Mar 25, 2012

Hasnah n Miss N Bangi

Asskm dan aloo untuk semua.... Rabu, 22 Mac baru-baru ni saya sekali lagi berDIY ngan tokey n cikgu baulu glamer - Hasnah. Ni 2nd time dia berDIY ngan saya. 1st time minggu lepas. Ada satu lagi kelas minggu depan. Hasnah ambik sket-sket. Tak nak pening kepala.

Untuk hari ni Hasnah diselit last minute oleh student yang hanya dikenali sebagai Miss N Bangi. Identiti, warna rambut dan anak mata terpaksa disembunyikan atas faktor-faktor keselamatan dalam negeri...ahaksss...

Hari ni Hasnah n Miss N Bangi blajar Tiramisu, Blueberry Cheese Cake dan dua jenis brownies - Marbled Cheese dan Crunchy Salted Caramel Brownies.

Paling best kelas hari tu ialah LAKSAAAAA....Hasnah bawak laksa untuk kami lunch hari tu. Sedap gilerrr laksa Hasnah. Saya tension ngang Hasnah ni. Sebab - sepatutnya saya yang terror buat laksa sebab laksa tu makanan kegemaran saya dan laksa juga adalah makanan rasmi orang Utara.

So, sebagai orang utara, saya sepatutnya pandai buat laksa yang sedap. Tapi ini tidak berlaku. Saya hanya pandai makan laksa dan pandai menilai laksa yang sedap. Tapi saya TAK PANDAI  buat laksa....TENSIONNNNN...Hasnah orang Lipih plak yang pandai buat laksaaa...Ini TIDAK ADILLLLLL, TIDAK ADIL, TIDAK ADILLL bagikuuuu (ikut rentak lagu Yuna...ahaksss)

Tapiiii..apa nak buat...saya terima nasib saya seadanya. Saya hanya mampu menikmati laksa orang jerrr....Tq Hasnah sebab buat laksa yang best. Kelas Next week Hasnah nak bawak nasi lemak sambai sotong power plakkkk...fuhhhhhhh....tak sabaq, tak sabaq, tak sabaq...

Dan mendengarkan Hasnah nak bawak nasik lemak sambai sotong power minggu depan, Miss N Bangi terus mendaftar diri untuk menyelitttt.....saborr jerr lahhh....

Marbled Cheese Brownies

Tiramisu

Hasnah tengah hias Crunchy Salted Caramel...   



Ok, Hasnah n Miss N Bangi, jumpa lagi minggu depan. Insyallahhhh

Mar 21, 2012

DIY ngan Nurul n Mimi

Asskm dan alaooo untuk semua... Nurul dari Batu Pahat berDIY skali lagi ngan saya. Ni 2nd time. Kali ni Mimi dari Gombak menyelit. Hari ni dia orang ambik package sweet bun, cream puff n eclairs dan pavlova.

Jom layan gambar kelas....

Nurul

Mimi


ruti panas, ruti panazzz...

Gee dari Brunei

Asskm dan alooo untuk semua...jumpa lagi. Lama rasanya tak update blog. Take a break sat. Balik lepak Kangaq rumah bapak ngan adik n anak-anak menakan. Sambil-sambil tu buat to do list untuk keja kawin adik lelaki saya bulan Julai ni. Settledkan apa yang patut settled.

Semalam hari pertama pas break. BerDIY ngan orang nun jauh dari Brunei - Gee. Tokey kek roll kat sana. Tengkiu untuk Gee  yang sudi datang berguru ngan saya. Gee ditemani husband dia. Ni 1st time Gee naik kapai terbang n datang ke Semenanjung ni. Tapi demi menuntut ilmu, Gee sanggup. Terharu saya. Tq skali lagi.

Senang ngajar Gee ni. Maklumlah...dah biasa buat keja-keja baking. Gee ambik lapan kek semuanya - Nutty Caramel, Chocolate mascarpone,Double Indulgence, Pecan Heaven, Russian Black n White, Pavlova, Cream Puff n Eclairs dan Cheese Tart.


