Oct 25, 2009

KELAS PENUH

HARAP MAKLUM, KELAS ADVANCE HIAS CUPCAKE UNTUK 31 OKTOBER NI DAH PENUH.

INSYAALLAH, KELAS AKAN DIADAKAN SEMULA PADA BULAN JANUARI TAHUN DEPAN .

KEPADA SESIAPA YANG MASIH BERMINAT NAK JOINT KELAS TU, BOLEH DAFTAR DENGAN SAYA DARI SEKARANG. SM NAMA DAN NYATAKAN KURSUS CUPCAKE ADVANCE KEPADA SAYA - ZALINA 019 282 0053

Oct 19, 2009

JADUAL KELAS BZEE BAKERY

Salam dan aloo untuk semua...ni list jadual sepanjang bulan Oktober, November dan Disember. Kepada yang berminat, sila sahkan kehadiran dengan menghantar SMS kepada Zalina (019 282 0053). Tempat terhad.


SILA SAHKAN KEHADIRAN SELEWAT-LEWATNYA 3 HARI SEBELUM TARIKH KELAS


Tarikh: October 31, 2009 (Saturday)
Masa: 11 pag - 3 ptg
(Makan ringan disediakan)
Kelas: Kelas Advance Hias Cupcake
Harga: RM180
Kelas Praktikal Sepenuhnya.

-------------------------------------------------- --





Kandungan kelas

i. Teknik terkini menghasilkan permukaan kek yang licin, halus dan nampak seperti fondant walaupun menggunakan buttercream.
ii. Membuat bunga menggunakan aising fondant (anda akan menerima flower cutter percuma)
iii. Resepi cupcakt, buttercream dan fondant
iii. Resepi cupcake, buttercream and fondant.
iv. Menghias cupcake menggunakan pelbagai motif yang halus
Peralatan yang perlu dibawa - Apron, kain lap dan bekas membawa balik 16 biji cupcake yang dihias..

_____________________________________________________________________________

Tarikh: 1 NOVEMBER 2009
Masa: 11. 00 am to 1:30 ptg
Kelas: 5 jenis cupcake popular- Chocolate, vanilla, strawberry filling, cheese and marble.
Harga RM70
KELAS DEMONSTRASI

-------------------------------------------------- ------------

Pelajari resepi dan cara membuat 5 jenis cupcake popular yang gerenti menjadi.

Pastikan anda membawa bekas untuk membawa pulang cupcake yang dipelajari.






________________________________________________________________________

TARIKH: 14 NOVEMBER 2009 (Saturday)
Masa: 11 to 3 ptg
Makan ringan disediakan.
Kelas : Kelas asas menghias kek menggunakan buttercream
Harga: RM150
Kelas praktikal sepenuhnya

-------------------------------------------------- ----------------

Kandungan kelas:

i.Teknik betul dan senang menghias kek dengan buttercream supaya nampak licin dan kemas
ii. Cara membuat buga ros (saya akan ajar sampai boleh walaupun anda tiada asas)
iii. Cara membuat hiasan- hiasan lain seperti daun, frills, border dan sebagaina.
iv. Cara membuat buttercream
v. Rsepi kek sponge (menggunakan sponge mix)
vi. Anda akan diberikan kek sponge 1 kilogram untuk dihias dan dibawa balik.

Peralatan yang perlu dibawa: Apron, kain lap, turn table (piping beg dan nozel akan disediakan)
_____________________________________________________________________________

TARIKH: 21 NOVEMBER 2009 (SATURDAY)
MASA; 11 am - 4 ptg
(Makan ringan akan disediakan)
KELAS: Kelas menghias kek kahwin 3 tingkat menggunakan teknik Steamed Buttercream.
HARGA: RM250
Kelas praktikal sepenuhnya

-------------------------------------------------- -----------------------------

Kandungan kelas:

i. Teknik terkini menghias kek menggunakan steamed buttercream yang memberikan hasil yang halus, licin dan nampak seperti fondant.
ii. Membuat bunga ros, daun dan pelbagai hiasan border yang yang akan menampakkan kek anda seperti profesional.
iii. Cara meletakkan tiang pada kek

iv Setiap pelajar akan menerima 3 biji kek (1 kg, 1/2 kg dan 350gm) untuk dihias

Peralatan yang perlu dibawa: Apron, kain lap dan turn table. Peralaan lain seperti spatula, piping bag dan nozel akan disediakan.



