Aug 24, 2010

Sapa nak tempah kek raya

Salam dan alooo untuk semua...mesti sekarang semua dah sibuk dok buat biskut raya kan...? Dah brapa jenis buat...? Buat, jangan tak buat..hehhee. Ok...pada sapa-sapa yang sibuk buat biskut raya n tak sempat nak buat kek raya, meh order ngan saya. Ni kek-kek yang saya jual sempena raya tahun ni. Kita raya Jumaat (10 September) kan..So, bleh ambik Rabu. Kek ni bleh simpan paling lama seminggu. Boh dalam peti sejuk laaa.

Ok, ni kek n harga-harganya:

chocolate indulgence
(RM55/kg)
Kalau nak letak pisang - Banana Chocolate - RM60/kg



Carrot Cake
(RM55/kg)


American Chocolate
(RM60/kg)

Prune cake with prune icing
(RM60/kg)

Butter Rainbow - guna butter SCS
(RM50/kg)

Butter cake
RM50/kg

Marble cake
(RM50/kg)

Japanese Cotton Cheese Cake
(RM55/kg)

Orange butter cake
(RM50/kg)
Kek kurma
(RM55/kg)


Ok, sapa yang berminat, bleh confirm order ngan saya dengan bayar deposit 1/2.

Aug 19, 2010

Hamper Raya

Salam dan alooo untuk semua....Dah masuk hari ke 9 kita berpuasa. Cepatnya... Rasa mcm baru kemarin start berpuasa. Macam besa laaa...bulan posa ni saya akan `lompat' sana, lompat sini cari barang-barang untuk siapkan hamper. Biskut dah siap buat. Empat jenis semuanya. Assistant saya tahun ni - Bihah (nama penuh dia Rabihah).  Keja sambil menimba pengalaman. Bihah ni nak mula berjijak-jinak ngan biz homebase bakery ni. So, bila saya buat iklan nak cari pekerja hari tu, Bihah call saya kata dia berminat. Lagipun dia kata, boring tak buat pa kat rumah.
Bihah ni baru ikut somi dia pindah ke Somban ni. Sebelum ni dia dok kat Kedah. So, bulan posa kali ni best  sebab dapat `speaking' Kedah kaw-kaw ngan Bihah ni. Kami banyak guna perkataan-perkataan Kedah yang lama tak guna...best, best...hehhe

Ok, kita layan gambar-gambar hamper yang kami dah buat. Sapa yang berminat nak order bleh call. Tapi mintak maap yeaaa saya tak dapat buat delivery...Kena datang ambik sendiri. Segala kesulitan amat dikesali....sorrrryy yea..




Ni pakej ekonomi A- RM30
Kandungan:
i. 2 jenis biskut
ii. Bakul rotan dengan hiasan kain net dan riben kertas
iii. Kad ucapan




Pakej ekonomi B - RM30
i. Dua jenis biskut raya
ii. Bakul rotan bertangkai dengan hiasan riben
iii. Kad ucapan

Pakej ekonomi C - RM40
Kandungan:
i. 2 jenis biskut raya
ii. Dodol
iii. Bakul rotan bertutup dengan hiasan riben
iv. Kad ucapan

Pakej ekonomi C - RM40
Kandungan:
i. 3 jenis biskut raya
ii. Kotak transparent dengan hiasan riben dan kad raya
Pakej ekonomi D: RM50
Kandungan:
i. Biskut raya
ii. Minuman berkarbonat
iii. Wafer
iv. Cadburry chocolate
v. Kacang tumbuk
vi. Twisties
vii. Puding mangga

Pakej ekonomi E - RM50
Kandungan:
i. 2 jenis biskut raya
ii. Dodol
iii. Kerepek bawang
iv. Bakul rotan bertutup dengan hiasan bungan dan riben chiffon
v. Kad Ucapan


Pakej Standard : RM100
Kandungan:
i. 4 jenis biskut
ii. Kek Buah
iii. Kerepek bawang
iv. Kerepek ubi
v. Kerepek pedas
vi. Chocolate
vii.  Bakul mengkuang dengan hiasan kain net dan riben kertas
viii. Kad ucapan
Pakej standard RM150
Kandungan:
i. 3 jenis biskut raya
ii. Chocolate
iii. Sparkling juice
iv. Kek Buah
iii. Kerepek bawang
iv. Kerepek ubi
v. Kerepek pedas
vi. Bakul mengkuang dengan cling wrap dan hiasan bunga
vii. Kad ucapan


