Nov 24, 2011

Minggu Portugese Egg Tart....

Asskm dan aloooo untuk semua.... minggu ni macam minggu Portugese Egg Tart plak...start dari Idza, selasa lepas, pas tu semalam group 5 sekawan dari Singapore dan hari ni plak Julia dari Melaka - semua blajar Portugese Egg Tart...mcam berjangkit plak.

Semalam, Salamah (dari Kajang), cousin dari Singapore -  Kak Yam n 3 kawan dia - Kak Asiah, Kak Jo n Kak Ana menerbangkan diri khas dari Singapura ke Seremban ni. Dia orang mintak class special request. Demo untuk Kek Carrot Walnut, Chocolate Mascarpone, Oreo Cheese Cake dan Portugese Egg Tart. Untuk Russian Black n White plak, masing-masing nak DIY. Nak wak balik sorang sebijik kek untuk puas makan.

Alhamdullillah semuanya berjalan lancar. Kecoh n riuh rendah dalam class. Yea laaa...datang ngan geng-geng. Dah tu pas lunch plak, kami semua dapat rezeki rimau. Ada orang bagi durian kampung - durian saka dari Kuala Pilah lagi...Banyak plak tu - 4 biji. Semua isi KAWWW!!!!..So, pas makan nasik, masing-masing bertungkkus lumus mengopek dorian...fuhhhh...best. Tengkiu untuk Maziah - caterer tetap dan berpencen saya yang setiap minggu masa kelas demo, saya order lauk dari dia tu...

Ni gambar-gambar sekitar class semalam
Baru masuk gear 1 - start buat kek

Mencanai pastry untuk Portugese Egg Tart

Melepa untuk Russian Black n White

Dah siap curah ganache - berkilat-kilat bleh buat cermin

Kak Yam (kiri) tengah tolong cousin dia Salamah

Portugese Egg Tart baru kluaq oven


Oreo Cheese Cake

Carrot Walnut


Chocolate Mascarpone

Kak Asiah n geng-geng tengah berusaha keras mengopek dorian last - susah betoi. Tapi betoi la kata orang - durian yang susah bukak isi nya sangat sedapppp....

Durian yang berjaya di kopek setelah berhempas pulasss...

Ok...hari ni, Julia dari Melaka yang sponsor passion fruit (buah marqisa) dalam kelas pavlova kita dua minggu lepas datan gberDIY ngan saya. Dia blajar package sweet bun, cupcake dan hiasan Buttercream dan Portugese Egg Tart. Julia ni memang selalu join kelas demo saya. Kali ni DIY plak sebab nak mendalami ilmu dengan lebih mendalam dan privasi.

Portugese Egg Tart Julia

Himpunan pelbagai jenis bun, cupcake vanila, n cupcake chocolate yang Julia buat hari ni...Julia tension pikiaq sapa nak makan semua neh....

Cupcake bertema Pesta flora dan fauna

Tengah pulun hias cupcake ...terang ati Julia neh...ajaq skali teruih dapat.

Nov 22, 2011

Idza orang kampung den datang laeiii....

Asskm dan alooooo untuk semua....Idza orang Perlih tapi mengajaq di Batu Pahat masa 1st time mai blajaq ngan saya baru pregnant 2 bulan. Masa tu ligat lagi dia buat keja. 2nd time ni dah kandungan dah masuk 5 bulan. Nampak dia mengah sket. Sian. Tapi kuat gak budak ni. Sepanjang pagi buat keja, rileks jerr dia berdiri. Dah petang pas lunch n pas penat mencanai pastry untuk Chicken Pie n Portugese Egg Tart, baru dia duduk. Baru nampak dia letih...siannnn. Mesti senang branak Idza ni sebab dia aktif. Insyallah ya Idza. (ni anak sulung Idza).

Idza saja-saja tambah ilmu. Semua subjek yang dia pilih hari ni memang favourite dia. Selain Portugese Egg Tart n Chicken Pie tu Idza ambik Carrot Walnut With Cream Cheese, Cream Puff n Eclairs dan Bluberry Muffin.

Cream Puff n Eclairs tu, kawan Idza, Kam yang penah blajaq ngan saya la yang recomend. Pas Kam datang blajaq ngan saya hari tu, dia bagi Idza rasa. ``Pas Kam bagi rasa hari tu, saya  cakap tak bleh jadi...kena blajaq gak ngan kak. Cream Puff kak lain. Cream dia sedap sangat.Tak macam yang kita besa makan...,'' kata Idza...(hehhhe.... ni Idza kata aaaa, bukan saya kata....)

Ok, ni gambaq sekitar class hari neh...


Bluebery Muffin

Cream Puff

Chicken Pie

Portugese Egg Tart yang memang favourite Idza - ``Sedapnya kakk....puaih makan,'' (ni Idza kata...bukan saya kata aaa...)

Eclairs

Idza ngan kek evergreen paling popular resepi eksklusif Bzee Bakery  - Carrot Walnut With Cream Cheese. Idza kata sempoi gila buat kek neh...