_____________________________________________________________________________

Tarikh: 22 NOVEMBER 2009 (Sunday)
MASA: 11:00 to 1:30 ptg
KELAS : 5 JENIS MUFFIN POPULAR - Chocolate, bluebrry, chocolate chips, corn and banan
HARGA:RM70
Kelas Demonstrasi
Kandungan kelas

Pelajari resepi dan cara membuat 5 jenis muffin yang gerenti menjadi

___________________________________________________________________________

Tarikh: 5 Disember 2009 (SATURDAY)
MASA: 11 am - 3 ptg
(Makan ringan disediakan)
KELAS: Chocolate Homemade cara mudah
HARGA: RM250

Kelas praktikal sepenuhnya.




Kandungan kelas:

i. Pelajari cara mudah membuat coklat homemade - tanpa peralatan canggih seperti papan marble, termometer dan sebagainya.
ii. Cara mengenal jenis-jenis coklat - compound dan couvurture
iii. Cara tempering chocolate dan cara nak test sama ada proses tempering anda sempurna.
iv. Pelbagai jenis chocolate
v. Pelbagai jenis filing yang sedap
vi. Bagimana membuat packaging dan costing



Peralatan yang perlu dibawa: apron, kain lap dan bekas untuk membawa balik 50 biji coklat yang anda buat.
(Termos, spatula dan scraper diberi percuma kepada pelajar.

Nota: Pelajar digalakkan untuk membuat tempahan coklat couvurter lebih awal. RM15 (500gm) - satu adunan. Senang -nanti lepas belajar boleh terus balik buat dirumah. Coklat untuk tujuan belajar akan disedikan percuma.)
__________________________________________________________________________________

Tarikh: 6 Disember 2009 (Sunday)
MASA: 11 am - 3 ptg
(Makan ringan akan disediakan)
KELAS: ASAS KEK BUTTER - 5 JENIS - Butter, butter milk, butter orange, marble and rainbow
HARGA: RM80

DEMONSTRATION



Kandungan kelas;

i. Resepi dan cara terkini membuat kek butter yang gebu. Resepi gerenti menjadi.
___________________________________________________________________________



Tarikh: 26 Disember 2009 (SATURDAY)
MASA: 11 am - 3 ptg
(Makan ringan disediakan)
KELAS: 3 JENIS KEK CHOCOLATE POPULAR (American chocolate, Royal Chocolate and Chocolate Fudge)
HARGA: RM80
KELAS DEMONSTRASI






Kandungan kelas

i. Pelajari resepi dan cara membuat 3 jenis kek chocolate popular denga topping dan rasa yang berbeza.

ii.Sangat sesuai untuk mereka yang mencari-cari resepi kek coklat terbaik dan untuk jualan homebase.

Oct 17, 2009

Kursus Homemade Chocolate di Universiti Kuala Lumpur (Unikl)

Salam dan aloo untuk semua...seperti saya saya inform sebelum ni, semalam saya mengajar cara pembuatan homemade chocolate menggunakan teknik `seeding'  kat pensyarah dan  technican di Food Department, Malaysian Institute of Chemical and Biotechnology Universiti Kuala Lumpur (Unikl) cawangan Melaka.

Semuanya tujuh orang, diketuai oleh pensyarah Masniza Mohamad. Saya panggil dia Mas jer...Lawaknya cerita Mas ni. Dia start call saya sebelum bulan puasa lagi.Ni baru berkesempatan ngajar. Masa tu Mas baca dalam blog saya mengenai kursus homemade chocolate cara mudah. Dalam blog tu biasa la, saya membebel mengenai susahnya nak buat homemade chocolate kalau guna cara konvensional (cara biasa). Kena ada papan marble la, termometer la n yang paling boring skali bilik yang kita nak guna buat chocolate tu mesti beraircond....