Pakej Standard RM150
(Kandungan sama seperti di atas tetapi berbeza packging - bakul mengkuang dibalut dengan kain net halus)


Pakej standard RM200
Kandungan:
i. 4 jenis biskut
ii. Kek buah
iii. Chocolate
iv. Kerepek bawang
v. Kerepek ubi
vi. Kerepek pedas
vii. Serunding
viii. Dodol
x. Bakul jut bertangkai diihias dengan kain net dan riben
xi. Kad ucapan
Pakej standard RM250
Kandungan:
i. Empat jenis biskut raya
ii. Kek buah
iii. Serunding
iv. Kerepek bawang
v. Bekas kayu berkerawang dan bertapak dihias dengan riben dan bunga
vi. Kad ucapan

Aug 11, 2010

SELAMAT BERPUASA...

Salam dan aloo untuk semua pembaca blog ni  dan juga student-student saya. Saya nak ucapkan menunaikan ibadat berpuasa. Semoga Ramadhan tahun ni dapat memberikan sejuta nur dan rahmat buat kita semua.

Insyallah, kalau tak ada aral melintang dan memandangkan suami saya dah ok,  saya akan start semua kelas yang tertangguh, terkensel dan macam-macam terlagi, lepas raya nanti yea.

Salam...

Aug 1, 2010

LAGI RESEPI BISKUT RAYA PERCUMA....

Salam dan aloo untuk semua...khas untuk anda pembaca setia blog saya yang juga selalu menyokong dan mendoakan kesejahteraan saya, ni ada 5 lagi koleksi biskut raya yang boleh anda cuba. Biskut mana yang bessttt....? Ermmm...saya paling suka snow lemon n strawberry chocolate. Tapi semua pun sedap. Try la buat...


SNOW LEMON

A:
150 gm butter
30 gm gula kastor

B:
1 biji kuning telur

C: (ayak sekali)
200gm tepung gandum
60 gm tepung ubi jagung

D:
30 gm cornflakes kisar
20 gm almond nib

Hiasan:

Coklat putih cair

Halua kulit lemon

Cara:

1. Gaul sebati A
2. Masukkan kuning telur dan kemudian bahan ayak. Akhir sekali D.
3. Canai bentuk acuan bulat. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 hingga 25 minit.
4. Sejukkan. Celup dengan coklat putih cair dan tabur halua kulit lemon





STRAWBERRY CHOCOLATE FANTACY
A:

60 gm cornflakes (hancurkan sedikit)
40 gm black currant
40 gm almond stripe (panggang pada suhu 160 darjah sehingga garing)

B: 200 gm cooking chocolate -cairkan

C: Strawberry chips (untuk hiasan)


Cara:
1. Campurkan A dan masukkan B. Masukkan ke dalam paper cup dan hias dengan strawberry chips.
2. Biarkan beku sebentar (20 hingga 30 minit) – tak perlu letak dalam peti sejuk.

SWEET ISABELLA



A (Base)

65 gm butter
60 gm tepung superfine/cap rose
40 gm tepung jagung
20 gm serbuk icecream
20 gm gula aising

B: (topping)
85 gm butter
75 gm tepung superfine/cap rose
45 gm tepung jagung
30 gm gula aising

Pewarna pink+1 sudu teh strawberry paste

Pewarna unggu/campuran merah dan biru

Hiasan:
Gula-gula manik

Cara
1. Campur dan gaul A sampai jadi doh. Canai nipis dengan acuan bulat
2. Campur B. Bahagian kepada dua. Satu dengan pewarna pink & strawberry paste dan satu lagi warna unggu.
3. Masukkan kedua-dua warna ke dalam piping beg beracuan bunga dan paip atas adunan A yang telah diterap tadi. Hias dengan gula-gula manik.

4. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 hingga 30 minit.




BISKUT NAVY


A

200 gm butter
150 gm gula kastor

B:
1kuning telur



C:
40 gm serbuk badam
280gm tepung gandum

 Hiasan
Almond Slice – bakar sekejap
Coklat putih

Cara:
1. Pukul A sampai kembang. Masukkan kuning telur dan akhir sekali C.
2. Canai dan terap dengan acuan yang digemari. Bakar pada suhu 170 darjah selama 30 hingga 40 minit.
3. Sejukkan .
4. Cairkan coklat putih dan tabur dengan almond slice.

Jul 31, 2010

Kelas Kek chocolate, carrot cake n 300 rose untuk Umi

Salam dan aloo untuk semua...baru habih kelas kek chocolate n carrot cake ni. Kenyang baru lepaih late lunch ni. So sementara nak tunggu nasik turun ke perut, sebelum dapat tido petang (hehehe), saya postkan dulu gambaq-gambaq kek yang blajaq hari ni.

