Mar 16, 2014

Kelas-kelas sepanjang minggu ni (11 - 16 Mac)

Asskum semuaaa....alhamdulillah minggu ni meriah dengan pelbagai class yang menarik. 3 daripadanya ialah kelas-kelas terbaru - Kelas Tart Mawar oleh Nissa Cookies (14 Mac), modul terbaru saya - Healthy Bread (15 Mac) dan Western Dish oleh Chef Seriwani (16 Mac).

Kita mulakan ngan kelas DIY. Minggu ni dua hari saja ada kelas DIY. Patutnya 3. Tapi seorang peserta terpaksa tarik diri sebab anak dia sakit.

DIY Rabu 12 Mac ngan Kak Bibah. Ni 2nd time Kak Bibah berdiy ngan saya. Kali ni Kak Bibah belajar Package Lava Cheese Cake dan Cream Puff.

Red Velvet Lava Cheese Cake

Pandan Lava Cheese Cake

Tiramisu Lava Cheese Cake

Cream Puff
Jo dari Rasah, Seremban blajar Crunchy Salted Caramel Brownies dan Strawberry Mousse keesokan harinya - 14 Mac. Jo pun 2nd time berDIY ngan saya.

Crunchy Salted Caramel Brownies

Strawberry Bavarian Mousse Cake