Kalau ikut cara lama ni, nampak gayanya suri-suri rumah biasa macam kita semua ni tak merasalah nak buat homemade chocolate. Ya lah, nak kena beli papan marble (yang reganya paling murah RM150), candy thermometer (rega paling murah rasanya RM100 lebih) n nak kena beli aircond atau cara lain buat dalam bilik tido kita yang ada aircond ....(gila....).

Sebelum ni, 3 tempat saya menuntut ilmu buat homemade chocolate cara payah ni. Bila balik, saya makan coklat yang saya buat tu n pastu saya  simpan notes-notes saya tu dalam peti besi...! Malaih nak pikir n ajar balik kat student-student sebab cerewet sangat.

So, lepas 3 kali blajar, saya menuntut kat sorang kawan ni - Norli,  mengenai teknik baru buat chocolate - seeding method. Norli ni belajar dari Dr. Rahimah (dari UPM). Memandangkan jadual Dr. Rahimah ni penuh sampai ujung tahun ni saya blajar jer dari Norli. Sama jer...

Caranya senang dan tak perlu peralatan-peralatan mahal - papan marble, termometer n bilik beraircond. Seeding method ni kira macam shortcut kepada teknik lama yang memerlukan kita tempering (menurunkan suhu coklat sehingga capai suhu yang diperlukan). Yang best ada test cara manual macam mana nak tau yang coklat kita tu dah siap untuk diletakkan dalam acuan, tanpa lihat termometer. Dipanggil 5 minutes test.

So, bila Mas, pensyarah yang mengajar mengenai teknologi-teknologi pembuatan makanan ni tau mengenai kaedah ni, dia sangatlah berminat nak belajar dan nak saya ajar staf-staf di department dia.

So, Jumaat pagi semalam, pagi-pagi lagi saya dah betolak ke Melaka. Dia orang nak saya mengajar di makmal (lab) dia orang. Tengaga saya tengok segala peralatan canggih yang dia orang ada untuk memproses makanan. Jelezz pun ada gak sebenarnya.... tengok gambar kat bawah ni.... Ni adalah antara mesin-mesin yang dia orang ada. Ni baru nampak 1/10 jer...banyak lagi. Mesin tukarkan susu atau santan (cecair) jadi susu serbuk, mesin bungkus makanan, blast freezer (rega lebih RM50 ribu), mesin tu, mesin ni....fuhhh...kalau la saya ada semua ni bestnya......

Nampak dak mesin-mesin kat blakang tu...saya nak nyebut pun tak reti....(so, tak yah sebut laaa yea...hehehe)

So, semalam, berbekalkan kecanggihan (hehhe) alat-alat saya yang terdiri daripada termos hijau tu, mangkuk stainless steel, spatula n scrapper dan acuan coklat yang boleh dibeli di kedai RM2 (heheheh), maka saya pun memulakanlah kuliah saya di Food Department, Malaysian Institute of Chemical and Biotechnology Universiti Kuala Lumpur (Unikl) cawangan Melaka. (hehhhehe).

Alhamdulillah, semua berjalan lancar walaupun ada 1 kes serius yang kena buat balik sebab tak pas 5 minutes test dan 2 kes yang coklat dia orang pekat. Tapi bila dah diadjust n betulkan, semua berjalan lancar.
Mas kata, dia akan minta student PHD dia buat kajian perbandingan lebih mendalam mengenai teknik seeding ni dengan teknik conventional yang biasa digunakan. So, harap-harap Mas boleh la bagi tau hasil kajian tu nanti. Mana tau ada lagi shortcut yang boleh kita buat untuk buat coklat homemade ni, kan...?

 Pada semua student hari tu yang diketuai oleh Mas, Shima, Khairul, Arizam, Salina, Shuhaida n Farah saya ucapkan terima kasih banyak-banyak yea.




