Deposit selewat-lewatnya pada hari Jumaat (sehari sebelm kelas) memang diperlukan sebab:
i. Saya nak siapkan bahan untuk kelas.
ii. Saya nak siapkan makan untuk anda. Untuk semua jenis kelas (praktikal & handson) saya memang siapkan makanan ringan sebab kelas saya start pukul 11 pagi hingga petang. So, penyediaan makanan bergantung kepada berapa ramai peserta. Kerjasama anda untuk betul-betul confirm kehadiran sangat-sangat diharapkan. TQ
JADUAL KELAS JANUARI DAN FEBRUARI 2011
Tarikh: 8 Januari 2011 (Sabtu)
Masa: 11 pagi - 5 petang
Kelas: Kelas menghias kek kahwin 3 tingkat menggunakan teknik Steamed Buttercream.
Harga: RM250
Deposit: RM150
Deposit:
Kelas praktikal sepenuhnya
Nota: Kelas deco sahaja menggunakan kek sponge. Resepi kek sponge akan diberikan
-------------------------------------------------- -----------------------------
Kandungan kelas:
i. Teknik terkini menghias kek menggunakan steamed buttercream yang memberikan hasil yang halus, licin dan nampak seperti fondant.
ii. Membuat bunga ros, daun dan pelbagai hiasan border yang yang akan menampakkan kek anda seperti profesional.
iii. Cara meletakkan tiang pada kek ATAU membuat stack. Pilih salah satu
iv Setiap pelajar akan menerima 3 biji kek (1 kg, 1/2 kg dan 350gm) untuk dihias
Peralatan yang perlu dibawa: Apron, kain lap dan turn table. Peralatan lain seperti spatula, piping bag dan nozel akan disediakan.
Tarikh: 15 Januari 2011 (Sabtu)
Masa: 11 pagi - 4 petang
Kelas: Kek Italian Rainbow
Opera
Harga: RM150
Deposit: RM100
Kelas Demo sahaja (yang berminat untuk kelas praktikal/buat sendiri boleh joint KELAS DIY - click Kelas DIY di sebelah kanan anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai KELAS DIY)
Kandungan kelas:
i. Cara membuat kek butter rainbow
ii. Cara membuat Italian Buttercream yang rasanya sangat sedap dan cair dimulut.
iii. Menghias kek cara mudah
iii. 5 proses mudah langkah demi langkah membuat kek Opera yang terkenal dengan kesedapannya....
iv. Menghias kek opera
Peralatan yang perlu dibawa: Container untuk bawak balik kek yang dipelari.
Tarikh: 22 Januari 2011 (Sabtu)
Masa: 11 pagi - 4 petang
Kelas: 3 Jenis Tart popular yang senang dijual - Chocolate Tart, Fruit Tart dan Blueberry Cheese Tart
Harga: RM120
Deposit: RM60
Kelas praktikal sepenuhnya - Anda akan membacuh dan membuat sendiri shell tart, kemudian menghias tart tersebut dengan filling chocolate, cheese dan custard.
Resepi dan Demo percuma: Cara membuat Chocolate Tart Shell
Kandungan kelas:
i. Cara mudah dan eskpress membuat kulit tart yang ranggup, rapuh dan tahan lama
ii. Cara membuat filling tart - chocolate, cheese dan custard yang sedap dan boleh dijual
iii. Cara mengekalkan kerangupan pastry tart walaupun telah diisi dengan filling
iv. Cara menentukan harga untuk tujuan jualan.