11 orang student joint kelas hari ni - Maslian, Nurliyana, Hayatun, Aida, Zanariah, Shuzilawati, Asiah, Kamsiah, Halimatus, Esah n Kak Supiah. Ada lagi 5 orang yang memang nak sangat kek ni n dah lama tunggu kelas ni ada hal n tak dapat joint. So kena tunggu pas raya la nampaknya yea...Tapi tak janji yea pas raya apa...mungkin raya posa, mungkin raya aji, mungkin raya cina atau mungkin raya deepavali tahun depan..hehehheh.

Riuh rendah gak kelas petang ni ngan masalah student yang dok tak habih-habih konpiius antara kek chocolate moist n kek chocolate indulgence/royal chocolate. Sib baik tak confius kek carrot walnut. Dia orang punya tahap konpius ni kiranya sampai last masa nak rasa kek. Lawak la hampa ni. Len kali saya ajar buat sejenis kek coklat dah ler. Tak pa lah..kita layan gambar-gambar kek yang dipelajari hari ni....


3 jenis kek yang diajar hari ni - belakang skali tu American Chocolat, depan kanan kek carrot n kiri plak chocolate indulgence


Ok...ni Chocolate indulgence

Ni American Chocolate
Errr...gambar kek carrot potong tak sempat nak ambik sebab masing-masing dah tak sabar nak ambik sebab nak balik...

Ok, semalam mak mertua buat tahlil kat rumah dia. Campur skali dengan doa selamat untuk suami n kenduri sambut ramadan. Saya buatkan omak Chocolate Moist Slice, Chocolate Ball n Kelapa Jelly. Seperti yang dijangka, kelapa jelly yang paling mendapat perhatian. Budak-budak plak seperti biasa suka kek-kek chocolate tu.

                        

Kelapa jelly, chocolate slice n chcocolate ball untuk kenduri tahlil Omak...

Kelmarin plak siapkan 300 cupcake untuk Cik Umi. Cik Umi tak cerewet. Dia kata akak buat lah mcam mana pun. Tema colour pink purple. So saya buat bunga rose sekuntum untuk setiap cupcake.


yang ni rona pink atas base purple

Yang ni bunga purple atas base pink (sorry camera saya ni macam incredible hulk...suka suki tukar colour terutamanya colour purple. Kalau real punya bukan purple ni...)

Bos cik Umi, Puan Ashikin plak order chocolate mois cake dengan hiasan buttercream. Ni ha gambarnya.

Jul 27, 2010

RESEPI BISKUT RAYA PERCUMA

Salam dan aloo untuk semua...

Ni ada 7 resepi biskut raya saya yang keluar dalam majalah SAJI bulan Ogos. Ni memang saya cipta khas untuk SAJI. Kalau tanya saya dalam banyak-banyak biskut ni, biskut mana best, saya highly recomend biskut KASIH. Sempoi gila biskut ni. Selain senang nak buat, bahan yang digunakan pun senang nak cari. Bak kata orang...ada kat keliling rumah jerr...hehehe...Biskut ni cuma pakai tepung, butter n gula. Telur pun tak payah pakai. Tapi peringatan penting, untuk biskut ni u all memang kena pakai butter yang mahal n berkualiti butter. Paling murah pun butter Anchor. Untuk resepi ni saya pakai SCS...memang best..kawww...cair di dalam mulut.

So sesapa yang belum belum majalah Saji bleh la try resepi-resepi biskut ni. Tapi elok beli majalah tu. Ada lebih 200 resepi biskut. Pilih saja mana yang nak.

Ok, apa-apa pun kalau nak cuba resepi biskut saya, silalah...selamat mencuba.

CHOCOLATE SWIRL


1.
A

125 butter
50 gula aising (diayak)
1 biji kuning telur
1 sudu teh sirap chocolate Hersheys






B:
50 gm badam kisar
50gm coklat urai
25 gm tepung potato starch
25 gm tepung jagung
10 gm susu tepung
120 gm tepung gandum

C (hiasan)
Chocolate chips

Cara.
1. Gaul A sebati
2. Masukkan B. Masukkan Adunan dalam piping beg yang mempunyai tips bintang. Picit satu bulatan kecil. Hias dengan 2 biji chocolate chips
3. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 hingga 25 minit

2. CHERRY VANILA ICECREAM COOKIES

A:


220 butter
50 gm gula aising (diayak)
1 sudu the esen vanilla

B:
225 gm tepung gandum
25gm tepung jagung
50gm serbuk aiskrim

C (Hiasan)

Ceri merah dibelah dua
Chocolate cair

Cara:

1. Gaul A sebati. Masukkan B. Masukkan ke dalam piping beg yang mempunyai tips bintang. Picit seperti bunga. Hias dengan ceri merah.
2. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 hingga 25 minit. Sejukkan.
3. Paipkan dengan coklat cair diatasnya sebagai hiasan

3.
4. BISKUT KURMA LEMON



A:

120 butter
30 gm gula castor
1 sudu the vanilla
1 biji kuning telur




B
1 sudu the parutan kulit lemon/oren
100 gm kurma (buang biji dan cincang halus)
30 gm kelapa panggang

C:
50 gm serbuk badam
150 gm tepung

D (Hiasan)
Telur merah
Gula castor

Cara:

1. Gaul A sebati. Masukkan B dan seterusnya C
2. Canai dan terap dengan acuan. Sapu kuning telur diatasnya. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 hingga 25 minit.
3. Tabur gula castor atas biskut sebaik sahaja dikeluarkan dari oven. Sejukkan.


.4. HAZELNUT CROQUANT COOKIES







A:
220 butter
50 gula asing (ayak)
1 biji kuning telur



B:

225 gm tepung gandum
12 gm tepung ubi
12 gm tepung potato starch
20 gm tepung jagung
50 gm tepung susu

C (Hiasan)
Hazelnut croquant secukupnya
Chocolate cair

Cara:

1. Gaul A sebati. Masukkan B.
2. Masukkan dalam piping beg yang mempunyai tips bintang. Paip mengikut corak yang diingini. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 hingga 25 minit. Sejukkan.
3. Celup dengan coklat cair dan tabor hazelnut croquant


5. BISKUT KASIH




A:

112 butter
25 gula aising
½ sudu the vanilla






B:
125 tepung gandum
Secubit garam

C (hiasan)
Gula-gla manik berbentuk hati

Cara:

1. Gaul A sebati. Masukkan B. Masukkan dalam piping beg yang mempunyai tips bintang. Sapu sedikit dengan telur putih dan hias dengan gula-gula manik berbentuk hati.
2. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 hingga 25 minit.




6. BLACK FANTASIA





A:

120 gm butter
70gm gula aising
1 biji kuning telur




B:

20 gm serbuk bijan hitam
30 gm tepung jagung
100 gm gula-gula manik berwarna
50gm serbuk badam
150gm tepung gandum

C (hiasan)
Kuning telur
2 sudu besar serbuk roti (berwarna putih)
2 sudu besar gula-gula manik berwarna

Cara:
1. Gaul A sebati. Masukkan B. Canai dan terap dengan acuan. Sapu dengan kuning telur dan tabur campuran serbuk roti dan gula-gula manik
2. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 hingga 25 minit



7. BISKUT KARAMEL RANGUP




A:

100 gm butter
50 gm gula castor
100 gm gula perang





B:
½ cawan kelapa kering
½ cawan cornflakes
½ cawan hirisan badam
½ cawan black currant

C: (hiasan)
Gula-gula manik berwarna
Gula-gula M&M
Kertas papercup saiz paling kecil



Cara:

1. Cairkan A atas api. Tuang ke dalam campuran B. Gaul sebati.
2. Gunakan sudu kecil, masukkan adunan ke dalam kertas papercup. Tabur dengan gula-gula manik.
3. Bakar sekejap pada suhu 150 darjah celcius selama 2 hingga 3 minit sahaja.
4. Letakkan gula-gula M&M atas biskut sebaik sahaja keluar dari oven. Sejukkan.

Jul 26, 2010

KEJA KOSONG N KELAS KEK CHOCOLATE UNTUK RAYA...

Salam dan alooo untuk semua...maaf banyak-banyak sebab lama sangat tak update blog ni. Alhamdulillah segala urusan ketika menjadi tetamu Allah di Mekah dan Madinah berjalan lancar. Semua sihat walafiat. Suami cuma demam sehari masa kat Mekah. Cuaca panas sket.  Hari-hari lain dia segar bugar n aktif. Alhamdulillah, syukur. Semoga saya dan suami diberiNya lagi kesempatan, rezeki dan kesihatan untuk mengerjakan haji pula tahun depan. Insyallahhhh...aminnnnnnnn

