Mar 11, 2012

Koleksi Kek Butter Marble

Asskm dan alooo untuk semua....Ni saya persembahkan (cheyywwwwaaahh...) koleksi kek butter Marble. Sangat sesuai untuk mereka yang tak suka makan kek berkrim. Kelasnya lambat lagi...insyallah bulan Jun.

Pada yang berminat, sila lah, sila...sesuai untuk buat n wak balik masa raya kat mak mertua, pak mertua, mak long, mak teh, mak su dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya. Sebab dia orang ni kebanyakkan suka ngan kek-kek kosong macam ni. Selain tu untuk buat bizz menarik gak. Cara buat senang.

Ok, jangan salah faham, kek ni bukan satu adunan sama yang cuma beza colour. Tapi kempat-empat kek ni menggunakan bahan unik yang berbeza yang akan membezakan rasanya. Lebih penting lagi keempat-empat kek ni mempunyai tekstur yang moist. Padat tapi gebu sesuai ngan sifatnya sebagai kek butter. (bukan bersifat sponge atau ringan). Dipendekkan dan dimudahkan crita...sedap ...hehehe