Gee tengah buat Double Chocolate Indulgence Cake

Chocolate Mascarpone

Nutty Caramel

Pecan Heaven

Russian Black n White

Double Indulgence

Cream Puff

Eclairs

Pavlova - saya tertinggal buah kat rumah. Yang ada buah orange n markisa saja. Gee tak bleh wak balik...so dia nak rasa jerr. Saya buatkan dia sehiris...

Gee cuma bawak balik 1/2 saja daripada semua kek yang dia belajar. Separuh lagi dia soh saya sedekahkan. Tqvm Gee. Semoga dimurahkan rezeki...

Ni je yang Gee bawak balik ke Brunei..
Untuk Gee, semoga bertambah maju bizz di sana. Tq sebab sudi memperkenalkan kek saya di sana. Insyallah ada rezeki kita jumpa lagi. Insyallahhh

Ni emel Gee pada saya...saya sangat-sangat menghargainya....Ikhlasnya saya ngaku, saya agak risau nak ngajar Gee ni. Maklumlah dia datang dari jauh, keluar belanja banyak. Saya takut sangat kalau-kalau kek saya tak memenuhi expectation dia. Tapi alhamdulillah..Sokongan-sokongan macam ni membuatkan saya lagi semangat untuk cipta lagi banyak kek-kek baru...Insyallahhh...Tq skali lagi Gee


Assalam kak..saya dah selamat sampai brunei dengan kek2 yg saya kluarkn dri peti sejuk hotel jam 9 pgi kemudian jam 9 mlm ni bru saya dpt bgi  mak mertua,ank2 n bapa saya rasa kek2 tu..dan keadaan kek masih bagus lah kak.. 4 container kek tu saya ada sedekah kat pekerja restoran hotel sutera tu..
 
Semua keluarga saya comment kek tu sedap kak..bgi saya plak kek akak tu masyaallah sedap giler giler n giler lah kak  .Patot le student akak ada ckp kek akak tu kalah secret resipi...betul lah kak antara langit ngan bumi bezanya..saya paling suka pecan heaven tu..
 
Akak tau.. berapa byk blog guru2 atau chef2 lam blog yg membuat kelas baking kek satu pun tak bekenan kat hati saya nak blajar tpi bila saya tengok blog akak tu entah tak semena2 timbul keinginan yg sangat kuat tuk blajar ngan akak..alhamdulillah saya tak salah pilih  guru tuk menimba ilmu baking ni..Smile emoticon 
 
Paling tak sangka resipi sponge kek akak jimat n senang nak buat..suami saya ckp sponge kek saya lembut tapi kosong ringan je..sponge kek akak lembut dan berisi padat..sedap..
 
Insyaallah jika ada rezeki n masa saya akan blajar kek akak yg lain lagi..ciptalah kek yg lebih sedap lgi kak ye..terima kasih banyak kak dengan segala ilmu baking yg akak beri pada saya...
 
luv u cikgu zalina
dari Gee

Mar 11, 2012

Koleksi Kek Butter Marble

Asskm dan alooo untuk semua....Ni saya persembahkan (cheyywwwwaaahh...) koleksi kek butter Marble. Sangat sesuai untuk mereka yang tak suka makan kek berkrim. Kelasnya lambat lagi...insyallah bulan Jun.

Pada yang berminat, sila lah, sila...sesuai untuk buat n wak balik masa raya kat mak mertua, pak mertua, mak long, mak teh, mak su dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya. Sebab dia orang ni kebanyakkan suka ngan kek-kek kosong macam ni. Selain tu untuk buat bizz menarik gak. Cara buat senang.

