Selain bunga ros merah besar, ada dua bunga kecik (pink n purple dan daun hijau.)
Selain tu, nak bagi meriah lagi, saya tambahkan bunga fondant kecik dua kuntum. Kiranya hiasan untuk cupcake Jijie ni gabungan steamed buttercream (untuk cupcake), buttercream (bunga dan daun) dan sugar paste/fondant.
Saya buat slow-slow sambil layan radio Hot FM. Best dengar lagu Kris Dayanti (.Aku Wanita Biasa) n ex- husband dia Anang - Separuh Jiwaku Pergi.... Sian kat si Anang ni kannnn...Sapa-sapa yang tak penah dengar lagu Anang, cepat-cepat cari....best ooo....
Sambil layan lagu n sembang ngan Kak Long (Kak Long singgah jap saja - dalam sejam), akhirnya saya berjaya menghias 305 biji (5 biji kasi free) cupcake untuk Jijie yang akan bersanding di Taman Tasik Titiwangsa Ahad ni. Memandangkan majlis akan diadakan diluar rumah yang sememangnya akan terdedah pada cahaya panas, maka sebab tu saya guna steamedbuttercream. Bunga plak saya guna krim khas yang memang tahan panas dan tak mudah cair. Kalau nak guna fondant bleh, tapi reganya mahal la dik nun.....Kalau hiasan macam ni, saya akan charge RM3.80 satu. Tapi memandangkan ni buttercream, saya charge RM2.20 jer satu. (Ni skali ngan bekas.....)
Cupcake yang dah siap dihias...haaaaahhh.....lega satu part. Cuma tunggu nak boh dalam bekas container jer...
Yang blakang tu dah siap boh dalam container, yang depan ni belum....chupp nak p minum jap....
Yahooo....semua dah siap. Pas ni masuk kotak....LEGAAAAA...
Ni cupcake untuk saya sendiri....
Pastu, untuk memuaskan lagi hati, saya terus capai sudu kecik dan makan cupcake yang ada bunga banyak tu....Fuhhhhh.....sedapnya cupcake yang ada bunga ni...... (ni kes puji diri sendiri...!!!!). Selama ni saya makan cupcake reject jerrr....Rasa puaih hati. sangat...
Fuhhhh....sedapnya cupcake yang ada bunga....!!! (saya cadangkan kepada mereka-mereka yang buat cupcake cantik-cantik kat orang, skali skala kesiankanlah diri anda. Bagi lah dia makan cupcake yang cantik skali skala....Lagi pun, kan anda sendiri yang buat cupcake tu....tak kan orang jer dapat rasa....., sekian, terima kasih....hehheheheh).
Tapi....biasalah kita yang buat kek ni, mana larat nak makan banyak-banyak. Dah jemu. Bleh perabih satu jer....Yang lainnya, saya masuk dalam bekas. Tak tau nak bagi sapa.....Nantilah saya pikirkan...
Cupcake untuk saya yagn siap masuk bekas....Nak bagi pada diri sendiri dah tak larat nak makan....
Pas settled cupcake ni kena ngemas....Arrrrgggghhhhh....(ada sapa-sapa yang nak keja ngan saya....- tolong hantar resume...). Tapi keja tak habih lagi ni. Nak bakar kek sponge untuk kelas esok. Ada 6 orang student. Saya buat dua adunan sponge vanila.
Kek sponge vanila untuk kelas hias kek guna buttercream esok....
Pastu, saya siapkan coklat untuk customer saya - Azlinda. Khamis kelmarin dia order nak satu coklat kotak besar (35 pcs), 1 kotak 9 biji coklat n 1 kotak 4 biji. Dah dekat pukul 7, dia sms mintak tambah lagi satu kotak besar 35 pcs. Sib baik la ada stok bahan mentah, kalau tak, tak dapat la den nak tolong.
Yang kotak besar 35 pcs rega RM40 satu, yang 9 bijik - RM14 n yang 4 biji RM5.50
Siap ikat riben sebab coklat ni untuk hadiah birthday kawan Azlina
Ni plak cupcake yang Azlinda ambik Khamis kelmarin. Ni untuk anak dia bawak ke sekolah.