Dec 25, 2010

Step by step kek padang bola....

Salam dan alooo untuk semua...sempena final bola piala Suzuki AFF 2010 Ahad ni, saya nak kongsi cara sempoi n mudah buat kek padang bola. Dengan tersiarnya artikel step by step ni, maka  tersangat besarlah harapan saya supaya Malaysia boleh kalahkan Indonesia....hehehhee...

Sajer jer...lewat petang tadi, saya siapkan kek Liza untuk 3 hero dia - kongsi birthday ni. Nama pun hero...dia orang nak kek padang bola. Kebetulan mood  baik sket dan keadaan kedai pun agak tenang n sejuk sebab mendung (hehhe), maka saya pun menyenep (snap lerrrr...) gambar-gambar yang patut untuk tunjuk kat sapa-sapa yang berminat untuk buat sendiri. Sonang jerr buat kek ni sebab u all tak perlu kemahiran menyapu krim yang cantik. Ni kira kek main picit krim jerrr.

Ok, mola-mola kena la bakaq kek dulu. Liza nak sponge chocolate saja. Untuk kek 2 kg ni saya pakai 1 kg punya sponge mix. Saya guna loyang 10 x 10. Guna 4. Setiap satu loyang saya timbang lebih kurang 600 gm adunan. So, pas bakar,  ni lah hasilnya:

kek sponge chocolate
Pas sejuk, dengan menggunakan kemahiran idup yang ada (hehhehe...), kita potong dan lapis kek ni untuk dimuatkan atas cake board bersaiz 16 X 16 inch.Tak kira la potong macam mana pun. Asalkan berbentuk 4 segi dan tak banyak  yang kita kena buang - macam gambar kat bawah ni. tengah-tengah tu lapis ngan buttercream.
Langkah seterusnya ialah sapu nipis krim kat sekeliling kek. Lupa plak...sebelum start melapis tu, kena lah buat krim dulu macam ni .....
Yang ni tak yah boh colour apa, biar putih. Sebahagian lagi boh colour hijau sebab kita nak buat rumput. Kalau nak dapat hijau yang cantik, kena campur biru + kuning + coklat.Kalau pakai colour terus dari botol tu, colour dia tak cantik...
Ni colour ijau yang saya buat hasil campuran kuning, biru dan coklat. Kalau nak hijau lagi gelap, tambah la colour coklat


Ok, ok...pas kita dah potong n adjust mana patut tu, macam mana saya sebut kat atas, kita sapu krim sekeliling kek. Tak yah tension-tension nak sapu bagi cantik, berkilat atau licin. Ni kira sapu nipis tak bagi nampak kek jerrr - macam ni: Satu lagi sebab tak nak bagi abuk-abuk kek tu terkeluar. Tak chantekkkk...


Langkah seterusnya ialah memicit `rumput' atas kek ni. Untuk buat rumput kita perlukan nozel macam ni:
Rupa nozel bentuk rumput ni dia orang kata macam acuan buat cendol...yea kerrr..? Ntah, saya tak penah buat cendol, so saya tak tau. Kalau tak sure, masa gi beli kat kedai yang jual baking ingredients tu, tanya jerr kat dia orang mana nozel untuk buat rumput. Yang plastik tu plak ialah piping beg. Nak boh krim.
Pastu, isilah krim ijau dalam piping beg yang ada nozel rumput - macam ni:


Pastu, apa lagi, paip jer lah atas kek yang kita dah sapu krim nipis tadi tu sampai penuh. Cara nak paip - picit kat kek, pas tu sentap ke atas...(errrr....paham tak...). Kalau masuk kelas deco saya, saya akan ajar semua ni (hehhehe...harap maap, iklan sebentar...)
Paip saja sampai habih tutup semua kek, termasuk kat tepi-tepi. Senang kan....? hehehhe memang keja senang. Tak yah nak tension-tension sapu cream kat kek...So, bila dah siap boh rumput, rupanya macam ni:

Kek yang dah penuh ngan rumput
Pas dah settle tu, apa lagi, cari jer lah set patung orang main bola macam ni:
Set ni siap ngan tiang gol n enam pemain bola tengah beraksi. Team mana saya tak tau....Bleh beli kat kedai yang jual barang-barang kek, bukan kedai basikal yea...ahakssss...
Pastu, apa lagi, keluarkan patung-patung tu dari plastik, letakkan jer lah kat mana-mana tempat yang kita suka.So, siappppp......Kalau rajin nak hias lagi, hias lah ngan garisan-garisan yang selalu ada kat padang bola tu.

Maap lah yea...rumput padang bola ni panjang sangat sampai tak berapa nampak players dia... Majlis Bandaran tak buat keja ni...heeheh

Sekian, selamat menonton final piala Suzuki AFF Ahad ni....(errrrrr...kenapa nama piala ni Suzuki aaaa? Kenapa tak Honda ker, Toyota kerrr...hehehe...nak kena cari kat wikileaks...eh silap...wikipedia - ahaksss...)