Jan 31, 2013

Cerita penuh inspirasi Elia...

Asskm dan aloo untuk semua....Semalam saya berDIY ngan Elia. Kali terakhir dia berdiy ngan saya rasanya dua tahun lepas. Selepas tu dia ada masuk kelas demo saya. Yang terakhir ialah kelas Durian Crepe.

Sebelum nak mula kelas DIY kelmarin, mata saya terus terpandang keta Honda Jazz baru depan kedai saya. Masih berkilat dan bersinar-sinar.

``Keta awak ker..?''

Dengan tersipu-sipu malu Elia jawab ``Ya kak...Alhamdulillah...tu keta bau Durian Crepe, Mille Crepe dan kek-kek yang saya blajar ngan akak sebelum ni,''

Bangggggaanyaaaaa saya masa tu...tak tau nak cakap macam mana.

``Kak ingat tak, masa saya mula-mula masuk kelas DIY ngan kak dulu. Masa tu saya still guna oven Butterfly yang tenggek atas dapur gas tu. Pastu akak leterkan saya soh saya beli yang ok sket,''

Ya, saya ingat, saya ingat. Alhamdulillah, Elia sahut cabaran saya. Bermula dengan oven tenggek tu, sket demi sket, dia dah sangat selesa ngan pendapatan sampingan hasil jualan produk bakery.

Dan pas blajar Durian Crepe dari saya plak, rezeki Elia lagi bertambah-tambah. Kat tempat keja di Politeknik Merlimau tu Elia famous ngan gelaran Puan Crepe...hehehhe.

Saya percaya ramai lagi `Elia' di luar sana. Anda yang bermula dari zero menjadi hero. Yang penting usaha keras dan niat untuk memberikan yang lebih baik untuk keluarga.

Dan seperti yang saya pernah sebut kat Facebook saya...tak salah jika di peringkat awal kita dapat untung dalam biz kita belanjakan untuk keluarga kita...terutamanya untuk mak bapak... sangat berkat...

Tapi insya Allah rezeki kita akan lebih berlipat gali ganda bila kita mula membahagikan keuntungan tu pada orang yang tak kena mengena ngan kita....

Alhamdulillah, saya telah mengalaminya. Syukur pada Allah.

Jom tengok gambar hasil kerja Elia semalam.









Untuk Elia dan mereka-mereka yang juga cekal dan kuat berusaha - tqvm sebab terus menyokong saya. Sangat bangga dengan awak semua.

Labiu..
Zalina