Yang kiri skali tu Khairul n sbelah dia tu Salina. Sbelah Salina tu Shima.  Dia orang berdua (Khairul n Salina)  ni lah yang mula-mula ada problem sebab coklat jadi pekat n tak mau cair-cair. So, kena repeat n tambah lagi coklat. Hasilnya dia orang lah yang paling banyak dapat bawak balik coklat.



Ni Arizam tengah cuba buat white couvurture chocolate plak. Tekun, rajin n tak banyak cakap Arizam ni tapi keja jalan. Yang baju merah tu Shuhaida. Dia kena buat balik n ulang semula proses sebab 5 minutes test dia tak jadi-jadi walaupun dah tambah banyak seed. Tapi sabar budak ni...dia buat gak. Akhirnya jadi gak.



Khairul tengah keluarkan chocolate yang dah siap. Dia tak scrap betul-betul. So. banyak lelehan coklat yang melekat pada mould sampai susah nak kluarkan coklat tu...Tapi macam mana pun, coklat Khairul adalah antara coklat yang paling berkilat n menjadi skali.


Shuhaida n Farah (kanan) tengah dok buat packaging coklat yang dah siap. Farah ni insyallah nak kawen tahun depan. Dia dah berkira-kira nak buat coklat homemade sebagai buah tangan kenduri....


Ha, yang tengah tersenyum gembira ni lah ketua projek - Mas. ( Mas ni tak makan gambar...kat luar lagi lawa...sorry Mas jangan marah aaa, gambar ni jer yang ada)


Oct 16, 2009

Teknik Eyelet di Kek Softfondant

Salam dan aloo untuk semua...

Hari ni, lepas balik dari mengajar homemade chocolate di Universiti Kuala Lumpur (Unikl) cawangan Melaka (write-up pasal ni saya masukkan esok yea - saya tertinggal camera kat kedai), saya terus buat kek kawen anak sedara Kak Pah. Kak Pah ni dah kira macam regular saya. Rasanya ni kek kawen yang ke 4 Kak Pah order dari saya. Harap-harap ramai lagi la anak dan anak-anak sedara Kak Pah yang belum kawen...hehhehe.

Kak Pah ni sempoi orangnya. Selalu dia order kat phone saja. Dia cuma cakap kek apa dia nak, berapa kilo dan warna. Bila saya tanya dia pasal design Kak Pah kata ``pandai-pandai u lah Na...'' . So, saya pun apa lagi, keluarkan lah sedikit sebanyak kreativiti terpendam yang ada kat saya ni.

Untuk kali ni, anak sedara Kak Pah nak tema brown n nak sugar image gambar pengantin. Saya suka tengok gambar pengantin ni - serasi jerr... orang kata kalau rupa husband n wife seakan-akan, sejuk rumah tangga...amiinnnn....

Seperti biasa, Kak Pah nak kek yang dihias guna teknik steamedbuttercream. Nampak `mewah' n macam fondant tapi rega tak mahal. Dah tu, senang nak makan. Krim lembut dan sedap.

Kali ni saya hias guna teknik eyelet. Ada gak yang panggil `madeira atau swiss work. Bunyinya macam susah sangat kan...? Tapi sebenarnya bak kata orang kampung saya, gempaq saja lebih....Sbenarnya teknik ni memerlukan kita guna penyucuk (ikut saiz kita nak bunga besar mana - pencungkil gigi ker, batang satay ker atau apa-apa yang tajam) untuk membentuk patern bunga. Pastu kita buat balik outline bentuk yang kita dah cucuk-cucuk tu dengan krim. Teknik ni memang la orang buat kat fondant, pastu outline ngan royal aising, tapi saya rasa apa salahnya cuba kat softfondant ni. Lagi pun tekstur kedua-dua jenis krim ni lebih kurang sama saja.

Nak buat hiasan guna teknik ni kena rajin sket la...kena buat sabar-sabar. Sengal gak la bahu saya nak ngabihkan hiasan sekeliling kek ni. So, ni lah hasilnya...



