Nov 4, 2012

Kelas DIY Pastry Pedas ngan Kak Asmah n Kak Yati

Asskm dan alooo untuk semua...Tak dan nak update gambaq kelas last friday...sorry. Jumaat lepas, dua beradik - Kak Asmah n Kak Yati datang lagi. Dua-dua beradik ni boleh dikatakan loyal student saya. Rasanya ni dah masuk kali ke 5 kot..(errr..betoi ker kak...?) Dua-dua beradik yang tinggal sebelah menyebelah ni memang suka masak. Hobi masa lapang. Rajin buat untuk makan anak-anak n sedara mara...Ada jer peluang n date DIY baru mesti depa dua ni chop dulu...

Dah penat makan manis-manis, kali ni Kak Asmah n Kak Yati blajar buat pastry pedas plak...Murtabak Cream Cracker, Chicken Pie, Quiche dan Roti Gulung Papa Malatop...

Murtabak Cream Crackers - sebelum dicilisos dan dimayonese kan

Chicken Pie (short crust pastry) in the making


Murtabak Cream Cracker ngan bawang jeruk...



Roti gulung


Chicken Pie

Quiche

Untuk Kak Asmah n Kak Yati...tqvm...ada rezeki kita jumpa lagi Januari depan...insyallah....