Ok, jangan salah faham, kek ni bukan satu adunan sama yang cuma beza colour. Tapi kempat-empat kek ni menggunakan bahan unik yang berbeza yang akan membezakan rasanya. Lebih penting lagi keempat-empat kek ni mempunyai tekstur yang moist. Padat tapi gebu sesuai ngan sifatnya sebagai kek butter. (bukan bersifat sponge atau ringan). Dipendekkan dan dimudahkan crita...sedap ...hehehe

Mar 10, 2012

Demi DIY - Awin tolak offer triple pay

Asskm dan alooo untuk semua... Awin book kelas saya sejak bulan 10 tahun lepas lagi. Lama sungguh nooo kena tunggguuuu...(hehhehe..ampunnn). Sebab tu la Awin bagi tau saya, bila bos dia nak bayar triple pay soh dia keja hari ni sebab ada emergency, dia sanggup tolak.

``Triple pay pun triple pay la kak...tak nak aaah cancel class. Lama saya tunggu,'' kata Awin. Fuhhh....bangga n sangat berbesar hati saya dikk....hehhehe. Tapi tak pa..berbaloi-baloi, kannnn...? Sebab semua yang Awin penah belajar ngan saya sebelum ni dah pun membawa pulangan yang sangat lumayan. Balik modal tu tak yah cakap lerrrr....tak bleh kumpul duit untuk bukak bakery...kann, kann...?hhehehe
Sebelum ni Awin ada masuk kelas demo saya dan juga kelas DIY group. So, kek-kek yang dia dah blajar tu dia dah jual kat office.

Bangga n kembang idung Awin (dan semesti lah juga idung saya..ahakss) bila officemate dia cakap kek yang Awin buat tu lagi sedap dari kek-kek yang dia orang beli kat SR.

``Sekarang ni kak, orang-orang kat office dah tak beli kek kat SR. Semua ambik kat saya,'' kata Awin. Fuuuhhh dik...bangga akak dikk...Tahniah, tahniah. Lagi best lagi kata Awin, orang kat office dia tak cerewet mengenai harga kek. Dia orang faham n tak kisah bayar sebab kualiti kek yang dia orang makan tu....bestnyaaaaaaaaa kalau semua customer macam officemate Awin ni kan....?  Tak macam sesetengah customer student saya. Kata student saya, bila bagi rasa kek, semua pakat puji melambung kata kek lagi sedap daripada SR, tapi bila bagi tau rega, pakat buat muka terkejut n tanya naper lebih mahal dari SR...hhhmmmmmm....lawak kan....? hehehehe

Ok, untuk kelas hari ni Awin diselit oleh Nazreen dari Singapore. Nazreen ni penah masuk kelas demo saya sebelum ni. Sebelum ni dia banyak buat deco.

Jom tengok gambar class. Dia orang blajar Double Indulgence Chocolate Cake, Italian Rainbow, Opera dan Blueberry Cheese Cake.

Double Indulgence Chocolate Cake


Italian Rainbow

Opera

Blueberry CheeseCake

Awin

Nazreen

Suka, suka n suka sebab dah selesai kejaaa...
 Orang-orang KL/PJ yang nak order kek bleh call Awin - 012 350 5543

DIY 8 Mac - Hasnah & Miza

Assskm dan alooo untuk semua...Hari Khamis lepas cikgu baulu - Hasnah Saidin datang berDIY ngan saya. Ni kira siri pertama daripada 3 siri kelas yang dia akan join ngan saya tak lama lagi. Setiap kelas dia akan ambik 5 kek/items. Ambik sket-sket supaya tak pening sangat.

Semalam Hasnah diselit Miza dari Port Dickson. Dia orang belajar Chocolate Indulgence, Opera, Italian Rainbow, Russian Black n White dan Pavlova.

Seronok bercrita criti ngan Hasnah ni. Pengalaman dia buat direct selling. Dalam masa 3 tahun dia pulun, sekarang dah bleh pakai BMW 5 series..fuuuuhhhh.....tabik spring laa. Dan biasa laaa...adat orang rajin ni, tak reti dok diam. Ada saja bizz dia nak buat.