Ni hiasan di peringkat awal. Blum siap lagi. Bunga kecik colour-colour lain pung tak boh lagi. Saya stop ambik gambar jap sebab lenguh bahu buat hiasan kecik-kecik tu....hehehhe






Ni lepas dah letak gambar sugar image pengantin. Kali ni saya tak letak bunga besar-besar. Main bunga kecik saja sebab bunga kat dulang hantaran dah banyak da besar-besar.


Kek yang siap. Kak Pah bagi saya try bekas hantaran. Takut tak muat kek plak...

Sapa yang berminat nak tempah, bleh call saya. Rega termasuk sugar image kek macam ni ialah RM85

Oct 15, 2009

Floral Cupcake, pure chocolate cupcake n cake

Salam dan alooo....Ponet hari ni....kita tengok gambor jer lah no....(hehehhe)






Ni cupcake tema bunga-bunga di taman yang indah....(hehhhe). Anak kak Pah (regular customer saya) nak cupkek ni. Saja nak makan-makan ngan geng-geng cousin lepas penat jadi penanggah kenduri kawen cousin dia orang.




Ni pun sama...tapi yang ni anak Kak Pah nak pure Chocolate. So, saya buat chocolate moist cupcake, topping coklat n hiasan dia pun chocolate (chocolate ganache). Yang putih tu,  white chocolate...


Ni plak saya namakan Cupcake From Taiping With Love. Su keja kat Okland. Asal dari Taiping. Dia nak hadiah kat boyfriend dia. Nak cupcake chocolate gak. Memandangkan temanya Cinta, so, saya letak la manik gula love shape ni...Moga bertambah-tambahlah cinta Pakwe Su lepas makan cupcake ni yea.....(hehhe)



Ni plak kek carrot walnut dengan topping cream cheese order dari regular customer saya, Yogesh untuk Deepavali Sabtu ni. Dua untuk  Yogesh sendiri n 1 untuk kawan dia.



Carrot Walnut With Cream Cheese Topping (RM55/1kg)

Oct 14, 2009

Coklat

Salam dan alooo untuk semua....sempena musim cuti sekolah tak lama lagi, mesti ramai yang nak kawen, terima menantu, tunang, merisik, nak sponsor sedara-sedara nak buat kenduri dan sebagainya...Apa kata kali ni try coklat pulak. Insyaallah saya akan buat kelas homemade chocolate tak lama lagi, tapi sesapa yang rasa macam leceh nak buat sendiri, order jer dari saya.

Saya start dengan pakej ekonomi dulu yea...

Ni packaging paling simple dan ekonomi- 2 biji coklat (berat 10 gm setiap biji) dengan kotak khas berserta riben. Harga: RM2.40 satu set. Order minimum - 50 bekas.

Empat biji coklat (10 grm stiap biji) diisi dalam bekas coklat dan diikat riben. Harga: RM5.50

Saya juga ada packaging special untuk gift. Bleh bagi kat orang tersayang. Yang ni order satu pun bleh.


Ada 16 biji coklat. Diisi dalam kotak tin dan diikat riben. Harga RM35


Yang kat bawah ni lagi banyak isi. Ada 21 biji coklat. Harga RM35. Tapi packging dia kotak. Yang kat atas tu tin dengan window.


Oct 13, 2009

KEK CARROT N CUPCAKE

Salam dan aloo untuk semua...hari ni n semalam siapkan kek carrot walnut dengan topping cream cheese dan cupcake untuk customer. Kek carrot untuk regular customer - Yogesh. Yogesh ni adalah antara pelanggan tetap saya. Setiap kali birthday dia, anak-anak, husband  n mak dia, Yogesh mesti call saya untuk order kek carrot. Dia kata kek carrot saya memang favourite kat rumah n di kalangan kawan-kawan dia. Yang best lagi, Yogesh ni siap recomend kek ni untuk kawan-kawan dia yang pastu jadi regular customer saya...TQVM untuk Yogesh...