Ok, untuk pengetahuan semua, saya dah start dengan projek hamper saya. Tapi tahun ni kena pulun lebih sket sebab partner yang selalu buat hamper ngan saya tu tak dapat joint tahun ni. Dia dah bukak nursery dia sendiri di Cheras. So, susah sket nak bahagikan masa. Zila, adik praktikal dari Kolej Komuniti (errr...betul ker Zila...Kak Ina lupa plak Zila blajar kat mana dulu...hehehhe...) yang bekerja ngan saya tahun lepas plak tak dapat joint tahun ni sebab nak tolong kakak ipar dia yang jugak buat jual biskut raya. Rajin Zila ni...tak cakap banyak. Buat keja saja...Saya suka pekerja macam ni. Bila ditanya baru cakap. Ni puji ikhlas ni...bukan bodek yea Zila...(zilaaa...jom aaa keja ngan akak...hehhehe cubaan terakhir...)

Mula-mula dia janji nak keja, tapi tadi dia sms tak jadi sebab order biskut raya kak ipar dia dah banyak. Tak pa Zila...dah tak dak rezeki kita nak bekerjasama. Lain tahun la nampaknya kalau ada rezeki. So, memandangkan saya sorang, maka dengan ini saya nak tanya lerrr ada tak sapa-sapa atau anak sapa-sapa yang berminat nak buat part time ngan saya. Sambil-sambil hilangkan boring menunggu waktu berbuka tu bleh la joint saya. Bleh blajar freee...ehehe. Saya tak nak ramai-ramai. Dua orang cukup.

Masa kerja: 8.30 pagi - 5 petang

Mula bekerja: Isnin 2 Ogos 2010 sampai keja selesai (selalunya sampai minggu ke 3 ramadhan)

Gaji/elaun: RM20 sehari

Bidang kerja: Tolong saya buat biskut (kira ni blajar free lerrr...hehehhe), packaging, buat riben, buat hamper dan kalau diperlukan akan ikut saya p distribute hamper.
Satu lagi keja mestilah kena tolong saya kemas kedai sebelum balik.

So, sesiapa yang rasa suka keja-keja macam ni bleh call saya - 019 282 0053

Ok, ni hal lain plak. Kena penuhi janji saya kepada beberapa student yang nakkan kelas kek chocolate n kek carrot walnut. Dah lama dia orang mintak. Mintak sangat-sangat. Nak buat untuk raya. So kalau ada sesiapa yang nak joint bleh confirm ngan saya n bayar deposit RM50 selewat-lewatnya pada Rabu 29 Julai. So ni details kelasnya;

Kelas demo membuat 3 jenis kek yang anda boleh hidangkan atau buat jual masa raya iaitu:

1. American Chocolate

1. American Chocolate

Chocolate indulgence

                                Kek carrot walnut dengan cream cheese (saya juga akan ajar cara mudah nak buat carrot gula tu...)

Tarikh: Sabtu, 31 Julai 2010

Masa: 10 pagi - 12.30 tengahari

Yuran: RM100

Deposit: RM50 (bnk in ke dalam account maybank saya 1122 500 16852 selewat-lewatnya pada Rabu, 29 Julai 2010)

So, jangan tunggu lama-lama. Cepat confirmkan kehadiran sebelum terlewat.Tempat terhad

Jun 29, 2010

TERIMA KASIH SEMUA...

Salam dan aloo untuk semua...Bagi saya, hari ni adalah hari yang paling membahagiakan. Sebabnya hari ni dapat keputusan dari SJMC mengenai canser suami saya - ALHAMDULILLAH tumor dalam perut suami saya dah tak da.  Dah tak perlu buat chemo lagi..Tapi macam mana pun husband saya kena terus follow up dengan doktor dua bulan sekali,  jaga kesihatan, jaga makan dan xcercise. Takut tumor tu datang balik. Tapi tak pa...nikmat yang Allah bagi setakat ni sudah cukup besar buat kami. SYUKUR,  SYUKUR DAN SYUKUR ke hadrat ALLAH s.w.t kerana mendengar doa kami.
                                                                                                                           
Alhamdulillah,  enam bulan bertarung dengan penyakit ni dan juga cabaran serta dugaaan sampingan benar-benar menjadikan kami  berdua kuat. Yang paling saya respect ialah semangat suami yang tak penah putus asa melawan penyakit dia. Dua chemo terakhir paling perit bagi suami saya. Menahan denyutan sakit kepala yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata. White blood count yang turun dengan mendadak sehingga sampai ke tahap bahaya. Keluar masuk hosital jadi rutin hidup kami berdua. Dalam kereta memang tersedia beg baju kami. Bersiap sedia untuk masuk wad bila-bila.

