Jan 28, 2011

Special request class 5 skawan dari Jaybeee....

Salam dan aloooo untuk semua....Rabu n Khamis lepas 5 sekawan dari JB request special class untuk dia orang berlima jerrr. Ketua rombongannya Rye dari chunkybitescakes.blogspot.com (sebab dia yang buat urusan call mengecall, booking dsbnya), cikgu kek lapis yang femes dari JB - Azie (aziecakesbiz.blogspot.com), Lis n adik dia Norzzalina (cuppacakesblicious.blogspot.com) n Kak Fadzilah (mieralisa.blogspot.com). Semua ni femes-femes blaka. Memang semua dah ada pengalaman dalam bidang bakery. Terima kasih la sebab masih sudi berguru ngan saya noooo....saya sangat-sangat berbesar hati.

 Panjang gak senarai yang dia orang  blajar ni - 8 kek, cream puff n eclairs dan cupcake bouquet.

Kek-kek yang diaorang blajar:
i. Chocolate Indulgence
ii. American chocolate
iii. Carrot walnut with cream cheese
iv. Opera
v. Italian rainbow
vi. Double chocolate cheese cake
vii. German Blackforest
viii. Redvelvet

Total untuk pakej ni ialah RM1,250 seorang. Ni bukan kelas DIY. Tapi special request class.  Saya tunjukkan dia orang cara nak buat. Tapi untuk cupcake bouquet, dia orang buat sendiri - hands on. Dan untuk choux pastry (cream puff n eclairs) pun saya bagi peluang dia orang buat sendiri pas saya tunjukkan cara nak buat satu adunan. Sebabnya masing-masing suka makan cream puff n nak wak balik banyak...hehhehee....sabor jerrr lah..tak pa, tak pa kasi chance sebab dia orang ni murid yang baik...ahaksss

Antara dia orang berlima ni, saya kenal Azie jer...Azie ambik kelas sehari jer. Pastu dia kena gi KL sebab ada keja.Kami berguru dengan cikgu yang sama. Mula-mula kelas biasa laaa...malu-malu kucing lagi. Jauh jerr duduk dari saya. Tapi 10 minit pertama jerrr dia orang malu...pastu dah tak malu lagi....hehehhehhe. Dekat nak masuk dalam mixer saya dah...ahakssssss...Lis yang tak ambik kelas cupcake bouquet saya masa hari kedua, siap lentuk manja (tidoooo laaaa) kat sofa saya...hujan n sejuk plak tu kat luar...lagi la tangkap lentuk. Silap tak ambik gambar kannn? ahakassss....pas  bangun terus isi pastry cream dalam creampuff n terus ngap....kengkawan lain berbulu jerrrrr sebab kena mengentil cupcakes bouquet.

Sepanjang kelas dua hari tu seperti biasa lerrr...gelaknya lebih banyak daripada serius...tak boleh nak serius pun dengan dia orang ni. Sabor jerr lahhh....Tapi ada satu pengalaman dan  pengajaran paling berharga mengajar orang-orang JB. Saya akan ingat sampai bila-bila. Rupa-rupanya kebanyakan orang JB ni tak makan ikan semilang (kerrr ikan keli aaaa - saya confused) ........hehehhee. Seperti biasa, masa tengahari saya sediakan lunch. Saya order lah ikan semilang/ikan keli. Ingatkan special lerrr sebab orang nogori kan suka makan ikan tu. Bukan sorang, tapi kelima-lima geng ni tak makan ikan semilang/keli tu. Lerrrr.....silap menu la nampaknya....Dia orang kata kebanyakan orang Johor tak makan ikan tu. Pas tu dia orang gi beli lauk lain kat kedai sebelah...hehhehe..so, yang makan ikan semilang/keli hari tu cuma saya sorang....tapi tak larat lerrr nak perabih kelima-lima ekor ikan tu...Larat makan sekor jerrr...sorrry lah yeaaa....Len kali tak buat lagi....ahakssss

Ok, kita tengok gambar-gambar produk yang dia orang blajar pada 26 dan 27 Januari lepas...Gambar-gambar ni disumbangkan oleh Lis n adik dia dari cuppacakeblicious.blogspot.com. Tengkiu yea Lis n adik...
Carrot walnut with cream cheese

American chocolate

Red velvet

Italian Rainbow

German blackforest

Chocolat indugence

Opera cake

Double chocolate cheese cake

Cream puff

eclairs

Cupcake bouquet kak Fadzilah

Cupcake adik

Cupcake Rye

5 skawan - (kiri ke kanan) - Azie, Rye, Lis, Kak Fadzilah n adik bergambar ngan kek-kek yang siap pada hari pertama...