Kek carrot 1/5 kg (RM35).Satu lagi saiz 1 1/2 kg - RM55 Yang kat belakang tu tak siap boh cream cheese lagi...

O.k, ni plak order dari Aina. Cupcake untuk anak dia, Danial (3 tahun). Aina nak gambar clown. Yang gambar rama-rama tu plak order dari Siti untuk anak dara kecik dia (Lia). Yang biru putih plak hantaran Saiful dari Tampin untuk tunang di Kuala Pilah. Saiful nak cupcake fondant.


Cupcake untuk Danial (RM58 untuk 25pcs)            Ni untuk Lia (RM55 untuk 25 pcs)






Yang ni dari Saiful untuk tunang tersayang....
(RM2.50 satu - minimum order 12 pcs)

Oct 9, 2009

Kotak cupcake n Kotak Chocolate

Salam dan alooo....

Ni just nak tanya sapa-sapa yang berminat nak beli kotak-kotak untuk cupcake n coklat. Kalau nak order banyak kena order lebih awal. Kalau setakat nak satu dua, memang dah ada ready stock.


Kotak khas untuk cupcake (25 pcs). Senang kalau boh cupcake dalam kotak ni terutamanya yang dah dihias. Kalau nak bawak tak yah risau krim comot. N kalau nak bagi hadiah atau buat cupcake untuk hantaran, bleh terus hias kotak ngan riben.
Rega: RM2.80 satu



Kepada pengusaha-pengusaha chocolate homemade, ni kotak yang sesuai untuk u all. Bleh isi 35 chocolate. Selain chcolate, anda bleh gak isi cupcake comel (yang saiz papercupnya yang paling kecil - yang kita guna untuk buat almond london tu)
Rega: RM5.80 satu



Ni pun kotak chocolate. Bleh isi 15biji chocolate. Kotak ni macam kotak mancis.
Rega: RM2.50 satu 


Yang ni pun kotak chocolate
Rega: RM1.60 untuk isi 4 biji chocolate
RM2.40 untuk isi 9 biji chocolate

Sapa yang berminat, bleh call atau datang terus ke kedai saya di Seremban 2.

Shooting untuk majalah SAJI

Salam dan aloo untuk semua. Hari ni buat shooting gambar kek dan cupcake untuk majalah SAJI terbitan Kumpulan Utusan. Ni untuk keluaran Disember 2009. Reporter SAJI - Aishah n Along bagi tau tema SAJI untuk bulan Disember ni berkaitan ngan kek sebagai penyeri majlis. So saya sediakan contoh-contoh cupcake dan kek yang berkaitan. Ni antara gambar-gambar aksi photographer - Shefry masa dok ambik gambar-gambar cupcake n cupcake tu.



Sheffry tengah fokus gambar cupcake


Ni Along tengah pegang cermin untuk refleks cahaya. Nak bagi gambar kek nampak lebih cantik dan real. Shefry plak dok adjust lighting sebelum shoot.



Ni camera canggih Sheffry yang reganya puluhan ribu ringgit. Patutlah gambar cantik Nak bandingkan ngan camera saya yang sesuka hati tukar colour cake saya tu macam langit ngan bumi laa...hehehhe. Dan yang macam lampu tido tu...errrrr rasanya untuk lighting.

 Susah rupanya nak ambik gambar-gambar makanan untuk majalah ni. Macam nak ambik gambar untuk model gak. Sebelum diambil gambar kena make-up n  touch-up dulu bagi makanan nampak cantik n mengiurkan. Pastu baru shoot. Lip lap lip lap...Untuk satu-satu cupcake n cake bukan satu jer gambar, tapi banyak. Pastu nanti dia orang akan pilih yang terbaik.

Selain gambar-gambar kek, saya juga tunjukkan step by step macam mana nak hias cupcake yang mudah-mudah. So, sesapa yang nak dapatkan maklumat asas mengenai cara hias cupcake, jangan lupa dapatkan SAJI bulan Disember.

Sebelum dia orang balik, saya hadiahkan cupcake comel ni untuk Aishah, Along n Shefry.