Dec 27, 2010

Kelas DIY ngan Khalijah

Salam dan alooo untuk semua...hari ni Khalijah dari Rembau datang belajar buat cupcake dan hias sekali. Ni kelas DIY. Lawak Khalijah ni. dia sms saya 2 hari sebelum kelas - ``kak, tak sabar nak masuk kelas akak...sampai termimpi-mimpi,''. Tadi masa tengah buat keja tu saya tanya la dia `` u mimpi apa..?'' Dia kata dia mimpi buat cupcake pastu, dah start jual. Ada orang beli...hehehe...insyaallah harap-harap mimpi menjadi kenyataan.

Khalijah ni memang tak dak basic langsung dalam baking ni. Masa mula-mula jumpa tu, dia buat pengakuan ikhlas ``Kak, saya ni memang zero, zero dan zero. Tak penah buat langsung,'' hehhehe...sian budak ni. Tak pa dik, kalau masuk kelas akak, mesti bleh buat punya. Cara saya senang. Insyallah jadik punya.

Pas pakai apron,  saya terus suruh Khalijah masuk dapur n start buat cupcake dia. Dalam kelas ni Khalijah buat cupcake vanila n chocolate. Pastu buat buttercream dan seterusnya hias cupcake yang dia buat tu.



 Khalijah tengah timbang barang-barang untuk buat cupcake

 Dua jenis cupcake - vanila dan chocolate yang Khalijah buat petang tadi. Semua gobu-gobu n cantik naiknya. Cuma yang Vanila tu sedikit overbaked sebab terlebih masa. Silap set time. Yang chocolate tu lombut sangat..walaupun masa dok bancuh tu macam ada unsur-unsur tak berapa jadi.....hehehhe. Tahniah yea dik sebab baru 1st time buat pun dah cantik macam ni.  
Khalijah tengah dok masukkan nozzel ke dalam piping beg. Masa untuk menghias...

 Tengah hias. Khalijah ni bagi saya ada tangan seni. Senang dapat. Walaupun nilah 1st time dia pegang piping beg,  ajar sket jer dah bleh buat sendiri. Senang keja saya....hehehhehe
 Pulun, jangan tak pulun....
 Antara hasil-hasil yang Khalijah buat.

Bangga ngan hasil titik peluh sendiri...hehehhe. Harap-harap pas  balik ni Khalijah terus buat cupcake tu. Pastu bleh start jual kat kengkawan dulu. Dia nak buat untuk birthday mak dia bulan Januari ni.

Ok, sapa yang berminat ngan pakej Kelas DIY cupcake ni, rega dia RM250. Dalam kelas ni u all akan buat:
i. Cupcake vanila (dapat lebih kurang 25 biji)
ii. Cupcake chocolate (dapat lebih kurang 30 biji)
iii. Buat buttercream yang putih, gebu dan sedap
iv. Belajar cara sapu cream atas cupcake dengan betul, kemas dan licin
v. Belajar pelbagai jenis hiasan popular cupcake
vi. Hias sendiri 16 biji cupcake anda menggunakan pelbagai motif yang dah dipelajari. Kalau ada masa dan kalau saya baik hati hari tu macam mana saya baik hati masa ngan kelas Khalijah, u all bleh hias semua cucpake yang u all buat tu sebab SEMUA cupcake tu memang u all punya....(serius ni....)