TQ Idza - Selamat menjadi ibu yea...saya doakan segalanya selamat. Nanti ada peluang kita makan laksa Kola nooooo...hehheh

Nov 21, 2011

PENGUMUMAN


PENGUMUMAN:

Saya dah senaraikan date-date baru untuk kelas DIY bagi bulan APRIL dan MEI tahun depan - sebelah kanan anda scroll ke bawah sekali. Date yang tak nama bermakna masih kosong. Date yang saya tak bagi bermakna saya tak buat class. Pilih date yang disenaraikan saja.

tq
Zalina Yahaya

Sapa nak menyelit...?

Asskm dan aloo untuk semua....Ni saya senaraikan subjek-subjek yang 2 student DIY nak ambik minggu ni - Idza dan Julia. Yang lagi dua tu tak bleh nak selit sebab dia orang ambik maksimum.

IDZA
Tarikh: 22 November (Selasa)
Dia nak blajar:
1. Cream puff n eclairs
2. Chicken Pie
3. Portugese Egg Tart
4. Carrot Walnut With Cream Cheese
5. Blueberry Muffin

Sapa berminat nak selit sila call saya - 019 282 005. Untuk 2 tempat sahaja

JULIA
Tarikh: 24 November (Khamis)
Dia nak blajar:
1. Package Sweet Bun
2. Sandwich Loaf
3. Vanila dan Chocolate Cupacake dan hiasan Buttercream.

Sapa berminat nak selit sila call saya - 019 282 005. Untuk 2 tempat sahaja

Kelas Demo Russian BW, Red Velvet, Snowy Peach n Tiramisu

Asskm dan alooo untuk semua...Sbenaqnya hari Sabtu lepas saya dah hampir-hampir cancel class. Bangun pagi tu dah rasa tak larat sangat. Ingat dah makan panadol malam sebelum tu, pagi dah ok. Rupanya tak brapa ok. Tapi mengenangkan jenuhnya saya nak call sorang-sorang cakap class postpond dan juga mengenangkan wajah Yang Dipertuan Agong (ahaksss)...maka saya gagahkan juga kaki ineh melangkah longlai ke bakery.

Kena kuatkan semangat mengajar yang terbaik pada student. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Cumanya pas jer membahagi-bahagikan kek pada student, saya terus chow...tak sempat lepak-lepak n sembang ngan student mcm selalu. Balik rumah terus rebah. Badan panas sangat. Pas tu husband bawak gi hospital. Kena inject nak bagi turun suhu badan. Alhamdulillah, sekarang dah ok sket. Cuma tekak ni tak baik-baik lagi. Kalau dok demam gak hari ni nak kena p check darah. Doktor takut denggi plak...mintak simpangggg....Insyallah tak kot...

Alhamdulillah, kelas Sabtu lepas berjalan lancar. 33 orang student lama dan baru join kelas hari ni. Sorry, list nama tertinggal kat bakery. Saya ajar kek-kek TERPOPULAR Bzee Bakery Russian Black n White, Red Velvet, Snowy Peach dan Tiramisu.

Ni gambar-gambar class . Tak dan nak ambik banyak-banyak mcm selalu




Snowy Peach

Tiramisu

Russian Black n White

Red Velvet

Add caption

Untuk semua student - tq sebab sudi join kelas saya. Suksess untuk semua

DIY Zue - Kak Long n Kak Chik menyelit

Asskm dan alooo untuk semua....sorry lambat update blog. Kesihatan tak berapa ok. Banyak tidoq. Bukak blog n fb manjer-manjer jerrr...tak dak mood nak mengarang. Alhamdulillah, hari ni ok sket. Jumaat lepas berDIY ngan Zue dari Kuantan, Pahang. Dia peminat tegar benda-benda berkaitan ngan marble. Apa taknya, dia blajar Marble Cheese Cake, Marble Butter Cake n Marble Loaf. Sib baik, kek slice dia tak mintak marble. Dia mintak Strawberry Slice. Satu lagi Zue mintak Kek Pisang.

Pas saya masukkan senarai apa yang Zue nak blajar ni, dua orang Kakak - Kak Long n Kak Chik sms cakap berminat nak menyelit. Tapi jangan salah sangka aaa...depa ni tiada kena mengena langsung. Sorang dari Senawang, Seremban, Kak Long plak dari Shah Alam. Kebetulan plak Kak Long n Kak Chik dia menyelit bersama.

Ok, jom layan gambar sekitar class Jumaat lepas. Saya tak banyak ambil gambar sebab masa tu dah start rasa pening-pening lalat...hehhehe

Toodiaaaa...Kak Chik dengan tersipu-sipu wak keluar Kenwood dia fresh dari kotak. Baru beli, tak penah guna. Berkilat-kilat memancau-mancau. Nak cuba buat semua kek hari ni guna mixer dia yang cute tu....Alhamdulillah...jadi. Cuma kena sabar sket menunggu sebab mixer dia romantik sket..



Dari kiri - Zue, Kak Chik dan Kak Long tengah pulun buat slice cake.

