Cupcakes untuk majlis aqiqah Fariz
cupcakes yang disapu ngan steamed buttercream nampak lebih licin, kilat dan kemas
Kek chocolate indulgence untuk reunion esok. Saya buatkan kesan timbul untuk dua badge.
Salam dan alooo untuk semua...
Esok adalah hari yang paling saya tunggu-tunggu. Hari gathering/reunion ex-student Sekolah Menengah Father Barre's Convent (SMFBC) Sungai Petani, Kedah. Kami akan jumpa di kopitiam husband saya - Bugis Street, Pandan Indah, KL.
Kira esok hari bersejarah gak la...kami dah 22 tahun tak jumpa. Lepas habih SPM tahun 1987 tu, semua dengan haluan masing-masing. Ada la sorang dua yang sama-sama ngan saya ke tingkatan 6 n pastu tu ke USM. Tapi boleh dikatakan 80 peratus yang akan saya jumpa esok adalah mereka-mereka yang saya dah tak jumpa 22 tahun lepas....mesti syahdu punya...Saya memang tak boleh lupa zaman sekolah ni...saya kat sekolah tu sejak darjah 4 (umur 10 tahun) sampai form five ( umur 17 tahu. Kiranya tujuh tahun semuanya merasa pengalaman pahit manis belajar, membesar dan menjadi manusia...Memang saya tak akan lupa selama-lamanya pengalaman di SMFBC ni.
So, sempena perjumpaan bersejarah ni, saya buatkan kek chocolate indulgence yang ada logo sekolah dan lirik lagu sekolah yang kami kena nyanyi setiap minggu selama 7 tahun kat SMFBC. Ni kek surprise...kawan-kawan yang nak datang tak tau saya buatkan kek ni...
O.k lepas gathering esok, saya kena rush ke rumah cousin suami di Kampung Datuk Harun - Ija. Ada kenduri aqiqah anak Ija - Adam Fariz. Saya buatkan cupcake special untuk kenduri Adam Fariz ni...cupcake blueberry. Luarnya saya hiaskan dengan steamed buttercream. Cupcake yang dihias dengan steamed buttercream ni lebih cantik dan berkilat. Tapi bagi saya yang penting skali cupcake yang dihias cara macam ni tak comot krimnya. Sebab krim-krim tu dah beku...so, tak yah risau la nak angkat letak....