ALHAMDULILLAH semua tu dah berakhir buat seketika ni. Doa dan harapan kami biarlah untuk selama-lamanya.  Dan doa kami janganlah Allah lalaikan kami dengan nikmat dan kesenangan yang diberikan kepada kami sekarang.

Kepada anda yang tak putus-putus memberi sokongan dan turut berdoa untuk saya dan suami, saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih. Terima kasih skali lagi atas sokongan dan understanding u all semua yang tak jemu-jemu menyokong saya walaupun saya selalu kecewakan anda sebab selalu cansel class dan sampai sekarang tak aktif buat kelas. Insyallah, lepas ni saya bleh lebih fokus dengan kelas-kelas masakan saya.
                                                            
                  Sebulan sebelum didiagnose dengan penyakit canser lymphoma

                                      Chemo kedua

                                          Chemo ke empat

TERKINI......dengan hobi baru  - MEMASAK...!!! nanti saya crita dalam post-post yang akan datang...
,                                                   

Interview ngan Shikin - tokey biskut Seroja


Salam dan aloo untuk semua...Ahad tengahari semalam, saya ajak husband p tengok pameran satu produk satu desa kat Kompleks Belia dan Sukan kat Paroi. Saja nak survey barang-barang kraf untuk hamper saya. Sian gak tengok sambutan hari tu. Tak begitu memberangsangkan. Tak tau la mungkin sebab waktu saya p tu tengah hari - dalam pukul 12 macam tu. Kiranya, orang boleh kira ngan jari jer lah...Tapi tak kisah lah. Lagi best...senang sket saya nak tengok n berkenalan dengan pengusaha.

Selain barang kraf, saya juga survey pengusaha biskut-biskut raya. Tak ramai pun. Ada la sorang dua. Tapi tak palah sebab yang penting saya dapat jumpa n bersembang ngan tokey biskut  Seroja - Shikin. Biskut Seroja ni saya mula kenal dalam 3 tahun lepas. Memang sedap. Shikin kata, ni resepi Mak Mertua dia. Mak Mertua dia blajar masa dok kat Kluang dulu.... Biskutnya bentuk macam gambar kat bawah ni...penah rasa tak...?
Memang sedap gila. Kulit kat luar tu rasa kacang. Dalam dia ada inti kacang. Biskut ni bagi saya `berhantu'. Kita tak bleh makan satu...kalau dah start makan, mesti akan makan lagi dan lagi dan lagi...Tengahri tu kebetulan yang jaga booth pameran Shikin sendiri. Baik Shikin ni. Merendah diri. Memandangkan tak dak orang, saya pun mula mengilap kembali skill saya sebagai reporter Utusan Malaysia dulu. Saya interview la Shikin ni. Sebabnya saya, husband n adik beradik yang lain memang suka biskut dia. Tapi masalahnya susah nak dapat biskut ni. Rupanya Shikin crita, biskut Seroja dia ni memang tak penah cukup walaupun production sepanjang tahun. Bukan terhad masa raya saja. 
``Buat saja, habih orang ambik buat saja habih kak...memang tak cukup,'' kata Shikin. Shikin crita, memandangkan permintaan banyak sangat, dulu dia pun cubala subkan kat orang lain. Suruh orang lain buat.
``Saya bagi resepi dan tunjukkan kat orang tu. Tapi kak, orang selalu complain rasa dan rupa tak sama. Jadi saya pun stop la kak,''

La ni Shikin kata, dia cuma ada 5 orang pekerja saja yang buat biskkut tu. Sehari, kalau fokus betul-betul (kiranya tak buat keja lain laa...), bleh dapat 500 biji.  Shikin kata, buat biskut ni rumit sebab semuanya hand made. Terkejut gak saya bila Shikin bagi tau benda tu. Ingatkan pakai acuan.
``Tak kak...semua tangan. Daripada buat kelopak, buat daun n isi inti, semua tangan. Saya penah ambik ramai pekerja, tapi tak semua yang boleh buat. Tak jadi bentuk yang sama,'' laaa...susahnya buat biskut ni rupanya.  

Saya tanya Shikin, tak try buat mesin acuan  kerrr? Shikin kata, sebelum ni dia penah berkerja sama ngan Zul  Design  untuk buat acuan biskut ni (alaa...brother yang selalu cipta macam-macam alat tu...). Tapi kata Shikin, last-last Zul pun giveup gak.

