May 1, 2009

Kek Mousse & Kek Icecream

Yang kat depan colour hijau tu, Kiwi Mousse, kat belakang dia yang colour gelap tu, chocolate Mousse.


Ni blackforest icecream cake. Hiasan coklat yang bulat-bulat tu la yang saya ajar buat kat kelas hari ni.



Ramai yang joint kelas sempena cuti hari buruh hari ni. Hari ni dia orang belajar dua jenis kek mousse - coklat n kiwi dan satu lagi blackforest icecream cake.


Kek Mousse tu saya tunjukkan dua cara - satu yang susah (kira jalan panjang laaaa...) n satu lagi cara shorcut - pakai mousse powder. Kek Mousse ni rasa lebih kurang macam kek ice cream gak, tapi lebih mild /ringan sket berbanding kek icecream.

Dan seperti yang diduga, lepas kelas, student-student ni berebut-rebut nak beli serbuk mousse yang cuma tinggal lagi lima paket tu ...(hmmmph, nampaknya penat saja la saya ajar cara betul buat mousse...hehheeh). Tapi tak pa, zaman la ni, orang memang suka cari shortcut saja kan....?
Yang ketiga, ice cream cake - blackforest ice cream cake. Memang rich gila kek ni. Untuk buat kek ni, saya pakai aiskrim vanila 1 liter. Pakai hampir semua. Kat luar plak, salut dengan whipping cream. Memang kek ni tersangat la sesuai untuk mereka-mereka yang ingin menjaga kolestrol atau berat badan...heheheh - sesuai sungguh.
Selain buat kek mousse n icecream ni, saya juga ajar cara mudah nak buat hiasan guna coklat... alah, macam yang selalu kita tengok kat bakery-bakery tu, yang coklat cucuk-cucuk tu la....Kira, tak rugi la masuk klas hari ni. Banyak ilmu dan petua yang saya perturunkan.
Sapa yang teringin nak order pun bleh. Harga untuk kek Mousse n Icecream Cake - RM30 untuk 1/2 kg n RM50 untuk 1 kg.