May 20, 2013

Kelas Nasi Beriani Dham Chef Amer

Asskum untuk semua...Alhamdulillah kelas Nasi Beriani Dham Chef Amer berlangsung dengan jayanya. 23 student hadir. Seperti biasa, kelas Chef Amer tidak pernah mengecewakan. Penuh dengan pelbagai tips dan meriah.

Saya buat khemah kat belakang kedai saya. Dah macam kenduri kawen ganya. Chef Amer ajar beriani kambing, ayam masak merah, dalca tulang, acar mentah dan sudah semestinya nasi beriani Dham. Baru tau, selama ni yang orang dok sebut gam tu..salah sebenarnya. Yang betul ialah Dham - bahasa Pakistan bermaksud marinated (yang diperap).

Hyderabad adalah `ibu nasi beriani'. Nak rasa keenakan nasi beriani sebenar kena p makan kat Hyderabad. Tapi tak pa lah.... makan yang chef buat ni pun dah cukup sedap bagi kami. Saya sangat suka nasi beriani. Berderai, tapi tak kering. Lembut. Makan saja pun dah cukup bagi saya.

Selain penerangan terperinci mengenai teknik dan cara buat nasi beriani yang betul, chef juga dedahkan rahsia di sebalik rempah beriani dia yang power tu. Ni resepi turun temurun keluarga Chef Amer. Seingat saya ada lebih 14 jenis rempah yang dicampur untuk menghasilkan rempah nasi beriani yang power tu.

So, sapa yang nak rasa keaslian nasi beriani, highly recomended p la cari rempah nasi beriani Chef Amer. Dia ada jual rempah tu.

Ok. jom kita tengok hasil kelas Nasi Beriani Dham Chef Amer kelmarin....
















stok daging power

serbuk kari power - menjadi antara ramuan rahsia dalam salam satu daripada masakan  hari tu




air mawar untuk wangikan kambing...hehehe

pengukus khas untuk nasi beriani

























Asistant setia Chef - Jejaka Idaman Malaya 1

Jejaka Idaman Malaya II

Jejaka Idaman Malaya III
Untuk semua, terima kasih daun keladi. Ada rezeki kita jumpa lagi...