Jan 18, 2011

Repeat class ngan Muizza....

Salam dan alooo untuk semua.... jangan salah paham yerrr...Muizza bukan tak pas kelas lepas...hehehhe, tapi dia datang sekali lagi belajar ngan saya. Kalau hari tu blajar kek, kali ni Muizza  nak DIY pastry class. Muizza pilih puff pastry (chicken pie dan portugese egg tart) dan choux pastry (cream puff).

Kami start ngan buat filling untuk cream puff dan portugese tart. Saya ajar Muizza buat pastry cream yang sedap, lemak, economy dan boleh digunakan untuk pelbagai jenis shortcrust pastry yang lain.

Pastu Muizza buat filling untuk chicken pie termasuklah cara buat white sauce untuk filling tu. Pastu, apa lagiiii...saya ajar dia  mencanai pastry yang betul supaya pastry yang dihasilkan jadi berlapis-lapis dan rangup.Pas settle puff pastry, Muizza terus buat choux pastry (atau dalam bahasa senangnya - pastri minyak panas).

Ok, kita layan gambar-gambar sepanjang kelas hari ni...

Mari mencanai...

Pastry-pastry yang dah siap. Masa ni cuma siap chicken pie, bilis dan hotdog puff.
Nak gak berposing ngan puff pastry

Ni plak portugese egg tart

Pastu buat cream puff
Cream puff tengah bakar....membuak-buak naik. Cantik la cream puff yang Muizaa ni buat, kannnn
Tunggu sejuk sebelum start boh filling

Dah sejuk, boh filling

Siap boh filling

Dah siap, apa lagi....terus ngapp!!!...Muizza kata dia memang suka sangat makan cream puff. Selalu dia beli kat Maju Junction. ``Satu, RM2 kak.... saya beli gak sebab saya suka sangat ngan cream puff. Tapi cream puff akak ni best la, tak keras. Lembut. Krim dia pun best,'' - ni Muizza kata, bukan saya kata...hehhehhe..

 Ok, Muizaa, pas ni tak yah nak tension-tension beli mahal-mahal. Bleh buat sendiri. Lagi sedap, kannnn?

Sapa yang berminat ngan pakej yang Muizza belajar ni, jom joint kelas DIY saya . Rega RM380