Mar 4, 2011

DIY ngan orang kampung saya.....Najah

Salam dan aloooo untuk semua...best betoi hari ni. Buleh cakap Kedah kaw-kaw....daripada pukoi 8.30 pagi tadi sampai la pukoi 8 malam tadi....hehehhe. Sebabnya - Najah (www.najahbakery.com) dari Arau, Perlih... mai ambik kelas DIY ngan saya....Masa saya pi ambik dia kat Terminal One pagi tadi pun kami dah start cakap `ulaq ayaq melengkaq ataih pagaq..,''' ahakssss...best gila....Walaupun saya tak brapa nak tau area Arau n rumah Najah kat mana, tapi kami dua tau kat mana nak makan best kat Perlih tu. Kat mana makan nasik kampung kaw, kat mana nak pekena laksa perlih best n kat mana kedai kek kat Perlih yang selalu kena serbu ngan majlis bandaran sebab kotoq n uli roti ngan kuku panjang...(yakkkssssss....). Tapi besa laaaa..tutup sat, bukak balik....kannnn...Najah...eeeiiii...kita jangan p beli kek kat kedai tu lagi no. Nanti kalau Kak Ina balik Perlih n terasa nak makan kek, Kak Ina order kat Najah la senang kan...dijamin bersih dan halalllll....

Hari ni Najah buat keja `gila'. Dalam emel kat saya mula-mula Najah kata nak blajaq 6 kek saja - Opera, German Blackforest, Chocolatate Indulgence dan tiga jenis cheesecake - Nobaked Oreo Cheesecake, Marble Cheese cake n Double Chocolate Cheesecake.

Pastu memandangkan kami habih keja awai, Najah tambah lagi satu kek - Redvelvet, Creampuff n Eclairs dan Vanila Cupcake. Kelam kelibut gak sebab .Najah nak kena rush ambik komuter ke KL sebab husband dia tunggu kat sana. Depa nak naik bas balik Perlih dari KL. Siap buat semua kek n pastry tu awai gak - dalam pukui 6. Tapi keja-keja memotong n mempacking yang lambat sket. Sebabnya Najah kena potong semua kek dia kecik-kecik untuk dimasukkan dalam plastic container.

Terror budak ni - dia berjaya mempackkan semua 7 kek , 54 bijik cupcake dan cream puff n eclairs dalam plastic container yang diisi dalam 3  plastik besaq. Daripada 7 tu, dua bijik kek - Chocolate Indulgence n German Black Forest dia tak potong...wak balik dalam kotak sebijik-sebijjik macam tu....fuhhhh.....tabik spring betoi kat budak ni...
Najah ngan semua 7 biji kek, cupcake, eclairs n creampuff yang berjaya dipack dalam 3 beg plastik besaq. Bersiap sedia nak gi naik komuter n jumpa husband dia kat KL Central. Dari KL Central nak p ke Terminal Bandar Tasik Selatan plak untuk ambik bas balik Arau, Perlih......fuhhhh...ketabahanmu kusanjungi ...ahakssss
Kita doakan Najah selamat sampai Arau bersama-sama kek-keksss dia. Kek-keks pun insyallah selamat sampai gakkkk.Aminnnnnn.....

Ok, ni gambar-gambar kek n pastry yang Najah buat semasa seharian kat bakery saya hari ni....

Depan tu Marble Cheese Cake n blakang plak Double Chocoalate Cheesecake

Cream puff  - saja gatai-gatai tangan drizzle ngan coklat


Eclairs

Ni creampuff ngan rupa original

Lagi gambar marble cheesecake n double chocolate cheesecake

Double Chocolate cheesecake

Cupcake Vanila yang Najah teringin nak blajaq sebab sebelum ni dok buat cupcake chocolate sajaaa...

Red Velvet


No baked Oreo Cheesecake


Opera Najah...

``Issshhh kak, sayangnYAAAAA...nak potong kek ni...tapi kena gak potong. Kalau tak, nak ghembiang wak balik macam mana....- ghembiang tu bermakna menjinjing/membawa

German blackforest n Chocolate Indulgence
Ok, Najah, nanti bulan 6 Kak Ina nak balik Perlih....kita jumpa noooo...Kita p pekena laksa Kuala Perlih n satu lagi, nak p blajaq figurine ngan Najah. Cantek-cantek sangat tengok figurines Najahhhhh...comei n geram tengoookkk....


Ni sms Najah kat saya:
  Salam kak ina, alhmdulillah saya dan kek selamat sampai kerumah dlm keadaan baik skali. wlwpun mcm kartun bwk beg plastik besar2 mcm santa clause aje, tp puas hati n best sesangat. kek n creampuff sedap giler. mekasih byk2 kak ina. till we meet again ya!

Ok. Najah, alhamdulillah Najah n kek selamat sampai. Ok...jangan terus jadi kartun aaaa....bertukar segera jadi manusia biasa....thinggggg...ahakssss