Ni ha kedai mak sedara saya - Matsu...
Malam ni kami order Chuka Kurage (seasoned jelly fish). Chuka Kurage ni ialah obor-obor ikan. Sedap. Ada rasa masam-masam manis n pedas sket. Macam kerabu pun ada gak. Sejemput jer untuk satu portion. Yang putih-putih atas tu bijan putih. Cara makannya...ratah jer...Ni kira macam pembuka selera. Saya suka sangat benda ni. Dua tiga kali sepit, dah abih....
Chuka Kurage
2. Kami juga order Kiku Shashimi. Shashimi ni ialah hirisan pelbagai jenis daging ikan mentah yang fresh. Untuk malam ni kami order shiro, maguro, salmon n tako (ni nama-nama ikan dalam bahasa Jepun). Dalam bahasa nogori sembilan, den tak reti la pulak. Kiku tu kira nama hidangan ni la.Contohnya Nasik Lemak Mak Minah. Err...ni kalau nak diterjemahkan Hidangan Ikan Mentah Encik Kiku...(hehehhe). Selalunya set Shashimi ni akan dihidangkan bersama hirisan halus lobak putih n daun Shiso. Macam daun kapal terbang pun ada gak rupanya. Tapi saiz dia kechik sket. Tapi malam ni, gamaknya daun Shiso ni dah abih, so, chef tu boh daun salad jer...(tak aci betul la chef ni...). Bergantung pada jenis hirisan ikan-ikan tu, selalunya shashimi ni dia orang serve dengan jeruk halia n wasabi (paste yang ijau tu...pedas menyengat benda ni. Tapi jangan confused yea...wasabi ni bukannya diperbuat daripada cili api colour hijau. Wasabi ni dibuat daripada akar tumbuhan dari keluarga kubis ). Cara makannya - cicah dengan sos soya (kicap Jepun). Boh sket wasabi ni dalam kicap tu. Sebelum tu, perah dulu lemon atas ikan tu...fuhhh besttt....Pelik la macam mana dia orang buat. Tak bau hanyir langsung. Sebelum ni, sempat la saya tanya Chef dia yang peramah - Danny. Ikan-ikan ni ambik kat mana. Dia kata memang import direct dari Jepun. OOoooo, ingatkan beli kat pasar besar Somban...hehehhe. Danny kata tak boleh pakai ikan local.Lain rasanya. Kena ikan Jepun gak...(baru terbayang-bayang nak balik p hiris ikan bawal ker, tenggiri kerr...kensel laa nampaknya...).
Kiku Shashimi. Yang setonggok kecik belah kanan tu lah wasabi.
3. Pastu kami order 2 jenis sushi - Idako Shushi (baby octopus @ anak sotong) , kurage sushi (sushi obor-obor ikan yang macam tadi tu) Sushi kat restoran-restoran khusus untuk makanan Jepun ni lain rasanya daripada yang kita makan kat Sushi King. Memang sedap. Kalau order baru dia orang buat. Memang fresh.
Dan satu lagi makanan yang mesti saya order kalau saya datang kedai mak sedara saya ni ialah Mushroom Miso Soup atau orang kampung kita panggil sup paste kacang soya dengan cendawan. Dalam dia ada hirisan tauhu n taburan daun bawang. Memang fresh gila miso soup ni. Kalau sapa-sapa deman, saya advicekan hirup sup ni...fuhhh...
Yang depan tu sushi anak sotong n obor-obor ikan. Yang dalam mangkuk tu miso soup dengan cendawan.
4. Selain tu kami juga order gyu teppan (pan fried beef with steak sauce) atau bahasa mudahnya daging goreng dengan sos steak. Sedap n lembut daging ni. Cicah ngan sos steak.
Gyu Teppan
5. Untuk dessert plak, kali ni saya try aiskrim bijan itam. Nama susah dia Goma Black Sasame Ice Cream (Goma tu bahasa Jepun untuk bijan itam). Selalunya kami akan makan Grean Tea Ice Cream. Tapi kali ni saja nak cuba yang baru. Tak menyesal. Sedap gila eskrim ni. Atas aiskrim tu dia letak sejenis kuih jepun yang rupa n rasanya macam tepung gomak. (rasanya ni la asal usul nama aiskrim ni ....Goma...tepung gomak la tu...heheheh). Masa kami makan tu, chef dia, Danny jalan-jalan ke meja kami tanya ok tak food dia, nak tambah lagi ker apa yang patut. Saya pun ambik kesempatan puji gila-gila aiskrim bijan hitam dia ni. Tapi memang sedap gila-gila pun. Saya tanya dia, ni aiskrim import dari Jepun ker. Dia kata tak. Memang dia buat sendiri kat kitchen dia. Saya korek lagi...macam mana buat aaa....? Dia kata bijan hitam tu goreng dulu, pastu jadikan paste, baru buat aiskrim. Tapi bijan itam tu memang diimport khas dari Jepun.Saya tanya, kalau beli kat kedai mamak atau kedai-kedai ingredients jual kek tak bleh kaaaa....Danny kenyehhh saja dengan soalan saya...``Cannnoooooott.., dia kata.(can not...) Ooooo......baru dok terbayang dalam kepala otak nak pi cari bijan itam kat Singapore Street (ni bukan kat Singapore tau...ni kat Seremban - ni kedai-kedai lorong belakang. Sapa-sapa yang rajin buat kuih mesti tau Singapore Street ni kat mana...)
.
Pastu saya buat chobaan tanya soalan berani kat Danny...``Danyy aaa...u teach me laa how to make this ice cream. I pay u...(hehhehe...).'' Malangnya Danny hanya kenyih n bagi tunduk-tunduk Jepun kat saya...sambil kata ``hait, hait...'' (ggggitttuuuu la kannn). Boring aaa Danny ni...i kan regular customer u...tak palah Danny, akak balik cuba buat. Dapat rasa ala-ala pun jadi la.
Selain itu, untuk menambahkan lagi berat badan yang sedia berat ni, kami try Tofu Cheese Cake. Tapi tak sesedap pakai cheese betul. Tapi tak tau gak mungkin kami terlalu asyik makan aiskrim bijan itam sampai tertutup rasa sedap cheese cake tofu ni...
Kat depan ni ialah Tofu Cheesecake.Yang blakang tu Aiskrim Bijan Itam. Yang dua ketul warna coklat tu la saya kata rasa macam tepung gomak.
Tengokkkk....abih licin aiskrim bijan itam kami kerjakan....Len kali kalau pegi makan lagi, kami akan order sorang satu. Tak nak share....