Pas kelas puff pastry, saya buat kelas asas hias cupcake. Lima orang joint - Arina, Noorazreen, Kak Yati, Kak Masrumi dan Muizza joint kelas hands on ni. Saya ajar buat 2 jenis cupcake - chocolate dan vanila. Pastu ajar cara nak buat buttercream untuk sapu atas kek dan buttercream untuk buat bunga, daun dan hiasan-hiasan atas cupcake.
Selain tu, banyak petua-petua saya perturunkan untuk semasa buat cupcake - macam mana nak dapatkan cupcake yang cantik, macam mana nak work smart kalau dapat order cupcake yang banyak, advice deri segi rega dan macam-macam lagi.
Peserta didedahkan dengan pelbagai teknik hiasan. Setiap peserta bawak balik 16 biji cupcake yang dia orang hias...
Tadi plak, saya buat kelas asas cheese cake. Dua jenis - marble dan blueberry (baked) dan peach cheesecake (chilled). Tujuh orang joint kelas ni - Kak Masrumi, Kak Hasramah, Rozana, Izatti, Kamariah, Norizan dan Faridah. Ni kira last kelas saya untuk tahun ni. Kelas berkumpulan. Saya ada satu lagi kelas 21 dan 22 ni. Kelas DIY. Pastu kalau tak dak apa-apa nak buat kerja `pembersihan' sat. Nak clear-clearkan apa yang patut, buat perancangan tahun depan, plan kelas-kelas baru, hantar beberapa proposal dan sebagainya. Insyallah pertengahan Januari saya start kelas balik.
Ok, kita layan gambar-gambar kelas cheesecake tadi. Gambar cheesecake saja. Lupa nak snap gambaq peserta....sorry...hehehe
Marble cheesecake
Blueberry cheesecake
Peach cheesecake