Ok, sapa-sapa yang berminat nak ambik kelas special request ni, boleh cari kengkawan. Maksimum 6 orang sahaja dan minimum 2 orang. Harga kelas bergantung kepada bilangan orang dalam satu group. Contoh, kelas yang ada 2 orang akan lebih mahal berbandng kelas untuk 6 orang. Dalam kelas ni, saya akan ajar secara demo. Sangat sesuai untuk bakers-bakers yang dah ada basic dalam baking. So, caranya, pilih apa yang nak blajar, pas tu emel saya bersertakan tarikh yang u all nak. Saya akan bagi quotation. Kalau setuju, bleh bayar deposit 1/2 daripada harga kelas..

Jan 24, 2011

KELAS 3 KEK PALING LARISSSS......JANGAN LUPAAAA...

 Jangan lupa yeaaa....kelas ujung minggu ni....

Tarikh: 29 Januari 2011 (Sabtu)
Masa: 11 - 4 petang
Kelas: Kek Chocolate Indulgence
           Kek American Chocolate
            Carrot walnut with cream cheese topping
Harga: RM120
Deposit: RM70 (bank in ke account Bzee Cafe & Bakery - 5051 76100 195 selewat-lewatnya Jumaat, 28 Jan.
Kelas: Demo sahaja (yang berminat untuk kelas praktikal/buat sendiri boleh joint KELAS DIY - click Kelas DIY di sebelah kanan anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai KELAS DIY)


                                            Chocolate Indulgence

American Chocolate     

  
Carrot walnut with cream cheese topping
 
 
 
 
 


Kandungan  kelas
i. Pelajari 3 jenis kek top selling n paling hot Bzee Bakery - chocolate indulgence, American chocolate dan carrot cake.
ii. Cara mudah dan paling sempoi buat kek carrot, tapi gerenti sedap.
iii. Cara membuat creamcheese topping yang lemak berkrim.
 iv. Cara mudah dan sempoi membuat hiasan sugar carrot
v. Cara membuat 2 jenis kek chocolate yang moist dan sedap dimakan begitu saja
vi. Cara senang membuat chocolate ganache yang berkilat macam cermin...
vii. Cara menghias dan cara memotong kek supaya kek nampak cantik, bersih dan kemas seperti kek yang dibeli di kedai
Sila bawa container untuk bawak balik kek yang dipelajari

Jan 23, 2011

DIY cupcake ngan Ina n Kelas 3 tartlet paling laku untuk jualan

Salam dan alooo untuk semua...Baru selesai kelas 3 jenis tartlet yang paling senang nak buat n paling mendapat sambutan sekarang ni - Chocolate, blueberry cheese dan fruit tartlet. 13 orang joint kelas kali ni - Suzana, Effi, Kak Yati Senin, Kak Yati Hahya, Noor Aslinda, Rosnah, Ruzana, Intan, Nor Adlina, Halimatus Saadiah, Maizatul, Kak Kamariah dan Kak Ani.

Saya ajar buat pastry tart yang rangup n tak mudah lemau walaupun pas 3 hari boh filling. Dua jenis pastry - yang biasa n chocolate. Cara buat pastry saya memang senang dan sempoi. Tah yah nak simpan dalam peti sejuk dulu. Pas dah jadi doh, terus tekan dalam acuan. Uli pun guna tangan jerrr. Bahan-bahan yang digunakan pun sonang dan tak cerewet. 

Fillling custard untuk fruit tart pun student kata sodap, lemak berkrim. Bukan pakai yang instant. Selain tu, saya gak tunjuk cara buat chocolate dan cheese tart filling yang lomak berkrim n yum-yummmm....

Pastry tart tu student buat sendiri masing-masing punya. Seperti kelas-kelas saya yang sebelum ni, lepaih jer classs masa nak ngisi hasil `tuaian' masing-masing, ramai yang MERUNGUT....merungut sebab bekas yang dibawa KECHIK....hehhehehhee....``Tak sangka plak dapat banyak macam ni,'' ``Segan plak saya nak bawak bekas besar, ingat dapat sket...'''...ni adalah `rungutan-rungutan' biasa kalau masuk kalas hands on saya..hhehehhehe....so, len kali kalau masuk kelas saya terutamanya kelas  hands on, kena bawak bekas besar sket. Tapi tak perrr...tak cukup bekas, saya ada kotak.....bleh beli. NI gambar-gambar sepanjang kelas.