Wpun dah boleh tarik nafas lega ngan hasil titik peluh buat direct selling dia tu, dia tak dok diam. Dia yang minat masak-masak ni buat satu lagi bizz yang lumayan. Jual kuih muih. Kek batik, puding caramel, baulu n kuih bakar adalah antara killer produk dia terutamanya untuk bulan puasa. Memang lumayan betoiiii...Alhamdulillah. Pendapatan untuk musim bulan puasa ni memang lumayan sangat. Suka tengok orang rajin neh.

Miza ni pula baru berjinak-jinak ngan dunia baking ni. Dia kata saja blajar untuk buat makan sendiri. Tapi saya dan Hasnah dan brainwash dia.....hehehhe. Soh dia buat bizz. Start slow-slow dulu. Jual ngan kawan-kawan terdekat. Insyallah kalau buat betul-betul, boleh buat duit ngan produk-produk bakery ni walaupun secara homebase. 

Sekarang ni Hasnah memang popular di kalangan penggemar-penggemar baulu tradisional. Dia banyak buat kelas. So sesapa yang berminat nak jadi usahawan baulu, boleh contact Hasnah - 019 664 7769. Dia dok Shah Alam.







Miza (kiri) n Hasnah.

Mar 7, 2012

JADUAL KELAS APRIL DAN MEI 2012

Asskm dan alooo untuk semua...Ni saya senaraikan jadual kelas DEMO (kecuali untuk kelas Puan Mirawati dan Kelas Roti Pak Agus) untuk sepanjang bulan APRIL DAN MEI.

 Bulan April ni kira macam bulan Pensyarah Jemputan....heheehhe. Sebabnya sepanjang bulan ni saya akan jemput cikgu-cikgu yang pakar dalam bidang masing-masing - Azie (kek lapis), Kak Ita - ratu biskut modern), Puan Mirawati (pastry dan tart buah yang chomel) dan Pak Agus (pakar roti dan donut dari Indonesia).

1. KELAS: KELAS KEK LAPIS TERLARIS AZIE
TARIKH: SABTU 7 APRIL 2012
MASA: 10 pagi - 5 petang
YURAN: RM280
DEPOSIT: RM140
TARIKH AKHIR BAYAR DEPOSIT: JUMAAT 6APRIL


Pelajari resepi-resepi kek lapis popular Azie (Aziecakebiz.blogspot.com)  yang boleh jadi ibu duit. Pelbagai tips n petua-petua penting akan diajar sepajang kelas untuk menghasilkan kek lapis yang bukan sahaja cantik, tapi sedap, moist dan tahan lama.

Jom jadi tokey kek lapis raya tahun ni...

Cara nak join class:
1. Bank in deposit ke dalam akuan BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195
2. Pas bank in sms nama dan nama kelas dan tarikh - contoh: MARIA ARSHAD, KEK LAPIS AZIE, 7 APRIL
3. Sila simpan bukti pembayaran.
4. Sila bawa bekas masing-masing 


2. KELAS TART BUAH-BUAHAN CHOMMMELLLL PUAN MIRAWATI
    TARIKH: 14 APRIL (Sabtu)
    MASA: 10 pagi - 4 petang
    YURAN: RM150 
     DEPOSIT: RM50
      TARIKH AKHIR BAYAR DEPOSIT: JUMAAT 13 APRIL


   

Pelajari resepi dan cara mengadun doh yang betul untuk membuat tart buah-buahan yang chomel dan cantik ni. Puan Mirawati juga akan membimbing anda bagaimana mengadun warna-warna menarik pada tart anda.

Selain itu, anda juga akan diajar membentuk 7 jenis buah-buahan yang cute.