``Sekarang ni saya tengah cuba ngan MARDI. Mesin tu rasanya harga dalam RM12,500. Tapi tak tau lagi macam mana hasil. Kalau ok, mesin tu bleh hasilkan 5,000 biji biskut sehari,'' Ok sangat la tu kan... berbanding 500 biji saja sekarang.

Memang Shikin ni kena betoi-betoi cari jalan tingkatkan production dia. Punya la sedap n uniknya biskut Seroja Shikin ni, sampaikan Tesco, Jusco n Maidin dah approach dia untuk buat dalam skala yang besar untuk letak kat semua outlet dia orang. 

``Sapa tak suka kak..ni rezeki tapi nak buat macam mana. Saya tak mampu. Kemampuan saya sampai takat ni saja. Saya harap sangat mesin MARDI ni bleh tambahkan lagi production saya. Sekarang ni order untuk raya tahun ni pun saya dah tak boleh ambik lagi...dah penuh,''. 

Masa nak balik n lepas dah beli 4 bekas biskut Seroja Shikin, saya pun memberanikan diri tanya Shikin. ``Dik, tak nak buat kelas mengajar buat biskut ni kerrr? Akak nak belajar lerr...akak sanggup bayar...'' Shikin senyum simpul jawap dengan rasa bersalah ``tak ada la kak...,''. Tak pa Shikin, saya tak marah. Saya paham. Tapi kalau satu hari nanti terbuka hati nak ngajar, cakap ngan akak yea....hehehhe.

                                                                           

Cerita Mak Long dan Umrah Sponsor...

Salam dan aloo untuk semua... semalam (Ahad) saya, husband, kak ipar n suami dia ke rumah Mak Long di Kampung Tengah, Kuala Pilah. Kira macam lawatan kerja gak laa...Kami nak dapatkan tips dan nak sharpkan lagi pemahaman kami mengenai ibadat umrah. Insyallah, kalau tak dak aral melintang, kami berempat dan mak mertua saya akan berangkat ke umrah 3 Julai ni. Best jalan area-area kampung waktu-waktu macam ni. Saja saya bukakan tingkap keta. Sedap bau rumput dan sampah yang dibakar di tepi rumah orang kampung. Teringat masa saya dok kat kampung Manggol Petai, Pendang, Kedah masa kecik-kecik dulu...La musim durian, so, sepanjang jalan ada saja la gerai-gerai buah durian. Petai pun banyak bergantung. Tu belum lagi campur gerai-gerai jual ikan n daging salai, `tolo itik' (telur itik laaa...), jagung manis n gula enau...memang best tengok suasana kampung waktu-waktu macam ni...rileks jerrr. Jalan ke Kuala Pilah pun dah tak macam dulu lagi...dah ada jalan baru yang tak  bengkang bengkok...

Kami sampai rumah Mak Long dah dekat pukul 6. Sunyi sepi jerrr...biasalah bukan musim cuti sekolah. Kalau tak, rumah maklong ni memang tempat berkumpul anak cucu. Cucu Mak Long ramai. Rasanya ada dalam 23 orang...anak dia tujuh orang...Bila di luar musim ni, tinggal la Mak Long, Alang (adik dia) n anak mak long (Kak Ngah Shidah).

Best tengok rumah n kawasan rumah mak long ni..bersih. Rumah dia plak cute betoi...Ni ha gambaq rumah maklong....cute aaakkk?  Rumah kampung. Dulu masa sekolah, dalam subjek lukisan, kalau cikgu suruh lukis pemandangan rumah, saya akan lukis rumah yang lebih kurang macam rumah maklong ni...sebab tu saya suka sangat tengok rumah mak long ni....

               
                                                                Ni angle blah kiri...
                                                                            
                                                               Ni plak plak angle blah kanan...

 Ok, kali ni, bukan bab rumah mak long yang saya nak cita atau bab kami nak p umrah atau bab apa yang mak long masak kat kami petang tu. Tapi saya nak share dengan u all semua supaya berhati-hati ngan bab tipu menipu orang-orang kampung. Orang sekarang kalau nak menipu bukan saja bab jual beli kain, tapi sampai berani melibatkan benda-benda amal ibadat - umrah.

