Mar 9, 2014

Kelas Demo Sabtu 8 Mac dan Ahad 9 Mac

Asskum semuaaa kelmarin (8 Mac) dan hari ni (9 Mac) saya panggil cikgu dari luar. Sabtu tu kelas cikgu biskut Noor (NHayat) dari Kluang.

Dia ajar 8 jenis biskut dia yang laris. Daripada 8 tu, HipHop Cookies, Zig Zag  Tofee dan Nestar Keju memang tak menang tangan Noor nak buat setiap tahun.

Pelbagai tips-tips penting diperturunkan Noor. Sangat sesuai untuk student-student yang nak start biz. Noor bagi tau tepung mana yang sesuai untuk biskut rangup, tepung mana yang sesuai untuk biskut yang bertekstur gebu macam Nestar Keju.

Selain itu, pelbagai lagi tips penting mcam cara bakar, mcam mana nak simpan adunan kalau nak buat awal, cara packaging dan mcam -macam lagi.

Pendek kata, tak rugi join kelas Noor ni. Sapa yang nak blajar ngan Noor kena lah ke Kluang yea. Dia tak buat lagi di Seremban. Sekali jerrr...


Ni lah cikgu Noor




Tadi (9 Mac) saya jemput Dee dari Kota Bharu untuk ajar cara buat maruku malatop dia. Dee ni kira cikgu pertama yang introduce resepi maruku malatop ni. Pas dia ajar maruku ni, ada anak-anak murid dia yang buat kelas sebelum ni.

Tapi kali ni saya jemput Dee datang sendiri ajar. Alhamdulilah Dee bagi resepi ori yang selama ni dah jadi ibu duit untuk ramai student.

Banyak betul tips-tips penting untuk buat maruku Dee perturunkan. Pengenalan bahan-bahan penting untuk buat maruku, cara membancuh, cara goreng, cara packaging dan banyak lagi tips termasuk cara meletakkan harga. Nak jual dalam bekas berapa rega, nak jual timbang berapa rega. Nak tolak agent brapa plak...

Pantang larang pun ada. Tepung mana elok pakai, minyak mana tak elok guna. Apa yang boleh dan apa yang tak boleh buat masa buat maruku ni pun Dee perturun habis. Puas hati semua student blajar direct ngan Dee hari ni.

Sapa yang nak belajar Maruku ni, kena gi Kota Bharu. Dia tak buat lagi kelas maruku malatop ni kat luar  KB.






 Untuk semua student kelas demo, tqvm yeaaa...Lain kali join lagi..

Labiu
Zalina