Tengah buat pastry masing-masing dan siap untuk dibakar. Pastry vanila n coklat
Tengah isi filling



Tengah buat fruit tartlet
Fruit tartlet guna chocolate pastry n vanila pastry..

Fruit tartlet, chocolate tartlet dan blueberry cheese tartlet
Tersonyom bangga dengan hasil tuaian yang LUMAYAN...hehehhee (sambil-sambil tu tengah mikir macam mana nak masukkan semua tartlet ni dalam container kecik yang dibawak....tak per, beli kotak dari saya....errrrmmmmm....kencang la biz kotak saya kalau macam ni selalu...ahakssss)


Cuti hari Thaipusam baru-baru ni, Fazlina (Ina) dari Ampangan Somban, ambik DIY class ngan saya. Dia blajar cupcake bake n decorate. Lawak budak ni....selain `menyerah diri' mengaku dia memang zero knowledge dalam bab-bab baking ni, Ina cakap kat saya ``Kak,sebenarnya saya ni berdebar-debar nak datang kelas ni....sepanjang perjalanan ke sini berdebar-debar, rasa macam nak datang interview plak...,''

Tergelak saya. Saya tanya  napa plak berdebar-debar. Takut saya marah kerrr...hehehhehe.
``...takkkk...takut sebab nak kena buat sendiri. Pastu akak akan tengok saya plak..,'' lawak betoi budak ni. Abihhhh....tak kan saya nak biar Ina buat sorang-sorang plak kot.....Tapi overall, Ina ni ok buat keja walaupun ni 1st time baking. Decoration pun dia ok. Senang n cepat dapat. Ina kata, kek paling glamer dia buat ialah kek batik.Senang, tak yah bakar. Tak palah dik, macam mana pun, kira penah la buat `KEK..' kan...?.hehheheh. Ok, kita layan gambar kelas DIY bake n decorate cupcake Ina hari tu...
Tengah decorate cupcake

Ni hasil deco Ina

Ina n semua cupcake yang dia kena wak balik....jenuh lerrr nak makan dik.....macam mana pun, tahniah yearrr sebab berjaya buat semua cupcake dengan cemerlang.

Kelas DIY bake & decorate cupcake ni rega RM250








Jan 18, 2011

Repeat class ngan Muizza....

Salam dan alooo untuk semua.... jangan salah paham yerrr...Muizza bukan tak pas kelas lepas...hehehhe, tapi dia datang sekali lagi belajar ngan saya. Kalau hari tu blajar kek, kali ni Muizza  nak DIY pastry class. Muizza pilih puff pastry (chicken pie dan portugese egg tart) dan choux pastry (cream puff).

Kami start ngan buat filling untuk cream puff dan portugese tart. Saya ajar Muizza buat pastry cream yang sedap, lemak, economy dan boleh digunakan untuk pelbagai jenis shortcrust pastry yang lain.

Pastu Muizza buat filling untuk chicken pie termasuklah cara buat white sauce untuk filling tu. Pastu, apa lagiiii...saya ajar dia  mencanai pastry yang betul supaya pastry yang dihasilkan jadi berlapis-lapis dan rangup.Pas settle puff pastry, Muizza terus buat choux pastry (atau dalam bahasa senangnya - pastri minyak panas).

Ok, kita layan gambar-gambar sepanjang kelas hari ni...

Mari mencanai...

Pastry-pastry yang dah siap. Masa ni cuma siap chicken pie, bilis dan hotdog puff.
Nak gak berposing ngan puff pastry

Ni plak portugese egg tart

Pastu buat cream puff
Cream puff tengah bakar....membuak-buak naik. Cantik la cream puff yang Muizaa ni buat, kannnn
Tunggu sejuk sebelum start boh filling

Dah sejuk, boh filling

Siap boh filling

Dah siap, apa lagi....terus ngapp!!!...Muizza kata dia memang suka sangat makan cream puff. Selalu dia beli kat Maju Junction. ``Satu, RM2 kak.... saya beli gak sebab saya suka sangat ngan cream puff. Tapi cream puff akak ni best la, tak keras. Lembut. Krim dia pun best,'' - ni Muizza kata, bukan saya kata...hehhehhe..

 Ok, Muizaa, pas ni tak yah nak tension-tension beli mahal-mahal. Bleh buat sendiri. Lagi sedap, kannnn?

