Oct 16, 2011

KELAS DIY BERKUMPULAN

Asskm dan aloo untuk semua....

Untuk mengurangkan masa menunggu kelas DIY, saya  nak offer kelas DIY berkumpulan.

Ok, di bawah ni saya terangkan apa tu Kelas DIY berkumpulan:

1. Kelas ni saya akan buat  sekali sebulan iaitu pada setiap Isnin minggu kedua (sebarang perubahan saya akan maklumkan)
2. Saya yang akan tentukan package apa yang akan diajar.
3. Kelas adalah DIY sepenuhnya (anda akan buat sendiri kek dari A-Z). TETAPI akan disertai oleh minimum 4 orang pelajar dan maksimum 6 orang pelajar. Bermakna, saya akan hanya adakan kelas berkenaan apabila cukup sekurang-kurangnya 4 orang pelajar. Maksimum - 6 orang pelajar sahaja.
4. Harga kelas sama dengan kelas DIY- Satu resepi RM180 untuk satu kek. Harga untuk pastry dan roti berbeza. Saya akan maklumkan bila kelas diadakan.
5. Anda akan bawak balik semua kek yang dipelajari. Bermakna kalau belajar sebiji kek, semua anda punya. Tak akan share. Saiz kek sama dengan apa yang diajar dala kelas DIY atau demo. Kalau saiz 9, maka kek saiz 9 lah yang anda akan bawak balik.
6. Anda hanya perlu bawak apron dan baki duit yuran sahaja semasa datang kelas. Yang lain (termasuk kotak dan sebagainya) akan disediakan.

Untuk permulaan, KELAS DIY BERKUMPULAN akan diadakan seperti berikut:

TARIKH: ISNIN 14 NOVEMBER 2011


MASA: 10 PAGI - 6 PETANG


YURAN: RM360

DEPOSIT: RM180

MINIMUM PENYERTAAN: 4 0RANG
(Saya berhak membatalkan kelas kalau tak cukup 4 orang pelajar)


LAST DATE UNTUK CONFIRM KEHADIRAN IALAH PADA: KHAMIS, 10 NOVEMBER 2011

KELAS
KELAS: KEK CONTINENTAL POPULAR BZEE BAKERY (MODUL 2)

Red Velvet

Russian Black n White





i. RED VELVET
ii. RUSSIAN BLACK N WHITE

Kalau berminat ikuti langkah mudah berikut:

1. Bank in deposit RM180 ke dalam account Maybank BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195.
2. SMS nama dan nyatakan DIY BERKUMPULAN 14 NOVEMBER


Nota:Tarikh akhir confirmation dan pembayaran deposit ialah pada Khamis 10 November pukul 12 tengahari. Saya akan membatalkan kelas sekiranya jika tak cukup minimum 4 orang pada hari dan masa berkenaan.


tq
zalina