Dec 22, 2010

KELAS DIY ngan cikgu Leaoven....

Salam dan alooo untuk semua....Lea dari  www.leaoven.com sms saya lama dah kata dia nak kelas DIY ngan saya. Kalau tak silap masa tu minggu pertama cuti sekolah. Masa dia call tu, tengah bergumbira ngan anak-anak sedara kat funfair di Senawang. Saya tak berapa nak dengar masa tu....biasalah kat funfair. Bising. So, saya suruh dia emel jer apa dia nak belajar.

Beberapa hari pas tu baru saya bukak emel sebab sibuk ke hulu ke hilir ngan anak-anak sedara. Saya tengok senarai Lea...mak aiii....macam lepas geram jer si Lea ni nak belajar kek...hehehe. Lea yang sebelum ni penah belajar steamed buttercream ngan saya kata, dia nak blajar:

i. Chocolate indulgence
ii. American chocolate
iii. German Blackforest
iv. No bake Oreo Cheese Cake
v. Opera cake
vi. Rainbow cake
vii. Cream puff
viii. Cupcake bouquet

HARGA UNTUK PAKEJ NI - RM1,380
(Harga berbeza mengikut jenis kek dan bilangan kek yang anda belajar)

Tapi kalau ada yang berminat, tak semestinya ikut pakej ni. Bleh pilih apa saja kek yang u all suka. Rujuk kat sebelah kanan. Click kat KELAS DIY. Kat situ ada details kek/kelas yang boleh pilih. Just emel kat saya - bzeebakery@gmail.com jenis-jenis kek yang nak belajar dan tarikh nak datang bila (weekday sahaja  - isnin - jumaat) . Saya tak buat kelas DIY masa weekend. Weekend untuk kelas biasa - kelas ramai) . Saya akan bagi tau harga. Kalau setuju, bayar deposit separuh daripada harga kelas.


Memandangkan ramai yang masih confused mengenai kelas biasa dan DIY, ni saya ringkaskan balik perbezaan kelas DIY ngan Kelas Biasa


PERBEZAAN KELAS DIY n KELAS BIASA 

1. Kelas DIY ni kelas personal - Kelas biasa - kelas ramai-ramai. Selalunya buat secara demo. Dan kalau ada pun praktikal, minimum 5 orang peserta

2. Dalam kelas DIY - pelajar akan buat sendiri keja-keja - daripada timbang bahan, adun, bakar dan hias. Kiranya dalam kelas ni saya akan bagi tunjuk ajar dan tips-tips untuk menghasilkan produk tu. Keja lain, anda yang buat daripada awal sampai la siap semua.
Kelas biasa terutama kelas demo, pelajar hanya TENGOK. Saya yang buat semua kerja.

3. Dalam kelas DIY - semua produk kek yang dibuat, adalah milik 100 % pelajar. Kalau  belajar 10 jenis kek, maka 10 jenis tu (semua) u all punya. Dalam kelas biasa - hanya sepotong - untuk rasa.

4. Anda berhak menentukan bila dan apa yang anda nak belajar dalam kelas DIY. Tapi untuk kelas biasa, saya yang akan tentukan jadual dan apa yang nak dipelajari.

4. Bagaimanapun , semua senarai kek yang ada dalam KELAS DIY juga akan diajar dalam kelas biasa. BEZANYA tarikh dan apa yagn dipelajari tu kena ikut jadual saya. Harga dalam kelas biasa lebih murah (contoh 3 kek untuk RM150 - tapi ni kelas demo - tengok sahaja)

So, harap penjelasan saya ni clear sebab ada ramai yang terkedu-kedu n melahirkan rasa terkejut yang TERAMAT SANGAT  (hehhehe...) bila saya bagi tau harga kelas DIY saya . - Secara purata untuk kelas DIY, harga untuk satu kek yang dipelajari minimum adalah RM200. Diskaun RM180 kalau ambik lebih daripada 2 jenis kek.


_______________________________________________________________________________

Ok, berbalik pada citer Lea ... dia tanya bleh kerr habis dalam sehari....?hehhehe..Mana bleh cik ooii...Kena 2 hari kalau nak settle semua tu. Tapi biasalah kalau ngajar cikgu ni, laju jerr Lea pulun. Hari pertama semalam, dia dah selesai bake semua kek tu, termasuk buat cream puff n custard dia skali. Punya la laju macam lipas kudung si Lea ni buat keja, dia bleh siapkan semua kek semalam kecuali german black forest dan chocolate indulgence. Yang lain - American, rainbow (siap bakar dan hias), opera (siap lapis semua), cheese cake (siap hias) n cream puff (siap semua termasuk siap makan...hehehheh. Lea memang suka cream puff...).

So, hari kedua, hari ni, Lea hias american chocolate, german black forest dan buat cupcake bouquet. Cupcake yang dah cover ngan fondant tu Lea bawak dari kedai dia. Yang lain - hias n gubah dia buat kat kedai saya. Best gak mengajar cikgu ni...cepat jer...hehehe. Saya pun banyak blajar beberapa tips best-best dari Lea. Tma kasih yea Lea. Ok, kita layan gambar-gambar sepanjang kelas...


Hari pertama (semalam). Cream puff Lea dah siap.Lea tengah dok hias rainbow cake. Yang kat depan tu kek, kek yang belum hias

Ni hari kedua - buat cupcake bouquet
Hasil-hasil yang Lea buat sepanjang kelas 2 hari
 Lea ngan hasil kerja 2 hari
Rainbow cake ngan Italian Buttercream Filling
Operca cake
 Cream puff



American chocolate

 No bake Oreo cheesecake

 German Blackforest

 Chocolate indulgence
Cupcake bouquet