Cara nak join class:
1. Bank in deposit ke dalam akuan BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195
2. Pas bank in sms nama dan nama kelas dan tarikh - contoh: WAN ZALEHA, KELAS TART, 14 APRIL
3. Sila simpan bukti pembayaran.
 4. Sila bawa bekas masing-masing 




3. KELAS: 15 JENIS BISKUT RAYA TERBARU KAK ITA DELIGHTS

YUMMIES SESAME,  FUDGES MACADAMIA, CHERRIES COOKIES ,SWETIES PANDAN,
CHOCOLATE SNICKERS BALL, PEAS DRIZZLE, CASHEWNUT CHOCOLATE SUGEE, ALMOND CONFLAKE CRUNCH,  WHTE BERRY COOKIES, CHOCOLATE SPLATTERS,  NEUTELLA JAM COOKIES, GOLDEN MUESLI TOASTED COOKIES, SAVOURY CHEESE COOKIES,  HAZELNUT  CHEWIES N  TWIN CROQUANT COOKIES

TARIKH : 21 APRIL (SABTU)  
MASA: 10 PAGI - 2 PETANG
YURAN: RM200
DEPOSIT: RM100 
TARIKH AKHIR BAYAR DEPOSIT: JUMAAT 20 APRIL
Cara nak join class:
1. Bank in deposit ke dalam akuan BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195
2. Pas bank in sms nama dan nama kelas dan tarikh - contoh:  SARIMAH, KELAS BISKUT RAYA, 21 APRIL
3. Sila simpan bukti pembayaran.
  


4. CLASS ROTI DAN DONUT  PAK AGUS  & MASTER CHEF BAKERY N DONUT INDONESIA
TARIKH:  28 dan 29 APRIL 
MASA: 10 pagi - 5 petang


HARAP MAAF...KELAS DAH PENUH. JANGAN BANK IN DEPOSIT LAGI.

Kepada yang dah bnk in deposit sila simpan resit transaksi dan bawa masa kelas atau pun emelkan bukti pembayaran pada emel saya - bzeebakery@gmail.com.




1. Silibus yang dikongsi tak hanya terhad kepada resepi roti tetapi juga apa yang ada di sebalik/inside resepi, resepi analysis, ingredients analysis dan  macam mana nak buat resepi roti sendiri.
2. Macam mana membezakan tepung bagus dan tak bagus.
3. Macam mana membezakan improver bagus dan tak bagus.
4. Macam mana membuat premix roti so employee tak tahu resepi kita.
5. Membuat roti dengan kaedah terbaru All in Method, kaedah mudah sangat.
6. Macam mana tahu best jenama bekalan untuk roti.
7. Semua roti akan dibuat dengan resepi Taiwanese, most delicious.
8. Macam mana nak buat Packaging Cantik dan concept Bakery Online.
9. Kelas Hands On 100%.
10. Tahu tentang oven dan oven charateristic.
11. Macam mana nak buat Roti Costing.
12. Free consultation dengan Pak Agus - lifetime.

 Anda akan belajar membuat: Roti tawar plain, roti tawar cheese, pizza, green tea donut, cinammon donuts, strawberry donuts, tiramisu donut, peanut butter donuts, almond donuts, hazelnut donut, chocoholic donut, roti kasur, roti sobek, roti naik, twist bread, roll bread, cup bread, mexican topping, mexican bun, mexican flossy, mexican sosey, cinnamon roll, cheese bread. 

MEI
KELAS: 10 JENIS BISKUT RAYA DHOLU-DHOLUUUU....
(Makmur, samperit, dam, biskut Y, biskut sampan, peanut butter, biskut kacang, buah kana, biskut nestum dan biskut kelapa)
TARIKH: 5 MEI (SABTU)
MASA: 11 PAGI - 5 PETANG
YURAN: RM150
DEPOSIT: RM50
TARIKH AKHIR BAYAR DEPOSIT: JUMAAT, 4 MEI
Cara nak join class:
1. Bank in deposit ke dalam akuan BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195
2. Pas bank in sms nama dan nama kelas dan tarikh - contoh: AMINAH, BISKUT RAYA 5 MEI
3. Sila simpan bukti pembayaran.
4. Sila bawa bekas masing-masing  


KELAS: KEK CONTINENTAL TERBARU BZEE BAKERY (MODUL 4)
                Pecan Heaven, Double I Chocolate Cake, Chuncky Prune n Chocolate Walnut Torte


TARIKH: 12 MEI
MASA: 11 PAGI - 5 PETANG
YURAN: RM180
DEPOSIT: RM80
TARIKH AKHIR BAYAR DEPOSIT: JUMAAT 11 MEI




Pelajari empat lagi resepi terbaru dalam koleksi kek continental saya - Pecan Heaven, Double Indulgence Chocolate Cake, Chocolate Walnut Torte dan Chuncky Prune (ni gambar hiasan saya sambik kat internet...nanti dah siap buat kek ni saya tukar gambar yea....

