Jan 18, 2011

JANGAN LUPA KELAS TARTLETS HUJUNG MINGGU NI (22 Jan- 11 pagi)

Salam dan aloooo untuk semua....sapa yang belum belajar tart atau dah belajar tapi nak blajar lagi buat tart shell yang rangup dan filling yang sedap, jom joint kelas tartlet hujung minggu ni. Di bawah ni details dia...

Tarikh: 22 Januari 2011 (Sabtu)
Masa: 11 pagi - 4 petang
Kelas: 3 Jenis Tart popular yang senang dijual - Chocolate Tart, Fruit Tart dan Blueberry Cheese Tart
Harga: RM120
Deposit: RM60 (bank in selewat-lewatnya Jumaat 21 Januari)
Kelas praktikal sepenuhnya - Anda akan membacuh dan membuat sendiri shell tart, kemudian menghias tart tersebut dengan filling chocolate, cheese dan custard.
Resepi dan Demo percuma: Cara membuat Chocolate Tart Shell






Kandungan kelas:
i. Cara mudah dan eskpress membuat kulit tart yang ranggup, rapuh dan tahan lama
ii. Cara membuat filling tart - chocolate, cheese dan custard yang sedap dan boleh dijual
iii. Cara mengekalkan kerangupan pastry tart walaupun telah diisi dengan filling
iv. Cara menentukan harga untuk tujuan jualan.

JANGAN LUPA BAWA APRON DAN  PLASTIC CONTAINER UNTUK WAK BALIK TART YANG ANDA BUAT