May 25, 2013

KELAS DEMO KEK EKONOMI KONTINENTAL

Asskum untuk semua....Public holiday Jumaat kelmarin, saya repeat class demo Kek Kontinental Ekonomi. Ada 5 jenis. Semua adalah berasaskan kek sponge saja. Tu pun guna adunan sponge mix. Pelbagai tips dan trick saya tunjukkan pada student macam mana nak glamerkan kek sponge - yang selalu kita refer kepada `kek sponge bodo' (hehehe).

Daripada kek sponge bodo yang bajet rendah ni sebenarnya kita boleh jadikan dia kek yang nampak eksklusif dan boleh dijual dengan rega mahal.

5 kek sponge yang berjaya diglamerkan tu ialah - Musang King Durian Kek, Kek Nangka Mastura Jambu, Magic Chocolate Mousse, Coffee Nut dan Chocolate Orange Tropicana.

Tq untuk kesemua 32 student yang datan hari ni.

Musang King Durian Cake

Coffee Nut

Mastura Jambu

Magic Mousse Choc Cake

Orange Tropicana Chocolate Cake












Sekali lagi... tq untuk semua. Ada rezeki kita jumpa lagi