Cara nak join class:
1. Bank in deposit ke dalam akuan BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195
2. Pas bank in sms nama dan nama kelas dan tarikh - contoh: SARAH YACOB KEK BARU 12 MEI
3. Sila simpan bukti pembayaran.
4. Sila bawa bekas masing-masing



KELAS: KEK CONTINENTAL
                Royal Caramel, Nutty Caramel n Chocolate Mascarpone


TARIKH: 19 MEI 2012
MASA: 11 PAGI - 5 PETANG
YURAN: RM150
DEPOSIT: RM50
TARIKH AKHIR BAYAR DEPOSIT: 18 MEI




Cara nak join class:
1. Bank in deposit ke dalam akuan BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195
2. Pas bank in sms nama dan nama kelas dan tarikh - contoh: MIZZNINA  KEK CONTINENTAL 19 MEI

3. Sila simpan bukti pembayaran.
4. Sila bawa bekas masing-masing

KELAS: 4 JENIS BROWNIES PREMIUM
               Crunchy Salted Caramel, Marbled Cheese, Vanila Fluffy n Fudgy Brownie

TARIKH: SABTU 26 MEI 2012
MASA: 11 PAGI 5 PETANG
YURAN: 180
DEPOSIT: RM80
TARIKH AKHIR BAYAR DEPOSIT: JUMAAT 25 MEI



Cara nak join class:
1. Bank in deposit ke dalam akuan BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195
2. Pas bank in sms nama dan nama kelas dan tarikh - contoh: ELLA, BROWNIES 19 MEI

3. Sila simpan bukti pembayaran.
4. Sila bawa bekas masing-masing

Kelas DIY Mika Mousse n 3 kek continental ngan Hanim

Asskm dan alooo untuk semua .... Student DIY hari ni Hanim sepatutnya datang kelas Rabu minggu lepas. Tapi dia terpaksa cancel last minute. Sian. Dah bagusnya ambik cuti, tup-tup dipanggil balik ke office. Orang yang patutnya cover dia pada hari cuti tu keta rosak plak. Nak dijadikan dramatik, nak tak nak Hanim kena gak gi pejabat ngan jeans n baju santai dia tu sebab hari tu kena buat presentation.


``Tensionnya saya masa tu kakkkkk...saya memang tunggu kelas kak ni. Dah book sejak bulan 10 thn lepas.... saya siap nangis kat mama - tension punya pasal...,'' heheheh..sian Hanim. Tapi sib  baik ada rezeki Hanim boleh ganti class hari ni. Patutnya Najah dari Perlis yang datang. Tapi terpaksa  cansel sebab husband gi outstation di Jakarta. So tak da orang jaga anak.


Nampaknya minggu ni minggu cansel. Hari ni punya class (7 Mac)  pun cancel. Last minute baru bagi tau....aiiyyaaaaaaaaa... Kalau tau awal, saya boleh open pada sapa-sapa yang berminat. Nampaknya hari ni saya terpaksa mengubat hati lara sebab class cansel. Caranya untuk ubat hari lara ni ialahhhhh....sat gi saya nak gi lepak kat MID VALLEYYYYY....ahakssss yyyyeaaaaaaaaaaaaaaaaaayyyyyy!!!!


Ok, jom tengok gambar class semalam. Hanim belajar package Mika Mousse, Opera, Carrot Walnut n Russian Black n White. Sapa yang nak order kek-kek n mousse ni boleh cari Hanim - 013 640 2387.









Tq Hanim n jumpa lagi bulan Mei ni...kita maraton 8 kek....