Jun 7, 2009

Kelas Muffin & Kek Butter

Lima jenis muffin yang diajar hari ni - banana poppyseed (depan kiri), bl ueberry (kanan), chocolate (yang itam tu), strawberry yang pink dan carrot walnut (sebelah kanan pink tu)

Sebahagian student dok lepak tunggu muffin srawberry yang last masak - (free resepi). Sambil-sambil tu dia orang dihiburkan dengan persembahan Aqasha (yang panggil blueberry - buluberry... heheheh)


Ni kek butter susu marble corak lain sket


Yang ni pulak kek pelangi dengan colour baru...saya guna colour coklat, kuning telur, hijau, pink dan biru....



Salam dan alooo untuk semua... Atas permintaan student-student baru, hari ni saya buat kelas muffin sekali lagi - blueberry (anak Eda, Aqasha, 4 tahun panggil `buluberry,' - bulu pun bulu la Aqasha....hehehhe), chocolate chips, banana poppy seed dan carrot walnut. Saya bagi free resepi doh asas muffin yang boleh dipelbagaikan dengan pelbagai rasa dan filling.
Ramai yang tanya apa beza muffin dan muffin ni. Sebenarnya tak banyak beza sangat. Dolu-dolu (dulu-dulu laa....) memang ketara gak antara kedua-dua ni terutamanya dari segi teknik pembuatannya. Kalau sapa-sapa yang ambik jurusan sains rumah tangga, mesti ingat kalau nak buat muffin ni cara dia mudah saja - campurkan bahan-bahan kering (contoh tepung, baking powder, raisin, kekacang dsbny), pastu tuang jer bahan basah/cecair (cth: susu, telur, esen vanila dsbnya). Pastu kacau sekejap, masuk dalam tin muffin, bakar...macam buat cokodok saja kan....?


Tapi, muffin guna teknik ni sekarang kurang digemari lagi. Tapi di negeri omputih, dia orang masih banyak guna teknik ni. Muffin adalah antara makanan yang tergolong dalam kategori quick bread. Ni teknik tradisional la... Tapi muffin guna teknik trasdisional ni sedap makan masa panas-panas saja. Kalau simpan dan makan dua tiga hari lepas tu muffin ni dah tak lembut dan gebu...


So, sebab tu kalau nak tekstur yang gebu, lebih halus serta tahan lama, kita kena guna cake like method atau creaming method. Teknik ni kira sama macam kita buat kek. Pukul butter n gula sampai kembang, pastu masuk telur satu persatu, tepung dan cecair.


Dalam kelas hari ni, saya ajar kedua-dua teknik - muffin method dan creaming method. Banana n poppy seed muffin, carrot walnut dan satu resepi percuma (strawberry filling muffin) saya guna muffin method. Yang lagi dua - blueberry dan chocolatechips saya guna creaming method.



O.k lah, alang-alang dah menulis, ni saya perturunkan sedikit ilmu saya yang tak seberapa ni mengenai perbezaan antara muffin dan cupcake untuk pengetahuan pembaca dan student-student yang tak hadir:
i. Muffin selalunya mempunyai campuran bahan-bahan lain seperti buah-buahan/kekacang atau bijirin manakala cupcake selalunya kosong dan akan dihias dengan pelbagai jenis krim.
ii. Ada dua cara membuat muffin iaitu sama ada:
a. muffin method - Cuma campurkan bahan basah dan tuang kedalam bahan kering. Jangan kacau terlalu lama kerana muffin akan menjadi keras dan liat. Sekadar basah dan bersatu sahaja. Muffin jenis ini enak dimakan panas-panas kerana bila sejuk, ia tak begitu enak dimakan.
b. Cake-like method- cara sama seperti membuat kek. Tekstur muffin cara ini lebih halus dan muffin akan menjadi lebih lembut dan gebu berbanding cara muffin method. Boleh disimpan dalam bekas kedap udara selama dua hingga tiga hari.
iii. Cupcake pula dibuat daripada adunan kek butter atau sponge.Perbezaan yang nyata antara mufin dan cupcake ialah dari segi rupabentuknya. Mufin sering menggunakan acuan lebih tinggi dan puncaknya bulat dan menonjol dan kadangkala merekah di permukaannya. Itu sebabnya mufin tidak dihias manakala kek cawan lebih rata permukaannya dan memudahkan ia dihiasi dengan pelbagai aising.


Sementara tu, kelmarin, hari Sabtu, seperti yang diwar-warkan, saya buat kelas kek butter. Ada lima jenis semuanya - butter asas, butter susu marble, butter pelangi, butter orange dan butter kurma. Gambar-gambar kek sama kecuali kek pelangi tu saya guna colour lain sket. Kek butter susu marble pula saya guna corak lain - tak sama dengan corak kulit lembu yang bertompok-tompok macam saya tunjuk sebelum ni. Saya cuma sempat snap gambar kek pelangi saja. Gambar lain saya mintak student - Eda emelkan... Tq Eda...