

Dik...kek senget...adjust bebaik...ahaksss

Muizaa ngan kek dia - cantik dan halus

Closeup kek muizza