Oct 17, 2009

Kursus Homemade Chocolate di Universiti Kuala Lumpur (Unikl)

Salam dan aloo untuk semua...seperti saya saya inform sebelum ni, semalam saya mengajar cara pembuatan homemade chocolate menggunakan teknik `seeding'  kat pensyarah dan  technican di Food Department, Malaysian Institute of Chemical and Biotechnology Universiti Kuala Lumpur (Unikl) cawangan Melaka.

Semuanya tujuh orang, diketuai oleh pensyarah Masniza Mohamad. Saya panggil dia Mas jer...Lawaknya cerita Mas ni. Dia start call saya sebelum bulan puasa lagi.Ni baru berkesempatan ngajar. Masa tu Mas baca dalam blog saya mengenai kursus homemade chocolate cara mudah. Dalam blog tu biasa la, saya membebel mengenai susahnya nak buat homemade chocolate kalau guna cara konvensional (cara biasa). Kena ada papan marble la, termometer la n yang paling boring skali bilik yang kita nak guna buat chocolate tu mesti beraircond....

Kalau ikut cara lama ni, nampak gayanya suri-suri rumah biasa macam kita semua ni tak merasalah nak buat homemade chocolate. Ya lah, nak kena beli papan marble (yang reganya paling murah RM150), candy thermometer (rega paling murah rasanya RM100 lebih) n nak kena beli aircond atau cara lain buat dalam bilik tido kita yang ada aircond ....(gila....).

Sebelum ni, 3 tempat saya menuntut ilmu buat homemade chocolate cara payah ni. Bila balik, saya makan coklat yang saya buat tu n pastu saya  simpan notes-notes saya tu dalam peti besi...! Malaih nak pikir n ajar balik kat student-student sebab cerewet sangat.

So, lepas 3 kali blajar, saya menuntut kat sorang kawan ni - Norli,  mengenai teknik baru buat chocolate - seeding method. Norli ni belajar dari Dr. Rahimah (dari UPM). Memandangkan jadual Dr. Rahimah ni penuh sampai ujung tahun ni saya blajar jer dari Norli. Sama jer...

Caranya senang dan tak perlu peralatan-peralatan mahal - papan marble, termometer n bilik beraircond. Seeding method ni kira macam shortcut kepada teknik lama yang memerlukan kita tempering (menurunkan suhu coklat sehingga capai suhu yang diperlukan). Yang best ada test cara manual macam mana nak tau yang coklat kita tu dah siap untuk diletakkan dalam acuan, tanpa lihat termometer. Dipanggil 5 minutes test.

So, bila Mas, pensyarah yang mengajar mengenai teknologi-teknologi pembuatan makanan ni tau mengenai kaedah ni, dia sangatlah berminat nak belajar dan nak saya ajar staf-staf di department dia.

So, Jumaat pagi semalam, pagi-pagi lagi saya dah betolak ke Melaka. Dia orang nak saya mengajar di makmal (lab) dia orang. Tengaga saya tengok segala peralatan canggih yang dia orang ada untuk memproses makanan. Jelezz pun ada gak sebenarnya.... tengok gambar kat bawah ni.... Ni adalah antara mesin-mesin yang dia orang ada. Ni baru nampak 1/10 jer...banyak lagi. Mesin tukarkan susu atau santan (cecair) jadi susu serbuk, mesin bungkus makanan, blast freezer (rega lebih RM50 ribu), mesin tu, mesin ni....fuhhh...kalau la saya ada semua ni bestnya......

Nampak dak mesin-mesin kat blakang tu...saya nak nyebut pun tak reti....(so, tak yah sebut laaa yea...hehehe)

So, semalam, berbekalkan kecanggihan (hehhe) alat-alat saya yang terdiri daripada termos hijau tu, mangkuk stainless steel, spatula n scrapper dan acuan coklat yang boleh dibeli di kedai RM2 (heheheh), maka saya pun memulakanlah kuliah saya di Food Department, Malaysian Institute of Chemical and Biotechnology Universiti Kuala Lumpur (Unikl) cawangan Melaka. (hehhhehe).

Alhamdulillah, semua berjalan lancar walaupun ada 1 kes serius yang kena buat balik sebab tak pas 5 minutes test dan 2 kes yang coklat dia orang pekat. Tapi bila dah diadjust n betulkan, semua berjalan lancar.
Mas kata, dia akan minta student PHD dia buat kajian perbandingan lebih mendalam mengenai teknik seeding ni dengan teknik conventional yang biasa digunakan. So, harap-harap Mas boleh la bagi tau hasil kajian tu nanti. Mana tau ada lagi shortcut yang boleh kita buat untuk buat coklat homemade ni, kan...?

 Pada semua student hari tu yang diketuai oleh Mas, Shima, Khairul, Arizam, Salina, Shuhaida n Farah saya ucapkan terima kasih banyak-banyak yea.




Yang kiri skali tu Khairul n sbelah dia tu Salina. Sbelah Salina tu Shima.  Dia orang berdua (Khairul n Salina)  ni lah yang mula-mula ada problem sebab coklat jadi pekat n tak mau cair-cair. So, kena repeat n tambah lagi coklat. Hasilnya dia orang lah yang paling banyak dapat bawak balik coklat.



Ni Arizam tengah cuba buat white couvurture chocolate plak. Tekun, rajin n tak banyak cakap Arizam ni tapi keja jalan. Yang baju merah tu Shuhaida. Dia kena buat balik n ulang semula proses sebab 5 minutes test dia tak jadi-jadi walaupun dah tambah banyak seed. Tapi sabar budak ni...dia buat gak. Akhirnya jadi gak.



Khairul tengah keluarkan chocolate yang dah siap. Dia tak scrap betul-betul. So. banyak lelehan coklat yang melekat pada mould sampai susah nak kluarkan coklat tu...Tapi macam mana pun, coklat Khairul adalah antara coklat yang paling berkilat n menjadi skali.


Shuhaida n Farah (kanan) tengah dok buat packaging coklat yang dah siap. Farah ni insyallah nak kawen tahun depan. Dia dah berkira-kira nak buat coklat homemade sebagai buah tangan kenduri....


Ha, yang tengah tersenyum gembira ni lah ketua projek - Mas. ( Mas ni tak makan gambar...kat luar lagi lawa...sorry Mas jangan marah aaa, gambar ni jer yang ada)