Jun 14, 2011

DIY ngan SisLea - Ipoh mali....

Salam dan alooo untuk semua....Cikgu kek Ipoh mali, SisLea ambik kelas DIY ngan saya Sabtu lepas. Jangan marah semua yeaaa....saya tak berniat nak buat kelas DIY hari Sabtu. Tapi sebab terpaksa nih. SisLea patutnya ambik kelas DIY ngan saya masa saya kat Sungai Petani last week, tapi saya terpaksa kensel atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan....So, sebagai ganti,terpaksa laaa buat kelas hari Sabtu.

Semput gak dibuatnya. Apa tak nya, hari Sabtu kelas, pukul 2 pagi Jumaat tu saya baru sampai rumah. Sebabnya saya terlepas flight. Saya sendiri yang loqlaq atau bahasa orang sini, careless....Flight saya sepatutnya 6.50 PAGI Jumaat, tapi saya tersilap pandang, saya ingat kul 6.50 PETANG...terhegeh-hegeh p check in, orang kat kaunter bagi tau ``....kak, flight kak ni pagi tadi....,''' hemmmmmm...terlopong la jap. Terus gi tanya tiket paling awal - kul 7 ngan MAS. Tapi tiketnya.....RM380!!!!.....Tak yah, buat perabih boraih jerrr. Lebih baik saya suruh adik saya, somi n anak-anak dia yang datang hantar saya balik tadi, patah balik, ambik saya n blanja dia orang makan. Lagi best. So, saya ambik tiket Air Asia jerr kul 11 mlm.

Dan, nak dijadikan crita (sebenarnya dah memang perangai AirAsia...) flight tertangguh lagi. Sepatutnya kul 11 malam, ditunda ke 12.10 malam....hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm, hadoihhhhh....AirAsia memang selalu buat lawak macam nih...tak penah-penah berubah perangai. So kesimpulannya, sampai rumah kul 2 pagi.

Tidoq jap, kul 7 dah gi Kedai nak siap untuk kelas sebab apa pun tak siap lagi...Tapi alhamdulillah semua berjalan lancar. SisLea datang semalam ngan bodyguard dia - CHU. SisLea tido kat hotel rasmi Bzeebakery...heheheh. Hotel S2. Hotel ni memang jadi tempat penginapan student-student yang nak bermalam di Seremban ni. Memang dekat sangat ngan kedai saya. Sepelaung jerrrr...

SisLea ambik 6 jenis kek untuk kelas DIY hari ni
Russian Black n White
Red Velvet
Opera
Italian Rainbow
German Blackforest
Chocolate Mousse cake

Ngajar cikgu-cikgu ni, biasa lerrr...cepat jerrr buat keja. Dah tahu apa yang nak buat. Zup zap, zup zap, dah settle. Yang best bodyguard SisLea, Chu yang setia menanti. Baik betul budak ni. Tak ngacau. SisLea pasangkan dia game kat laptop, dia leka main tu jerr. Cuma last-last masa petang jer, dia start tanya bila nak habis. 

Yang lawaknya, Chu ni ingat kami ni suma buat satu kek jer dari pagi sampai petang tu. Pastu, bila kami aturkan semua kek atas meja, dia mula ngira,`` 1, 2, 3, 4, 5, 6....ooooo...patut laaa lama, Mummy buat 6 kek....,'' hehhehehhe....Alahai Chu, Chu....


Ok, jom tengok gambar-gambar kek yang SisLea buat


Kek-kek yang Sis Lea buat

SisLea - Ipoh mali...

Russian Black n White

Italian Rainbow

Red Velvet

German Blackforest

Chocolate Mousse

Opera

Chu yang cute dan sabar tengok Mummy n Aunty Zalina huhaha masa dalam kelas....baik betul budak nih....

Untuk SisLea, tengkiusss yea sebab sudi belajar ngan saya.....Moga terus suksessssss