Semalam (sabtu), seperti yang saya citer, saya dan husband bawak semua kek yang saya buat ke rumah Jijie di Desa Minang, Gombak. So, jam-jam terakhir Jijie sebagai teruna dihabiskan bersama saya ngan husband.
Ni pengalaman pertama saya bersama orang lelaki yang nak kawen. Selama ni dengan citer jer. Tak tau la sama ada Jijie ni yang panik dan gabra atau semua lelaki macam ni. Tapi memang tak keruan Jijie menghitung jam-jam terakhir dia akan diakad nikahkan oleh kadi. Jijie akan akad nikah di rumah perempuan pukul 8.30 malam. Kami mula bertolak pukul 3.30 petang.
Dah tu yang tambah kesiannya, urusan majlis perkahwinan semuanya Jijie buat. Sepanjang jalan ke Kampung Awah, Jengka, Pahang tu (dekat UiTM Pahang), telepon kejap-kejap dering, kejap-kejap dering. Jijie jawab tu, jawab ni , berkaitan dengan persiapan-persiapan akhir majlis malam ni.
Tapi dalam kesian-kesiankan Jijie tu, sempat gak saya n husband tanya soalan-soalan yang menambahkan kepanikan Jijie....Saja jer tanya dia dah hapal ker ayat ni ayat tu...dah habih pikir kerr nak kawen ni n macam-macam lagi....hehehhe sian Jijie...
Masa kat highway Jijie tak berapa glabah sangat. Tapi bila dah dekat nak sampai dekat hotel (Mercu View), Jijie kata degupan jantung dia makin kencang. Dup dap, dup dap....hehehhe....teruk gak rupanya orang lelaki sebelum majlis akad nikah ni yea....Sampai kat sana, kami bawa Jijie uruskan tempat tinggal sedara mara Jijie di Rumah Tetamu UiTM Pahang. Tekejut beruk saya bila Jijie bagi tahu total kereta rombongan pihak lelaki ialah 20 buah! Saya n husband n beberapa keta lagi dok kat Mercu View, tak jauh dari UiTM.
Pukul 8 tu, kami berkumpul kat rumah tetamu. Kiranya keta husband saya jadi keta pengantin. So, kami kena p ambik pengantin la ke rumah pengantin pompuan untuk acara akad nikah. Lama gak Jijie kena bersoal jawab ngan tok Kadi. Selepas majlis akad nikah tu, kebetulan saya n husband makan satu meja dengan tok Kadi. So, terdengar la gak sedikit sebanyak pasal Tok Kadi ni. Umur 81 tahun....Orang Bagan Datok,Perak, tapi dah lama menetap di Jengka. Dia start mengajar ngaji ni sejak dia umur 22 tahun. So, anda bleh bayangkan berapa banyak soalan yang dia tanya Jijie...hehehhe....lawak saja. Sebenarnya, ada 2 soalan yang Jijie kena jawab. Kalau tak silap rukun nikah n rukun Islam...Terkebil-kebil gak la budak tu mengingat benda yang dia hafal dalam keta tadi...Tapi sebenarnya saya tau, Jijie tahu semua ni. Tapi dah dalam keadaan macam tu, silap-silap tanya nama orang yang dia nak nikah pun dia bleh silap...kannnn?
Ni gambar Jijie masa mula-mula dipanggil dok atas kusyen pengantin. Muka tension gila....Depan Jijie yang pakai baju biru tu Tok Kadi.
Ni muka lega Jijie. Senyum sampai ke telinga lepas majlis akad nikah
Upacara batal air sembahyang...yang baju biru kat kanan tu pengapit Jijie - nama Boy. Eh, eh Boy ni....dia plak yang terlebih suka....yang kawennya Jijie. (Boy ni bujang lagi....sapa nak berkenalan bleh call saya...hehehe)
Esoknya, Sabtu kenduri la. Hari ni Jijie dah tak nampak panik lagi. Saya n husband p ambik dia kat rumah tetamu di UiTM. Dengan bangganya Jijie kata kat husband saya..``eh, sekarang aku dah ada bini tau...'' hehehhe....Dalam keta Boy bagi tau, pagi-pagi dia dah call Ijan ``Hai isteriku....'''hehheheh. So romantik....(hmmmpphhh...eksyen ko yea Jijie....semalam punya la panik...)
Rombongan pihak lelaki kena berenti kat bawah pokok tak jauh dari rumah pengantin pompuan. Tujuannya, nak make-up n pakaikan Jijie tengkolok n keris dulu. Tengok gambar-gambar Jijie tengah dimake-up oleh mak andam bawah pokok, depan Hospital Jengka....
Jijie tengah di makeup oleh mak Andam di bawah pokok
Boy tengah bagi pos ayu bersama payung pengantin
Dah semua orang sibuk, saya (kanan) n husband ambik gambar sendiri jerr
Kat belakang tu, Boy tengah enterframe .
Ni kek yang saya buat. Tengah diadjust oleh salah seorang sedara Jijie untuk dibawak masuk ke rumah pengantin
Meriah gak sambutan pengantin pompuan. Saya tak tau nama alat muzik tu, tapi bukan kompang. Rasanya nafiri dan gendang. Masa makan beradap tu, ada persembahan silat dan tarian piring. Sementara orang kat luar tengok persembahan tu, saya masuk dalam tengok kek-kek saya kat barisan-barisan hantaran...hehehhe...Kek tiga tingkat putih merah tu, tak sempat nak tengok nasib dia...sebab lepas makan, saya n husband terus balik. Rasanya acara potong kek malam.
Untuk Jijie n Ijan - SELAMAT PENGANTIN BARU