May 25, 2013

DIY sepanjang minggu ni

Asskum dan alooo untuk semua...

Minggu ni ada 3 kelas DIY - Selasa, Rabu dah Khamis. Jumaat public holiday saya buat kelas demo.

Kelas DIY minggu ni dirasmian oleh Kak Ros dari Melaka. Kak Ros ni dah jadi antara `artis resident' hehehhe....kat tempat saya. Bleh dikatakan hampir setiap minggu dia join kelas demo saya.

Tapi kata Kak Ros...dulu masa mula-mula nak mintak izin dari suami untuk datang ke Seremban ni, susah gak. Husband tak berapa berani nak lepas Kak Ros sorang-sorang...hehhheeh..Tapi alhamdulilah pas Kak Ros bawak balik hasil yang dia belajar dengan saya, husband Kak Ros tak soal banyak lagi.

``Sekarang ni, bila bukak blog Ina, dia plak yang tanya, ni bila nak belajar,'' kata Kak Ros. Hehehehe..Alhamdulillah. Sebenarnya kes-kes macam kak Ros ni dah biasa. Mula-mula bila bagi tau nak datang belajar ngan saya di Seremban, husband masing-masing merungut...jauh katanya. Biasa laaa Cik Abang sayang...hehehe. Tapi bila dah bawak balik hasil yang dia orang belajar, husband plak encourage soh datang belajar lagi. Alhamdulillah sekali lagi. Tq pada semua husband-husband yang sporting bagi wife-wife dia orang datang belajar.

Ok, berbalik pada Kak Ros... Selasa lepas dia ambik dua package yang agak heavy - Package Sweet Bun dan Package Puff Pastry. Tapi alhamdulillah semua tugasan berjaya disempurnakan awal.









Sorry, gambaq Kak Ros tak ambik...tapi tak pa..nanti dalam kelas maruku, ada gambaq Kak Ros..

Hari Rabu giliran Aishah a.k.a Sha dari Kajang. Sha ni sebenarnya bidan terjun...hehhe Saya silap masukkan nama student DIY untuk hari ni. So, date tu jadi kosong. Nak dijadikan rezeki Sha sms saya nak menyelit mana-mana. Dan juga nak dijadikan rezeki saya, Shah setuju nak masuk kelas DIY 22 Mei tu.

Dia ambik 7 jenis kek semuanya. Red Velvet, Russian Black White, Carrot Walnut, Tiramisu, Blueberry Cheese Cake, Baked Oreo Cheese Cake dan Apple Crumble Cheese Cake

Apple Crumble Cheese Cake

Carrot Walnut

Baked Oreo Cheese Cake

Tiramisu

RV


Sha
Hari Khamis plak turn Kak Fatimah. Dia ambik 3 jenis kek - Chocolate Mascarpone, Carrot Walnut dan RV


Chocolate Mascarpone


Tq untuk semua student DIY sepanjang minggu ni