Cita dia macam ni - dua tiga bulan lepas kami di Seremban ni dapat cita yang mak long ni dioffer oleh orang masjid kat kampung dia tu untuk buat umrah. Kononnya ada orang kaya nak sponsor. Tapi yang lawaknya orang kaya tu nak sponsor separuh saja. Sapa yang berminat bleh bayar RM2,500. Yang lain akan ditanggung oleh orang kaya tu lah...Dia nak sponsor sampai 1,000 orang...! Bila kami dengar cita ni, kami dah agak benda ni mengarut. Kami dah siap cakap ngan anak Mak Long kat Seremban ni supaya warning ngan mak long jangan tertipu. Semua ni mengarut. Kalau betul la orang kaya tu ni sponsor, kenapa nak bayar  setengah jer...pastu nak cari sampai 1,000 orang plak tu...gila ka pa...?

Tapi biasa laaa...otak penipu ni memang pandai. Dia tau orang kampung terutamanya yang umur-umur macam mak long ni mesti anggap benda ni betul. Dah tu, orang kaya jahat ni plak pandai sebab dia lantik agen-agen dari orang-orang surau yang memang kenal ngan orang kampung. Kiranya agen-agen yang nak tolong kutip duit ni AJK masjid laaa...ustaz, ustazah...atau bak kata mak long...yang berserban n bersongkok lah...So, lagi lah orang-orang macam mak long ni percaya...Bila anak-anak n anak sedara advice maklong suruh hati-hati respond maklong ``...tak kan laaa orang nak tipu bab-bab umrah ni ...orang nak poie (pi) Mekah, nak buat amal ibadat,''

So atas kepercayaan tu, Mak Long pun keluarkan lah duit simpanan dia yang dah memang lama dia simpan tu. Kak Shidah pun joint sama ngan 140 orang lagi orang-orang kampung. Orang kaya yang baik ati ni janji nak p bulan depan - bulan Julai. Sian mak long...dah siap p cucuk meningitis (RM90), dah buat pasport (RM300), dah beli beg (lupa plak nak tanya brapa...). Dia memang excited sangat nak p. Ya laa...sapa yang tak exited nak p Mekah. Walaupun ni bukan first time dia p buat umrah, Mak Long memang selalu kumpul duit. Kalau cukup dia akan p umrah...Tunggu punya tunggu, punya tunggu, sampai kesudah, tak dak jawapan bila nak p walaupun masa tu dah masuk pertengah bulan Jun. Last-last, rasanya minggu lepas orang-orang masjid bagi tahu, orang kaya yang nak sponsor tu tak jadi nak sponsor plak...(hampehh dak....?). Lebih menyakitkan hati lagi, orang masjid kata, sapa yang duit balik, susah sket..lambat. Kena tunggu lama. So, sekrang sapa yang nak p gak umrah, kena tambah RM2,500 lagi. Sakit ati aaakk....? Tapi kami rasa, tak lama lagi dia orang akan mintak duit lagi tu...Sekarang ni, mana nak dapat gi rumah RM5,000 kan...? Airport tax la, bayar tu la, ni laa..silap-silap bleh cecah RM5,500...

Kesian dengar mak long bercerita petang tu....ya laaa...orang berharap. Kena tipu plak...dah tu orang tipu bab-bab nak gi Mekah...sakit ati aaa....Kalau ikut Mak long, biasa laaa ``biar laa...dah tak dak rezeki. Orang yang nipu tu nanti tuhan balas...,''
Muka frust Mak Long...tapi masih redha sebab dia kata dah tak dak rezeki...

Tapi kami semua cakap, mana bleh biar macam tu. Nanti orang lain pun kena tipu gak. So lepas pujuk punya pujuk, Mak Long setuju nak buat report polis. Rasanya dalam sehari dua ni anak mak long, Shahril yang dok kat Seremban akan bawak polis p surau kat kampung tu. Masa tu orang-orang kampung yang kena tipu bleh buat report terus. Saya tak tau lagi perkembangan terkini. Tapi harap-harap cerita ni jadi pengajaran kat kita terutamanya yang ada family kat kampung. Kena hati-hati.Jangan mudah pecaya. Sebenarnya dalam paper STAR penah keluar berita mengenai isu umrah tipu ni. Sekarang ni memang ada sindiket menipu orang kampung. Tak tau laa apa nak jadi ngan dunia sekarang ni...takut, bila pikiaq-pikiaq balik....so untuk u all semua, hati-hati lah yea...

Ok, ni saya nak selitkan sket gambar buah tangan yang saya bawak kat maklong hari tu....black forest swiss roll ngan  biskut yang belum saya kasi nama...(hehhehe). Ada 2 lagi biskut yang belum saya boh nama. Hari tu saja `menggatalkan' tangan cipta biskut sendiri..
Kat bawah ni gambar 3 jenis biskut tak dak nama dan swiss roll untuk mak long


                                                          
 Black forest swiss roll untuk mak long