Mar 22, 2011

Fizah dari Papar, Sabah datang lagiiiiiiii.........

Salam dan alooo untuk semua....terharu saya sebab Fizah sudi datang belajar lagi ngan saya. Bukan dekat, nun....dari Papar, Sabah.....Tengkiu dik sebab bagi kepercayaan kat akak....Kali ni Fizah blajar German Blackforest, Blackforest Cheesecake, Snowy Peach, Strawberry Mousse, Fresh Fruit Slice Cake n Cream Puff n Eclairs.

Memandangkan list yang Fizah nak blajar tu agak banyak dan pelbagai, saya suruh dia datang awal. Kami start pukul 9 pagi. Fiza ni, macam lipas kudung buat keja.Dah tu dia ni memang masa buat keja tak suka bercakap. Sepatah ditanya sepatah dijawab. Tekun  betul. Selesai keja baru dia cakap. Yang lawak antara benda yang Fizah cakap...``akak niiii...tension saya. Lepas jer kelas saya, akak masukkan gambar mengancam kat blog - yang paling tak tahan Mousse tu...geram saya. Saya terus tengok tiket kapal terbang yang murah...terus booking...tak peduli saya...saya nak blajar gak,''....hehhehe...dik...akak tidak bersalah dik...akak tidak berniat  nak buat Fizah geram...ahaksssss...

Tapi memang Fizah ni macam lepas geram. Apa taknya, mula-mula dia sms saya dia nak blajar 2 kek saja. Masa tu tinggal date 22 Mac jer yang belum ada orang. Dia terus sms saya, tanya kosong ker dak. Bila saya cakap kosong, dia terus cakap dia nak n akan bank in deposit.....hehehhehe lawak budak ni.

Last week plak, dia emel saya tanya quotation untuk tambahan lagi 4 benda nak blajar....fizah, fizah.....hehehhe.....

Ok, jom layan gambar sekitar kelas DIY Fizah hari ni...saya suka Mousse yang Fizah buat...colourful n sweet...

Fresh fruit slice cake

Tengah pulun buat strawberry mika mousse




Antara Strawbery Mika Mousse yang Fizah buat


German Black Forest
German Blackforest (gambar ehsan Fizah)

Snowy Peach Custard (Gambar ehsan Fizah)
Blackforest Cheesecake (gambar ehsan Fizah)




Eclairs

Creampuff


Tengah `mengotakkan' semua hasil untuk dibawa balik

Fizah tersenyum simpul sebab semua keja dah selesai.....Fizah selesai semua keja dia pukul 4.30 ptg. Cepat kan......?

Untuk Fizah...semoga berjaya ngan projek bizz yeaaa....aminnnn...

Ni emel Fizah
Sorry kak lmbt nak bagi gambar yg x cantikkk nie...yg penting kek mmg
sedap yum3x..
insyAllah jumpa lg ya Kak..heheeee

Wlcm dik....nanti datang lagi yeaaa...banyak lagi kek-kek baru ni...ahaksss