Zue tengah pulun hias strawberry slice. Zue ni tengah buat PHD dalam bidang MATEMATIK....tersedak-sedak saya bila dia bagi tau dia buat PHD dalam Maths...tak bleh imagine macam mana la budak ni blajaq Maths di peringkat PHD. Peringat SPM pun saya dapat 8...tu pun terkejut sebab ingatkan 9..ahakssssssss....


Marble Loaf

Kek Pisang

Marble Cheese Cake. Kak Long n Zue tak nak wak kluar dari aluminium foil sebab kek ni belum betul-betul set lagi...so kena balik sambung boh dalam chiller

Marble Kak Long yang cun

Kak Chik bangga n macam tak caya dia bleh buat kek slice....caya, jangan tak caya Kak Chikk

Untuk Kak Long, Kak Chik dan Zue - tenkiu yea n suksess....

Nov 17, 2011

DIY 17 November - Aima

Assmkm dan alooo untuk semua....Aima dari Subang (ehh...subang kerr shah alam aaaa....den konpiussss) ambik 5 jenis kek untuk kelas DIY hari ni. Snowy Peach, Chocolate Indulgence, Opera, Italian Rainbow dan Blackforest Cheese Cake.

Sian Aima ni, kul 8.30 dah sampai. Kelas pukul 11. So, terpaksa la dia lepak kat kedai sebelah dulu. Saya masa tu baru bertolak ke Bangi - beli stock. Ni kira rutin biasa jadual saya. Kalau nak beli stock, saya akan kluar kul 8.30 pagi dari rumah, sampai Yummie Bangi, kul 9. Terus kluarkan senarai barang pastu soh Rafi tolong angkat. By 10.00 saya dah sampai balik bakery saya. Malas nak gi Yummie tu lewat. parkingnya susah sangat. N kalau p lambat orang akan ramai sampai belaga buntut....hehehhehe. Sapa yang penah p kedai baking ingredients Yummie, mesti tau kan...hehhehe.

Dah banyak kali soh si Cynthia tu buat supermarket jer...senanggg...kan? hehheh

Ok, tak yah mengarut banyak-banyak, jom tengok pilihan kek Aima untuk kelas DIY hari ni..


Snowy Peach yang mengancam jiwa

Orang-orang KL yang nak order kek ni bleh call  Aima 019 610 5739

Italian Rainbow

Chocolate Indulgence

Black Forest Cheesecake

Opera


Aima ngan kek-kek yang dia buat hari neh....

Suksess yea Aima...

Nov 16, 2011

DIY BERKUMPULAN 1 DISEMBER - KHAMIS - CEPAT, CEPAT...ADA 1 TEMPAT SAJA LAGI...

Asskm dan alooo untuk semua....sempena cuti sekolah yang akan bermula 19 November dan bagi mengurangkan masa menunggu kelas DIY (yang saya dah pening sebab kena marah hari-hari ngan student sebab kena lama tunggu..ahaksss) maka saya dengan ini nak mengoffer satu lagi  KELAS DIY BERKUMPULAN pada tarikh berikut:


DIY BERKUMPULAN + SEMI DEMO...

 DAH BAYAR DEPOSIT N CONFIRM HADIR

1. AMAI - 019 3558551
2. NOORAZLYN MD RADZI - 019 5566588
3. RAISHAN
4. ALICE
5. LYDIA - 019 8325576



TARIKH/HARI : 1 DISEMBER 2011 (KHAMIS)

MASA: 10 pagi - 5 ptg

YURAN: RM500

SUBJEK: 

1. PAVLOVA with vanila cream


2. ROYAL CARAMEL

 3. CHOCOLATE MASCARPONE


APA YANG PERLU DIBAWA MASA DATANG KELAS: APRON n duit baki...yang lain saya sediakan.


Kelas DIY berkumpulan kali ni lain sket sebab:

1. Saya akan tunjukkan demo untuk buat pavlova. Tapi saya akan siapkan pavlova disc awal-awal untuk semua student. Kalau nak tunggu semua student buat pavlova, alamatnya balik kul 8 mlm lerrrr...Oven tak cukup.
2. Tapi student akan buat sendiri vanila milk cream tu dan hias sendiri pavlova masing-masing. So setiap orang akan bawak balik satu set pavlova masing-masing...TAK SHARE...cuma tengok dan tolong saya sket-sket masa buat pavlova disc tu...
3. Untuk 2 kek lain tu student akan buat sendiri dan bawak balik kek masing-masing. TAK SHARE 

Sapa yang berminat nak join ikut langkah mudah berikut:

1. Bank in deposit RM250 ke account Maybank BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195 (BILA-BILA MASA MULAI SEKARANG...).
2. Pas bank in deposit sms NAMA dan nyatakan DIY GROUP 1 DISEMBER
3. Tarikh akhir confirmation ialah pada - AHAD, 27 NOVEMBER 2011
4. Minimum penyertaan ialah 4 orang. Bermakna kalau tak cukup 4 orang saya berhak batalkan kelas dan pulangkan deposit pada anda yang dah bayar.
5. Maksimum pelajar - 6 orang.