Sapa yang berminat ngan pakej yang Muizza belajar ni, jom joint kelas DIY saya . Rega RM380


JANGAN LUPA KELAS TARTLETS HUJUNG MINGGU NI (22 Jan- 11 pagi)

Salam dan aloooo untuk semua....sapa yang belum belajar tart atau dah belajar tapi nak blajar lagi buat tart shell yang rangup dan filling yang sedap, jom joint kelas tartlet hujung minggu ni. Di bawah ni details dia...

Tarikh: 22 Januari 2011 (Sabtu)
Masa: 11 pagi - 4 petang
Kelas: 3 Jenis Tart popular yang senang dijual - Chocolate Tart, Fruit Tart dan Blueberry Cheese Tart
Harga: RM120
Deposit: RM60 (bank in selewat-lewatnya Jumaat 21 Januari)
Kelas praktikal sepenuhnya - Anda akan membacuh dan membuat sendiri shell tart, kemudian menghias tart tersebut dengan filling chocolate, cheese dan custard.
Resepi dan Demo percuma: Cara membuat Chocolate Tart Shell






Kandungan kelas:
i. Cara mudah dan eskpress membuat kulit tart yang ranggup, rapuh dan tahan lama
ii. Cara membuat filling tart - chocolate, cheese dan custard yang sedap dan boleh dijual
iii. Cara mengekalkan kerangupan pastry tart walaupun telah diisi dengan filling
iv. Cara menentukan harga untuk tujuan jualan.

JANGAN LUPA BAWA APRON DAN  PLASTIC CONTAINER UNTUK WAK BALIK TART YANG ANDA BUAT

Jan 16, 2011

Kelas Opera n Italian Rainbow

Salam dan alooo untuk semua....semalam 6 orang joint kelas Opera dan Italian Rainbow cake. Senarai nama lupa plak nak wak balik dari bakery. Saya ni banyak terminum air masuk semut...sebab tu terlupa. Padahal enam orang jerrr...hehehhe...sorry yeaa...Esok saya masukkan. Gambar student saya ada ambik, tapi tak elok plak....sorry lah yeaa...kita tengok gambar kek jer lah nampaknya....

Italian Rainbow

Opera cake
Kek yang dipotong untuk dibahagikan kat student
Ni plak kek red velvet with casablanca cream cheese topping  untuk editor majalah Wanita - Kak Mala. Kak Mala ni kira macam kakak angkat saya masa saya keja kat Utusan Malaysia dulu. Dia banyak tolong kami adik-adik yang baru masuk keja masa tu...

Jan 14, 2011

Kelas DIY ngan Kak Murni yang sweet muitttt....

Salam dan alooo untuk semua.....Kak Murni dari Lukut datang 15 minit lewat semalam. Sebabnya dia susah payah gi bank untuk bankin balance yuran kelas. Bank plak buat hal off line. Lawak betul la kak Murni ni...lupa plak saya nak cakap, deposit jer kena bank in, tapi balance tu bleh bayar terus kat saya lepas kelas...Tak pa kak, hasil susah payah kak tetap dikenang...hehhehe...

Mula-mula nampak muka kak Murni ni saya cakap dalam ati, best ni...anak mami. Muka Kak Murni ni ala-ala anak mami n bintang pilam hindustan... Bleh la `speaking' utara ngan Kak Murni. Lama tak pulun cakap utara. Tapi, bila dengar Kak Murni cakap, langsung tak bunyi utara. Rupa-rupanya Kak Murni ni orang Ayer Keroh, Melaka..lerrrrrrr...kechewa saya...ahaksss...Saya tak caya salur galur Kak Murni tak dak kaitan ngan hindustan...``betul dik....tak derrr...semua melayu tulen...,'''hhehehe..ok kak, saya pecaya.

Kak Murni datang blajar atas recomendation Liza Putrajaya n Liza Keramat. Tq Liza kuasa dua..hehehehehe...Kak Murni blajar Chocolate Indulgence, Carrotcake dan Italian Rainbow. Jom layan gambar-gambar masa kelas:




Guna teknik betul letakkan almond kat tepi kek carrot

Tengah letak carrot gula

Ngan hasil titik peluh



Chocolate indulgence - amacam..., bleh lawan secret recipe tak...ahaksss..

Carrot walnut with cream cheese topping

Italian rainbow - kek ni dipolopori oleh LeaOven....Tq Lea..
Ni msg kak Murni pas potong kek kat rumah dia semalam: ``Salam zalina. Kek2 tadi sedap sangat. Suami dan anak2 suka...,''

Sama-sama kak...try jangan tak try yea kak....selamat menjual....