Tarikh: 29 Januari 2011 (Sabtu)
Kelas: Kek Chocolate Indulgence
Kek American Chocolate
Carrot walnut with cream cheese topping
Harga: RM120
Deposit: RM70
Kelas: Demo sahaja (yang berminat untuk kelas praktikal/buat sendiri boleh joint KELAS DIY - click Kelas DIY di sebelah kanan anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai KELAS DIY)
Carrot Walnut wit cream cheese
American Chocolate
Chocolate indulgence
Kandungan kelasi. Pelajari 3 jenis kek top selling n paling hot Bzee Bakery - chocolate indulgence, American chocolate dan carrot cake.
ii. Cara mudah dan paling sempoi buat kek carrot, tapi gerenti sedap.
iii. Cara membuat creamcheese topping yang lemak berkrim.
iv. Cara mudah dan sempoi membuat hiasan sugar carrot
v. Cara membuat 2 jenis kek chocolate yang moist dan sedap dimakan begitu saja
vi. Cara senang membuat chocolate ganache yang berkilat macam cermin...
vii. Cara menghias dan cara memotong kek supaya kek nampak cantik, bersih dan kemas seperti kek yang dibeli di kedai
Sila bawa container untuk bawak balik kek yang dipelajari
Tarikh: 12 Februari 2011 (Sabtu)
Masa: 11 - 4 petang
Kelas: Hiasan Kek Slice
Harga: RM120
Deposit: RM70
Kelas: 1/2 praktikal, 1/2 demo - (demo masa buat dan melapis kek, praktikal semasa menghias kek)
Kek slice kiwi - 36 pcs sekotak ni boleh dijual dengan rega RM25
Kandungan kelas:
Dah bosan asyik-asyik hadiah kuih talam untuk kenduri kendara...? Ni ada idea baru untuk anda jual atau hadiah kat kawan-kawan yang nak buat kenduri kendara - tahlil ker, birthday ker, office party kerr dlln...- hadiah kek slice comei ni..
i. Pelajari cara betul buat kek sponge - chocolate, strawbery dan vanila
ii. Cara buat buttercream yang putih dan gebu
iii. Cara melapis dan memotong kek sponge supaya kemas dan cantik semasa dipotong
iv. Cara menghias kek slice yang comel-comel - kek slice strawberry, kek slice kiwi dan kek slice chocolate
v. Cara packaging dan cara menentukan rega...
Perkara yang perlu dibawa: Container untuk bawak balik kek yang dipelajari
Tarikh: 19 FEBRUARI 2011 (Sabtu)
Masa: 11 pagi - 4 petang
Kelas: Advanced Cheesecake - Double Chocolate Cheesecake, BlackForest Cheesecake dan Japanese Cotton Cheesecake
Harga: RM150
Deposit: RM100
Kelas: Demo sahaja (yang berminat untuk kelas praktikal/buat sendiri boleh joint KELAS DIY - click Kelas DIY di sebelah kanan anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai KELAS DIY)
Japanese cotton cheesecake
Blackforest cheesecake
Double chocolate cheesecake
Kandungan kelas- Pelajara cara buat 3 jenis cheesecake yang sangat YUM, YUMMMM....- cotton cheesecake yang gebu dan halus teksturnya, Blackforest cheesecake lemak dan masam-masam manis dengan rasa buah black cherry dan double chocolate cheesecake yang lemak dan kaya dengan rasaa chocolate.
- Juga pelajari cara membuat traditional base cheesecake yang ranggup dan sedap.
- Pelbagai tips penting membuat cheesecake yang cantik dan insyallah gerenti menjadi
Tarikh: 26 Februari 2011 (Sabtu)
Masa: 11 pagi - 4 petang
Kelas - Cream Puff dan Eclairs
Harga: RM80
Deposit: RM40
Kelas: Demo sahaja (yang berminat untuk kelas praktikal/buat sendiri boleh joint KELAS DIY - click Kelas DIY di sebelah kanan anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai KELAS DIY)
Kandungan kelas:
- Jom belajar rahsia buat cream puff yang gebu dan ringan ni. Sesusi untuk kenduri kendara.
- Cara membuat custard cream yang sedap, lemak dan berkrim
- Anda juga akan belajar cara buat eclairs -yang confirm budak-budak akan suka
- Cara menentukan harga untuk jualan terutama untuk creampuff tu sebab ramai yang suka order untuk kenduri kendara....