Nov 21, 2011

DIY Zue - Kak Long n Kak Chik menyelit

Asskm dan alooo untuk semua....sorry lambat update blog. Kesihatan tak berapa ok. Banyak tidoq. Bukak blog n fb manjer-manjer jerrr...tak dak mood nak mengarang. Alhamdulillah, hari ni ok sket. Jumaat lepas berDIY ngan Zue dari Kuantan, Pahang. Dia peminat tegar benda-benda berkaitan ngan marble. Apa taknya, dia blajar Marble Cheese Cake, Marble Butter Cake n Marble Loaf. Sib baik, kek slice dia tak mintak marble. Dia mintak Strawberry Slice. Satu lagi Zue mintak Kek Pisang.

Pas saya masukkan senarai apa yang Zue nak blajar ni, dua orang Kakak - Kak Long n Kak Chik sms cakap berminat nak menyelit. Tapi jangan salah sangka aaa...depa ni tiada kena mengena langsung. Sorang dari Senawang, Seremban, Kak Long plak dari Shah Alam. Kebetulan plak Kak Long n Kak Chik dia menyelit bersama.

Ok, jom layan gambar sekitar class Jumaat lepas. Saya tak banyak ambil gambar sebab masa tu dah start rasa pening-pening lalat...hehhehe

Toodiaaaa...Kak Chik dengan tersipu-sipu wak keluar Kenwood dia fresh dari kotak. Baru beli, tak penah guna. Berkilat-kilat memancau-mancau. Nak cuba buat semua kek hari ni guna mixer dia yang cute tu....Alhamdulillah...jadi. Cuma kena sabar sket menunggu sebab mixer dia romantik sket..



Dari kiri - Zue, Kak Chik dan Kak Long tengah pulun buat slice cake.

Zue tengah pulun hias strawberry slice. Zue ni tengah buat PHD dalam bidang MATEMATIK....tersedak-sedak saya bila dia bagi tau dia buat PHD dalam Maths...tak bleh imagine macam mana la budak ni blajaq Maths di peringkat PHD. Peringat SPM pun saya dapat 8...tu pun terkejut sebab ingatkan 9..ahakssssssss....


Marble Loaf

Kek Pisang

Marble Cheese Cake. Kak Long n Zue tak nak wak kluar dari aluminium foil sebab kek ni belum betul-betul set lagi...so kena balik sambung boh dalam chiller

Marble Kak Long yang cun

Kak Chik bangga n macam tak caya dia bleh buat kek slice....caya, jangan tak caya Kak Chikk

Untuk Kak Long, Kak Chik dan Zue - tenkiu yea n suksess....