Jun 29, 2009

SPECIAL REQUEST CLASS



Anda tidak perlu menjadi pro untuk menghasilkan kek yang licin dan kemas macam ni....anda hanya perlu belajar teknik steamed buttercream yang mudah dan gerenti menjadi....so, jom joint kelas saya Jumaat ni. Saya akan ajar sampai dapat....

Portugese egg tart

Sardine Puff

Salam dan aloo untuk semua....Untuk bulan Julai ni, saya tak masukkan jadual kelas macam biasa sebab saya takut nanti banyak yang terpaksa cancel last minute...Sebabnya saya dah mula sket-sket dengan projek hamper raya. Takut-takut nanti tak terkejar plak...Tapi sambil-sambil tu kalau saya confirm tak ada apa-apa saya akan cuba buat kelas special request pada hari-hari biasa. Saya akan sentiasa maklumkan melalui SMS dan blog saya mengenai kelas-kelas special request ni. Kalau ada yang berminat, bleh sms atau emel saya terus.
O.k untuk minggu ni, ada 2 special request class:
i. Kelas hands on (praktikal atau buat sendiri sepenuhnya) puff pastry.
ii. Menghias kek kahwin 3 tingkat menggunakan teknik steamed buttercream

i. KELAS HANDS ON PUFF PASTRY - SARDINE PUFF, CHICKEN PIE DAN PORTUGESE EGG TART
TARIKH: 1 JULAI, RABU
MASA: 10 pagi
YURAN: RM80
Kandungan kelas:
. Cara menghasilkan pastri yang cantik dan berlapis-lapis (setiap pelajar akan buat sendiri bermula daripada mengadun doh, melipat dan membuat ketiga-tiga jenis puff pastry)
. Cara membuat inti (untuk sardine puff, chicken pie dan portugese egg tart) yang sedap dan sesuai untuk jualan dan juga makan dirumah
. Cara membentuk pastry untuk portugese egg tart
. Pelbagai petua penting untuk menghasilkan puff pastry yang rangup dan berlapis
Nota: Setiap pelajar akan membawa balik semua hasil yang dibuat.
Kepada yang nak hadir, sila confirmkan kehadiran. Kalau yang hadir kelas, sila bawa apron, kain lap, pencanai dan container yang besar...(sebab hasil yang nak bawak balik banyak....betulll....talak tipu punya...hehhehe)
ii. KELAS MENGHIAS KEK KAHWIN GUNA TEKNIK STEAMED BUTTERCREAM
TARIKH: 3 JULAI, JUMAAT
MASA: 11 PAGI
YURAN: RM250
Kandungan kelas:
. Belajar cara terkini hias kek dengan cara mudah dan gerenti menjadi. Walaupun tak ada asas, anda gerenti boleh menghasilkan kek yang cantik dan nampak macam profesional lepas belajar teknik steamed buttercream.
. Saya akan ajar anda buat bunga rose daripada buttercream sampai dapat.
. Belajar buat pelbagai jenis border yang cantik hanya daripada satu jenis nozle
. Resepi dan cara buat buttercream yang sesuai untuk sapuan dan juga untuk membuat bunga.
. Dan pelbagai tips-tips menarik lain...
. Sila confirmkan kehadiran anda. Kalau nak joint kelas, sila bawa apron, kain lap, turn table. Saya akan sediakan bahan-bahan lain seperti kek (3 biji untuk setiap orang), cake board, cake stand, wafer cone dan lain-lain yang berkaitan...