May 5, 2009

Private Class Steamed Butter Cream Untuk Aini, Eda n Ita

Kek kawin tiga tingkat 3 mak dara. Yang oren (sorry, tak berapa nampak) tu Eda punya, yang purple tu ita punya n yang putih merah tu, Aini punya.

Ita dengan bersungguh-sungguh siapkan kek kawin dia yang dia kata kaler lavender

Errr...yang ni, Eda. Bukan yang nampak muka tu...(yang tu Aini), tapi yang cuma nampak tangan tu...Ada sapa-sapa yang cam dak Eda ni....hehhe


Ni kek cikgu yang dah pun menjadi milik Aini dalam cabutan bertuah


Tetiba tengahari semalam member kita yang sorang ni, Aini call kata dia nak kelas Steamed Buttercream. Dia akan datang ngan 2 kawan yang lain - Eda n Ita. So, balik daripada hantar makmentua ambik ubat di klinik kat Senawang ptang semalam, kelam kelibut la buatkan 9 bijik kek sponge untuk 3 mak dara ni.

Untuk kelas steamed buttercream saya ni memang saya ajar buat kek kawin 3 tingkat. Saya ajar A - Z n yang penting mestilah cara betul nak buat steamed buttercream tu. Kalau salah memang tak jadikkkk....Selain tu, dalam kelas ni juga saya ajar sampai boleh student-student saya ni buat bunga ros, border-border yang sesuai dan selalu digunakan dalam hiasan kek kawin dan petua-petua penting lain yang kena tahu masa buat steamed buttercream ni.

Seronok tengok perangai masing-masing masa class ni. Eda yang selalu n suka panik. Ttapi dalam panik-panik pun, hasil keja dia memuaskan - kek dia yang kaler oren tu... (tapi eda ni tak nak muka dia masuk blog saya. Dia takut nanti ramai sangat yang nak berkenalan...hehehe...So, memandangkan tuan empunya diri tak bagi kebenaran, saya cuma boleh selitkan gambar tangan, baju dan tudung dia jerr....heheeh, sorry la yea....).

Ita pula, tekun buat keja n tak mudah give-up. Tak cakap banyak. Dia cuma senyum dan gelak jer tengok kepanikan Eda....Kerana ketekunannyalah, Ita dapat nombor satu dalam kelas tadi. Nombor satu sebab dia habis dulu. Tapi jangan salah sangka, walaupun habis awal, hasil kerja Ita pun cantik walapun ni first time hias kek kawin. Kek Ita yang kaler purple tu...tapi Ita kata tu kaler lavender....tak per la Ita, asalkan bahagia.....


Sorang lagi, ketua rombongan, Aini. Dia ni mak dara coooollll... Relaks jerrr masa buat keja. Dia pilih tema kaler putih n merah. Cantik kek Aini ni. Hari ni Aini menang cabutan bertuah sebab dapat kek yang saya buat.


Memang dalam setiap kelas, saya akan buatkan satu kek untuk demo dan hias. Sebelum balik, saya akan buat cabutan betuah hadiahkan kek tu pada student. Kiranya dalam setiap kelas ni saya tak sentuh langsung kek-kek student. Dia orang kena buat sendiri. Belajar sampai dapat cara yang betul nak steamed buttercream tu dan cara nak letak atas kek.


Lepas masing-masing siapkan kek dan letak ketiga-tiga tingkat kek kawin tu depan mata, 3 mak dara ni sepakat tak nak lagi hias kek guna buttercream cara biasa. Cara steamed ni kata dia orang `senang gila'...(tak sure la plak saya sapa yang jadi gila dek sebabkan senangnya hias kek cara stim ni....hehehhe)


Ok, tak nak merapu banyak-banyak lagi...nak tengok Ugly Betty n pastu tu sambung Desprate Housewife kat TV8. Saya memang suka sangat-sangat hari Selasa malam sebab dua-dua crita yang saya minat ni main berturut-turut....


So, sapa-sapa yang nak private class ngan saya (cuma weekdays sahaja), boleh cari geng-geng - tiga orang satu kelas. Saya tak nak ramai-ramai. Nanti tak boleh fokus n ajar betul-betul. Saya nak lepas balik tu, student dah boleh buat bisnes...yea laa, alang-alang dah bayar RM250 mesti kena dapatkan balik modal, yea tak....

Ok, gud nite....