Oct 16, 2009

Teknik Eyelet di Kek Softfondant

Salam dan aloo untuk semua...

Hari ni, lepas balik dari mengajar homemade chocolate di Universiti Kuala Lumpur (Unikl) cawangan Melaka (write-up pasal ni saya masukkan esok yea - saya tertinggal camera kat kedai), saya terus buat kek kawen anak sedara Kak Pah. Kak Pah ni dah kira macam regular saya. Rasanya ni kek kawen yang ke 4 Kak Pah order dari saya. Harap-harap ramai lagi la anak dan anak-anak sedara Kak Pah yang belum kawen...hehhehe.

Kak Pah ni sempoi orangnya. Selalu dia order kat phone saja. Dia cuma cakap kek apa dia nak, berapa kilo dan warna. Bila saya tanya dia pasal design Kak Pah kata ``pandai-pandai u lah Na...'' . So, saya pun apa lagi, keluarkan lah sedikit sebanyak kreativiti terpendam yang ada kat saya ni.

Untuk kali ni, anak sedara Kak Pah nak tema brown n nak sugar image gambar pengantin. Saya suka tengok gambar pengantin ni - serasi jerr... orang kata kalau rupa husband n wife seakan-akan, sejuk rumah tangga...amiinnnn....

Seperti biasa, Kak Pah nak kek yang dihias guna teknik steamedbuttercream. Nampak `mewah' n macam fondant tapi rega tak mahal. Dah tu, senang nak makan. Krim lembut dan sedap.

Kali ni saya hias guna teknik eyelet. Ada gak yang panggil `madeira atau swiss work. Bunyinya macam susah sangat kan...? Tapi sebenarnya bak kata orang kampung saya, gempaq saja lebih....Sbenarnya teknik ni memerlukan kita guna penyucuk (ikut saiz kita nak bunga besar mana - pencungkil gigi ker, batang satay ker atau apa-apa yang tajam) untuk membentuk patern bunga. Pastu kita buat balik outline bentuk yang kita dah cucuk-cucuk tu dengan krim. Teknik ni memang la orang buat kat fondant, pastu outline ngan royal aising, tapi saya rasa apa salahnya cuba kat softfondant ni. Lagi pun tekstur kedua-dua jenis krim ni lebih kurang sama saja.

Nak buat hiasan guna teknik ni kena rajin sket la...kena buat sabar-sabar. Sengal gak la bahu saya nak ngabihkan hiasan sekeliling kek ni. So, ni lah hasilnya...



Ni hiasan di peringkat awal. Blum siap lagi. Bunga kecik colour-colour lain pung tak boh lagi. Saya stop ambik gambar jap sebab lenguh bahu buat hiasan kecik-kecik tu....hehehhe






Ni lepas dah letak gambar sugar image pengantin. Kali ni saya tak letak bunga besar-besar. Main bunga kecik saja sebab bunga kat dulang hantaran dah banyak da besar-besar.


Kek yang siap. Kak Pah bagi saya try bekas hantaran. Takut tak muat kek plak...

Sapa yang berminat nak tempah, bleh call saya. Rega termasuk sugar image kek macam ni ialah RM85